Friday, November 1, 2013

Resepi cek mek molek

Assalamualaikum


Semalam Amni mengikut rombongan sekolah menggali keledek dan daikon(lobak putih). Setiap orang (murid-murid) bawa balik seplastik keledek dan sebatang daikon. Sejak dari semalam Amni sibuk bertanya bila saya nak masak keledek yang dia bawa balik tu. Pagi tadi dia bertanya lagi soalan yang sama. Untuk tidak menghampakannya tengahari tadi saya masaklah Cek Mek Molek, satu resepi yang mudah. Saya rasa ramai yang tahu bagaimana nak buat kueh ni. Hari ini saya nak letak resepi cek mek molek ni di sini untuk koleksi resepi saya.

Resepi Cek Mek Molek
Oleh: Noriati Saud

Bahan-bahan

Ubi keledek
Tepung gandum
Gula

Cara penyediaan
  1. Rebus keledek sehingga empuk. Letakkan sedikit garam semasa merebus keledek tadi.
  2. Lenyekkan sehingga lumat
  3. Tambahkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh
  4. Bulat-bulatkan doh seperti bebola dan kemudian leperkan
  5. Letakkan sedikit gula ditengah-tengah kemudian bentukkan menjadi bujur
  6. Bolehlah digoreng dengan minyak panas sehingga kekuningan.

                                         *Dah siap, sedia untuk digoreng

                                         *Siap, makan bila dah sejuk sikit

Bila Amni balik sekolah tengok dah ada kueh, terus senyum. Mungkin dia rasa nikmat makan sebab keledek tu hasil titik peluh dia yang menggalinya. Boleh lagi tanya "ibu suka ke Abang bawak balik ubi nih?". "Suka", saya jawab. Terus dia senyum lagi.

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya

  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.



No comments:

Post a Comment

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015