Friday, August 23, 2013

Sessi panaskan "enjin"


Assalamualaikum....

Ok, dalam seminggu ni saya cubalah merajinkan diri ini untuk menjahit. Saya mulakan dengan jahit yang senang-senang dulu untuk ambik mood. Bukan apa kalau jahit yang susah, sampai separuh jalan tak jadi, pastu hilang mood. Kalau jahit yang senang, 1. cepat siap, 2. tak banyak salah, 3. seronok dan gembira bila produk kita siap dan cantik. Pastu teruja nak buat yang lain pulak.

First, saya buatkan sarung bantal untuk Adib. Sebelum ni sarung bantal Adib warna pink. Nasib baik dia kecik lagi, tak kisah kalau pakai warna pink. Kalau dah besar macam abang-abang dia, mesti "allergic" dengan warna pink. So, saya buatkan warna biru guna kain gambar ' Toy Story'. Adib suka Buzz Lightyear...
                                        *Sarung bantal ' Toy Story'

                                         *Saya buatkan applique guna felt

                                                       *Applique jahitan tangan

Pastu, saya buatkan 2 biji sarung kusyen menggantikan yang lama yang dah kepam....saya ikut tutorial dari sini...senang je, tapi saya tambahkan sedikit applique. Kali ni saya gunakan mesin jahit untuk applique

                                                       *Kusyen berukuran 16"x16"


                                         * applique guna mesin jahit

                                                       *seronok pulak buat applique ni....boleh buat lagi lepas ni

Tak berhenti setakat ni je. Misi diteruskan dengan simple patchwork pulak. Buat pencil pouch dan make-up pouch je. Mencabar jugak buat patchwork ni sebab ukuran dan basi jahitan ( seam allowance ) penting, kalau tak susah nak samakan antara jahitan kain-kain yang telah dipotong tu. Sebenarnya part tulah yang saya selalu fail....

                                         *Pencil pouch: tutorialnya saya ambik di sini

                                                      *Make-up pouch: tutorial boleh dapat di sini

Seterusnya ada lagi 2 pouch...



                                         *simple pouch

                                                       * Gathered clutch dari Noodlehead: tutorial di sini

Satu permulaan yang baik bagi saya. Mood menjahit pun dah memuncak, cuma sekarang dok pikir nak jahit apa pulak. Buat bag pun ok jugak....insyaallah saya akan update lagi hasil jahitan saya lain kali.
Lepas ni bolehlah tambah koleksi fabrik pulak....untuk memuncakkan lagi mood menjahit..hahaha...

till then..jumpa lagi

No comments:

Post a Comment

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015