9 Ogos 2013.
Perjalanan ke EDO Wonderland (http://www.edowonderland.net/html/en/guide.html) dari stesen Kinugawa-Onsen kami teruskan dengan menaiki bas yang mengambil masa kira-kira 15 minit. Tambang pulak sebanyak 400 yen seorang. Untuk tiket masuk ke taman tema ni mahal sikit bagi saya. Bagi dewasa (13 tahun keatas) : 4500 yen, kanak-kanak (7-12 tahun) : 2300 yen, dan 7 tahun ke bawah : percuma.
* Tiket masuk
Lebih kurang pukul 10 pagi kami sampai ke EDO Wonderlang ni. Masa tu pengunjung taklah ramai sangat dan cuaca pun baik. Anak-anak semua teruja sebab bila sampai je pintu masuk taman ni dah dapat dilihat pekerja-pekerja di kaunter tiket, di pintu masuk semuanya berpakaian "orang zaman dulu". Akmal siap tanya abahnya samada mereka tu semua betul-betul botak....
*Kaunter tiket
*Pintu masuk, periksa tiket dulu
Memasuki taman ni rasa macam masuk dalam cerita Jepun zaman dulu-dulu. Macam cerita Oshin yang saya rasa ramai yang masih ingat cerita tu. Taman tema ni bukanlah macam taman tema Disneyland ke atau Legoland. Ia merupakan satu perkampungan Jepun zaman EDO (1603-1867).
Bangunan-bangunan dalam EDO Wonderland....
*Outdoor Ninja show
Selepas habis persembahan ninja, kami pulak nak merasa jadi orang Jepun. Anak-anak pulak nak jadi ninja. So kami ke tempat menyewa baju (costume). Saya dan En. Suami memilih costume villagers dan anak-anak pilih costume ninja. Bukan main seronok lagi anak-anak dapat jadi ninja. Yang lebih seronok sebab dapat pedang samurai sorang satu. Bolehlah berperang.
Harga sewa costume : baju lelaki (3300 yen), baju wanita (3500 yen), baju ninja (3900 yen).
*The Three Ninjas
Dah penat jalan-jalan kat dalam tu dan dah habis round, kami bersedia untuk ke satu lagi destinasi iaitu Tobu World Square. Sebelum tu kami makan tengahari bekal yang dibawa dan solat dulu sambil merehatkan kaki. Ini adalah pengalaman yang tak ternilai hebatnya bagi saya dan anak-anak.....terima kasih abah bawak kami ke sini....
Jumpa lagi....
No comments:
Post a Comment