Assalamualaikum…
Rendang daging ni saya masak khas untuk suami tersayang untuk juadah hari raya baru ni. Makan dengan nasi himpit. Sedap dan senang je nak masak. Bahan-bahan pun tak banyak. En. Suami siap tanya bila lagi nak masak rendang ni…
Resepi rendang daging ni saya ambik dari Azie Kitchen kat sini. Terima kasih kerana berkongsi resepi sedap ni.
Bahan bahan:
1 kg daging - potong kecil
1/2 kg santan pekat – (saya pakai 3 paket santan serbuk)
1/2 kg bawang merah – kisar-(saya guna 3/4 labu bawang besar)
1 senduk cili kisar - ikut pedas disukai
Kicap pekat
Sedikit gula
1 - 2 asam keping
Garam, jika perlu
Cara-caranya:
1. Rebus daging dengan santan sampai empuk. Tos dan goreng daging seketika.
2. Angkat daging dan menggunakan kuali yang sama, tumis pula bawang merah dan cili kisar hingga garing.
3.Masukkan daging yang digoreng dan lebihan santan serta kicap pekat. Masuk sedikit gula, asam keping dan sedikit garam, jika belum masin. Masak sehingga agak pekat.
Ok bila dah masak bolehlah dihidang dengan nasi himpit, lemang atau dengan nasi putih je. Memang sedap….
Selamat mencuba…
Jumpa lagi….
No comments:
Post a Comment