Assalamualaikum….
N3 kali ni tak nak cerita jalan-jalan….nak cerita pasal hobi pulak. Hobi yang biasa-biasa je tapi bagi saya ianya menarik. Boleh jugak mendatangkan pulangan yang lumayan kalau buat betul-betul.
*mesin jahit BROTHER CPS48 Series
Walaupun saya menjahit ni ikut mood dan jarang-jarang, tapi mesin jahit yang baik penting jugak sebab bila tengok hasilnya bertambah semangat nak menjahit lagi. Mesin jahit ni saya beli di Yuzawaya, Kamata awal tahun ni menggantikan mesin jahit Raleigh saya yang dah uzur. Suka sangat mesin jahit ni sebab ianya berkomputer dan boleh menjahit tanpa menggunakan pedal.
Hobi saya sekarang suka menjahit beg berbanding dengan menjahit pakaian. Jahit beg ni taklah leceh dan cute je kalau dah siap. Setakat ni saya jahit untuk kegunaan sendiri dan untuk ahli keluarga je, tak berani lagi nak ambik tempahan.
* Kelengkapan Amni ke sekolah yang saya jahit tahun lepas
* masterchef….
* Beg untuk kakak2 dan anak buah bawak balik M’sia Jun lepas
* projek terbaru: placemat untuk kegunaan Amni kat sekolah, siap quilt lagi..
Disamping menjahit beg, saya jugak suka jahit menggunakan felt. Tapi dah lama dah tak buat kraf guna felt ni…last sekali buat untuk dijual kat bazar sekolah Amni bulan Jun lepas..
*Ada keychain, phonestrap, brooch dan jugak getah rambut.
*Order dr En. Suami untuk poket Wifi nya
* Ini pulak Phone case saya
*Projek pertama: untuk cikgu bahasa Jepun saya, Tomoko Nagai
Sekarang ni sedang mengumpul mood dan kekuatan untuk mula menjahit. Sedang berkira-kira nak jahit apa…..tunggulah apa projek saya nanti…
Jumpa lagi….
Salam kak,
ReplyDeleteBerapa Yen akak beli mesin jahit ni.In Shaa Allah, sy akan ikut husband belajar di tokyo tahun depan.kat malaysia ni sy dah biasa menjahit,rasa tak best pulak kalau takde mesin jahit.ingat nak beli sebijik bila sampai sana :)
salam..masa akak beli harganya +- 30k yen..tp hari tu ada nampak ada offer kat yuzawaya tu 25800 yen..tak tahulah harga tu sampai bila..anyway tq kerana singgah
ReplyDelete