Saturday, August 17, 2013

Udon kari…

Assalamualaikum….

                         IMG_7751-2
Udon kari ni menu tengahari semalam. Biasanya saya masak udon karii ni untuk makan malam tapi semalam tukar sket, makan tengahari…Menu ni dah banyak kali saya buat, dah jadi menu biasa bagi kami anak beranak.
Resepi ni bermula bila En. Suami nak makan mee kari tapi kat Jepun ni susah nak dapat mee yang kena dengan kuah kari. So dia try beli udon….dan rasanya boleh tahan. Bila makan banyak kali best pulak…..

                 IMG_7746-2
                 * Inilah rupa udon: dalam ni ada 3 paket iaitu untuk 3 org makan
Udon ni lebih kurang macam laksa tapi dibuat daripada tepung gandum, dipotong bersegi. Biasanya udon dimakan dengan sup. Ok jom layan resepi udon kari;
Resepi dari;
Noriati Saud

Bahan-bahan:
5 paket udon –celur
300 g isi ayam dipotong kecil
Tauhu kembung
Bebola ikan
4 ulas bawang putih – tumbuk
5 ulas bawang merah- tumbuk
1 paket kecil serbuk kari – campurkan dengan sedikit air, jadikan pes
1 paket serbuk santan – campurkan dengan air, menjadi santan pekat
kiub ayam
Garam secukup rasa
Air
Sayur sawi: celur

Cara-caranya;
1. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau
2. Masukkan pes kari. Tumis sehingga pecah minyak.
3. Masukkan ayam dan sedikit air. Reneh.
4. Masukkan santan dan kiub ayam dan garam.
5. Setelah mendidih masukkan tauhu kembung dan bebola ikan. Biarkan mendidih sebentar. Tutup api dapur.

Ok dah boleh hidang udon kari..dan boleh makan.
Selamat mencuba….
Jumpa lagi

No comments:

Post a Comment

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015