Selepas solat raya dan makan-makan di kedutaan, kami ke Kappabashi Street, Asakusa. Saja jalan-jalan cuci mata. Kappabashi ni dikenali jugak dengan nama Kitchen Town sebab terdapat deretan kedai yang menjual barangan kerluan dapur dan restoran seperti periuk, pinggan-mangkuk, pisau, display food sample dan macam-macam lagi.
* Mercu tanda Kappabashi Street
* Dislpay food sample
* Kedai pisau
*Kedai periuk belanga dan pinggan-mangkuk
Belum sempat saya habis jelajah semua kedai ni anak-anak dah bising. Penatlah, sakit kakilah, laparlah dan macam-macam lagi. Main point is diorang semua bukan suka tempat-tempat macam ni. Cuba kalau pergi tempat-tempat yang ada game, duduk sampai petang pun tak rasa lapar. Itulah budak-budak.....
So kami pun meneruskan perjalanan ke Stesen Asakusa (Tobu Skytree Line) untuk menukar tiket perjalanan ke Kinugawa-Onsen besok yang En. Suami beli secara on-line. Sementara menunggu proses tiket dikeluarkan, sajalah En.Suami bertanyakan tiket Tokyo Skytree ada lagi ke tidak. Rupa-rupanya masih ada. Sebenarnya dah lama kami merancang nak ke Sytree tapi on-line ticket semua sold out. Kena booking sekurang-kurang sebulan awal sebelum tarikh nak pergi.
Tanpa pikir panjang teruslah En.Suami beli memendangkan kalau ikut perancangan awal pun kami akan pergi sebelah petang supaya dapatlah tengok pemandangan Kotaraya Tokyo waktu malam. Macam pucuk dicita ulam mendatang pulak.
* Tiket ke Tembo Deck, Tokyo Skytree
Menara Tokyo Skytree merupakan menara yang tertinggi di dunia dengan ketinggian 643m. Menara ini dibuka kepada umum pada 22 Mei 2012. Tokyo Skytree mempunyai 2 dek untuk pemantauan (observation) iaitu pada ketinggian 350m dengan kapasiti 2000 orang dan pada ketinggian 450m dengan kapasiti 900 orang. Untuk sampai ke Tembo Deck (350m), pengujung hendaklah menaiki lif yang boleh memuatkan 40 orang dalam satu masa. Lif ini sangat laju iaitu 600m/minit. Untuk sampai ke Tembo Deck (350m) hanya mengambil masa 50 saat saja.
Harga tiket boleh tahan jugak mahalnya: dewasa -2000 yen, pelajar-1500 yen, budak sekolah-900 yen, budak tadika- 600 yen.
*Sebelum naik, bergambar dulu...
* Sekarang kami berada di Tembo Deck, pada ketinggian 350m
*Pemandangan yang tak berapa jelas sebab jerebu
*Glass floor
*Pemandangan Tokyo dari Tembo Deck
Belum sempat malam kami semua dah kepenatan. En. Suami ajak balik memandangkan besok kami akan memulakan perjalanan yang panjang. So hajat nak tengok pemandangan Tokyo pada waktu malam tak kesampaian. Tokyo Skytree....insyaAllah kami akan datang lagi..
p/s: nak tengok lebih banyak gambar bolehlah ke http://www.biarfotoberbicara.blogspot.jp/
Jumpa lagi..
No comments:
Post a Comment