Perjalanan hari ni kami teruskan ke Tobu World Square (http://www.tobuws.co.jp/default_en.html).
Dari EDO Wonderland kami menaiki bas lebih kurang 10 minit. Kami sampai lebih kurang pukul 3 petang, maknanya kami hanya ada masa 2 jam saja untuk "mengelilingi dunia" kerana taman ini akan di tutup pukul 5 petang.
* Tiket masuk: 2500 yen dewasa, 1200 yen kanak-kanak
*Bergambar dulu kat sini sebelum mengembara....
Terdapat 102 replika bangunan dan arkitektur dari seluruh dunia yang saiznya hanya 1/25 dari saiz asal. Ia juga merangkumi beberapa zon iaitu Zon Jepun Moden, Zon Amerika, Zon Mesir, Zon Eropah, Zon Asia dan Zon Jepun ( terdapat temple, meiji, shrine, palace).
Jom kita mulakan pengembaraan dengan Zon Jepun Moden, ada 12 bangunan dan arkitektur...sebahagiannya adalah ;
*Tokyo Station
*Tokyo Skytree
*Tokyo Dome
* Narita Airport
* TokyoTower
Zon Amerika pulak ada 8 bangunan tapi kat sini ada 4 gambar je ;
*The Empire State Building
*The Statue of Liberty
*The White House
*The World Trade Center
Zon Eropah terdapat 32 bangunan yang kebanyakannya adalah gereja. So tak banyak gambar yang kami rakamkan.
*St.Vasilie Church (Russia) -mula-mula tak perasan ni adalah gereja sebab
rekabentuk berkubah
*The Windmill in Kinderdijk (Netherlands)
* The Leaning Tower of Pisa (Italy)
*The Eiffel Tower (France)
* The Arc de Triomphe (France)
*Tower Bridge (England)
* Big Ben-House of Parliament (England)
*Buckingham Palace (England)
Seterusnya Zon Mesir;
* Pembinaan Sphinx
* Piramid
Di Zon Asia terdapat 12 binaan, yang mana kebanyakannya adalah tokong-tokong ( tak ambik gambar)....
*Forbidden City (China)
* The Temple of Heaven (China)
* dua gambar di atas ialah The Great Wall of China (China)
* Masjid Emam Esfahan (Iran)
Last but not least, Zon Jepun .Terdapat 35 binaan dalam zon ni, tapi disebabkan taman ni dah nak tutup (hampir pukul 5 petang) dan En. Suami pun dah penat maka tak banyak gambar diambil cuma beberapa binaan yang glamer je...
*Horyu-ji Temple
* Rakuon-ji Golden Pavilion ( diperbuat dari emas)
*Byodo-in Phoenix Hall
Alhamdulillah...dapat jugak round dunia dalam satu hari malah dalam 2 jam je....hahaha. So jom balik dan berehat. Penat sangat dah ni.
Sampai rumah pukul 10 malam. Lepas makan malam (beli je nasi kebab kat Asakusa) terus tidur tak sedar diri....
Jumpa lagi...
Cantik. Konsepnya macam Legoland Malaysia
ReplyDeleteKalau kat Tokyo ni Legoland kecik je...indoor
ReplyDelete