Wednesday, August 7, 2013

Ayam panggang lada hitam

Assalamualaikum


Pejam celik pejam celik dah sampai ke penghujung bulan Ramadan. Mudah mudahan semua ibadah yang kita kerjakan di bulan mulia ni diterima dan diberikan ganjaran oleh Allah…insyaAllah.
Hari ni nak cerita pasal masak memasak pulak. Dua tiga hari lepas adalah En.Suami menyuarakan keinginan nak makan ayam panggang. Sebagai isteri mithali (insyaAllah….), mulalah google cari resepi ayam panggang. Macam-macam resepi yang saya jumpa. Tapi saya pilih yang senang je, yang penting sedap. Memandangkan saya ni jenis yang tak berapa nak rajin dan jugak bahan-bahan di dapur yang terhad, saya pilih resepi ayam panggang lada hitam dari Potret Kasih. Terima kasih kerana berkongsi resepi yang sedap.

Resepi Ayam Panggang Lada Hitam
Sumber: Potret Kasih

Bahan-bahan:
1 ekor ayam ( potong 2 atau tidak dipotong )
6 ulas bawang putih ( saya letak 1 labu bawang putih )
1 inci halia
1 sudu besar lada hitam
2 sudu besar minyak masak/ sayuran/ zaitun
4-6 sudu besar sos tiram ( ikut saiz ayam )
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar daun rosemary kering ( jika suka ) * yang ni saya tak letak

Cara penyediaan
1. Goreng bawang putih bersama minyak masak tadi hingga kekuningan. Bila dah kekuningan tutup api.
2. Tumbuk lada hitam, daun rosemary hingga hancur kemudian masukkan halia dan tumbuk  hingga lumat.
3. Didalam lesung yang sama masukkan bawang putih yang telah digoreng bersama minyaknya sekali. Kemudian lenyek perlahan2 bawang putih tadi hingga hancur.
4. Masukkan pula sos tiram dan sos cili. kacau perlahan.
5. Lumurkan minyak bumbu tadi pada ayam yang telah di bersihkan. Perap ayam dahulu paling kurang 1 jam.
6. Bakar dalam oven suhu 200 darjah celcius selama 1 jam .
Saya hanya menggunakan paha ayam (whole chicken leg). So bahan-bahan saya olah sikit kuantitinya, nak sesuaikan dengan ayam tu. Ayam panggang sedap dimakan ratah je cicah dengan sos atau makan dengan nasi panas-panas.
Layan gambar sikit

                         IMG_7021
                        *Perapan ayam (saya perap 5 jam)
 
                          IMG_7029
                         *Masukkan dalam loyang untuk dibakar
 
                        IMG_7035
                        *Ayam dah masak dan bolehlah dihidang

So apa tunggu lagi…selamat mencuba.
Saya ucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada semua muslimin dan muslimat yang akan menyambut hari lebaran esok insyaAllah…
Jumpa lagi….wassalam

No comments:

Post a Comment

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015