Perjalanan dari Kunugiyama kami teruskan ke Shimo Kirazawa. Sebenarnya En. Suami nak bawak kami anak-beranak ke sebuah restoran yang hanya owner dia je tahu kenapa namanya 2x2=8. 2x2=8 ni merupakan sebuah restoran India-Pakistan muslim. Kat sini disediakan buffet....ada ayam goreng berempah, soba goreng, nan, pizza, nasi putih dan beberapa jenis kari. Boleh tahan jugaklah rasa masakan kat sini. Budak-budak ni banyak makan nan dan ayam goreng
Tak banyak gambar yang diambil sebab semua kelaparan sampai lupa nak ambik gambar. Dah habis makan, pinggan pun dah kosong baru boleh bergambar.
Dah puas jalan-jalan, destinasi seterusnya ialah Masjid Tokyo atau Masjid Camii. Masjid ni terletak di Yoyogi Uehara. Dah lama dah nak ke masjid ni tapi tak berkesempatan. Masjid ni merupakan masjid Turki dan masjid terbesar di Tokyo. Masuk ke masjid ni macam berada di Malaysia. Rekabentuk dalamannya seperti kebanyakan rekabentuk masjid di Malaysia. Terubat sikit rindu.....
*Ihsan dari google
* Bergambar di depan Masjid Camii...terlindung pokok pulak..
Hasrat dihati nak sambung pergi Shinjuku pulak tapi semua orang kepenatan dan kepanasan. Dah berapa botol air dah habis..dahaga sangat. So abahnya buat keputusan balik je. Keputusan tu disambut gembira oleh anak-anak. Boleh balik main game kat rumah.
Sampai rumah, abahnya sakit kaki dan ibu pulak sakit lutut.....nasib baik esok cuti..
Jumpa lagi
No comments:
Post a Comment