Sepanjang 2 tahun berada di Tokyo banyak pengalaman pahit manis kami sekeluarga telah lalui. Banyak jugak pengalaman yang tak akan atau susah sikit la nak rasa lagi bila balik Malaysia nanti.
Antaranya;
1. 4 musim
-of course lah bila dah balik Malaysia dah tak dapat rasa musim gugur, musim sejuk dan musim bunga lagi. Yang ada cuma musim panas sepanjang tahun.
2. Guna pengangkutan awam
- Kehidupan kami di sini bergantung sepenuhnya dengan pengangkutan awam (train, bas dan teksi) memendangkan kami tidak mempunyai kereta. Memang harga kereta murah di sini tapi maintenance nya mahal....sewa parking nya saja dah mencecah 50k yen ( RM1500 ) sebulan (di Tokyo). Jadual perjalanan pengangkutan awam kat sini almost tepat, so senang merancang perjalanan dan yang pasti lebih jimat.
3. Shopping online
- kat sini kami tak perlu keluar rumah untuk mendapatkan bekalan makanan atau keperluan harian. Biasanya menggunakan 3 kedai online yang berbeza untuk membeli 3 jenis barangan yang berbeza.
1. Baticrom - menjual makanan halal dan jugak produk halal dari serata dunia seperti daging, ayam, kicap, sos tiram, sos cili dan macam- macam lagi.
2. Summit Supa - sebuah rangkaian supermarket kat Jepun ni tapi ada menawarkan belian secara online dan penghantaran ke rumah. Biasanya kami beli sayur, beras, gula, tepung, ikan, buah dan lain-lain makanan kering.
3. Rakuten - kedai online kegemaran En. Suami.....macam-macam ada...boleh beli pakaian, kasut, kamera, jam tangan, pinggan- mangkuk dan macam-macam lagi...
4. Bawak bekal
- kalau ada perjalanan yang jauh dan tak banyak restoran biasanya saya akan menyediakan bekal untuk kami sekeluarga. Senang dimakan bila-bila masa. Biasanya saya akan meyediakan roti sosej sebab senang dimasak dan senang dimakan.
5. Anak-anak jalan kaki ke sekolah
- jarak dari rumah ke sekolah dekat je...dalam 5 minit jalan kaki...lagipun orang Jepun memang jalan kaki ke sekolah
6. Anak-anak ke sekolah sendiri
- Aiman dan Akmal ke sekolah berdua je, tak perlu dihantar dan dijemput cuma Amni je kena hantar dan jemput sebab masih di tadika (Youchien)
7. Tak ada homework
- samada youchien atau MST ( Montessori School of Tokyo), dua-dua tak ada homework. Tak dapat bayangkan keadaan budak-budak ni bila balik Malaysia nanti
8. Bawak bekal pergi sekolah
- Kat sekolah diorang memang tak ada kantin, so kenalah ibu sediakan bekal untuk makan tengahari setiap hari.
Hanya tinggal lebih kurang 9 bulan lagi untuk kami semua merasa pengalaman ini. Bila dah balik Malaysia pengalaman ini agak sukar untuk kami rasa dan lalui lagi.......
Jumpa lagi...
No comments:
Post a Comment