Dalam perjalanan balik dari Yamanakako, kami singgah makan malam di restoran Wasyoku no sato. Kami memilih restoran ni sebab ianya mempunyai bilik-bilik makan yang selesa untuk keluarga atau ahli yang ramai yang memerlukan privacy dan makanannya juga sedap. Ini merupakan kali kedua kami sekeluarga makan di rangakian restoran ini. Rangkaian restoran ini tidak terdapat di Tokyo kerana ianya memerlukan tanah yang besar untuk restoran dan ruang parking.
Sementara menunggu giliran untuk dapatkan bilik, aktiviti bergambarlah, apa lagi.
*Baek punya pose
*bersama Ieza dan Hana yang pemalu
*Ibu sayang kamu berdua
Dah masuk bilik makan pun bergambar lagi. Selagi makanan belum sampai, bergambar lagi untuk dijadikan kenangan.
Saya dan suami memilih tendon set bersama udon manakala untuk anak-anak suami saya memesan nasi dan tempura udang dan sayuran. Adib pula hanya makan chikuwa tempura. En. Hazrie dan anak-anaknya juga memesan tendon set tetapi bersama soba.
*Salad untuk suami saya
*tendon set dan udon
*muka-muka gembira dapat makan
Akhir sekali bagi hadiah ais krim kepada anak-anak sebab berkelakuan baik di dalam kereta sepanjang tempoh perjalanan pergi dan balik dari Fujima.
*Sukanya dapat makan ais krim
*Chocolate Pafe untuk ibu dan Adib
Harga makan disini bolehlah tahan. Berbaloi dengan kuantiti dan kualiti. Tetapi menurut suami saya, mungkin juga ada kenaikan harga kerana jika dulu kami makan 3 keluarga pun harganya lebih kurang dengan kami makan pada malam tu. Apa-apa pun kami berpuas hati kerana makanan sedap dan kami dapat makan dalam keadaan yang selesa.
*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love
Sehingga bertemu lagi. Wassalam.
No comments:
Post a Comment