Thursday, November 21, 2013

Pizza lagi

Assalamualaikum


Selepas balik dari Jinggu Gaien Sabtu lepas, saya singgah di supermarket membeli cheese dan tuna. Dah lama rasanya tak masak pizza. Kali ini saya gunakan topping tuna mayo dan juga ayam bersosej. Resepi untuk base nya sama seperti di sini. 

Untuk topping tuna mayo saya hanya campurkan setin tuna dengan 1 sudu besar penuh mayonis.

Untuk topping ayam bersosej:
2 batang sosej - potong sedikit serong
2 keping daging ayam burger - hancurkan
2 ulas bawang putih- dicincang halus
1/4 bawang besar- dicincang halus

Panaskan sesudu minyak zaitun atau minyak masak dan tumis bawang putih dan bawang besar sehingga wangi. Masukkan ayam burger yang telah dihancurkandan masak sehingga garing.

 Kali ini pizza ini sangat istimewa kerana ianya disediakan oleh chef-chef cilik termasuk yang paling kecil. Seronok pula mereka diberi peluang untuk meletakkan topping pizza ni.






                                         *Pizza tuna mayo dan ayam bersosej siap dibakar

Beremangat betul anak-anak makan pizza buatan sendiri malam itu. Masing-masing memuji diri sendiri. "sedapnya pizza yang Angah buat", kata Akmal. "Abang pun buat jugak", Amni pula mencelah. Abah dan ibu pun sempat makan 2 keping seorang saja, yang lain habis dirembat oleh budak-budak ni. Anak-anak sedang membesar, masing-masing makan banyak.

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015