Monday, August 5, 2013

Inilah Keluargaku….



Inilah keluarga bahagiaku.....bahagia dijodohkan dengan suami yang penyayang...bahagia dikurniakan 4 orang putera yang comel dan bahagia dapat hidup bersama dia atas bumi Allah ini.

Mari diperkenalkan dulu dengan orang kuat dalam keluarga...Encik Jeffry bin Ramli. Seorang suami yang caring, bertanggungjawab, tegas dan handsome ( hehehe..dimata isteri mestilah suami dia yang paling handsome).

Anak sulong....namanya Aiman Hakimi, aka Along, 10 tahun. Seorang anak yang bijak dan petah berkata-kata. kadang-kadang tu sepatah yang orang tanya sepuluh yang dia jawab....tapi yang kelakarnya satu pun tak ada yang betul.

Anak kedua, Akmal Hamimi, aka Angah,8 tahun. Seorang anak yang kreatif, penyayang dan ceria (walaupun sekali sekala bad mood melampau ).

Anak ketiga, Amni Hazmi, aka Abang, 6 tahun. Abang seorang anak yang mendengar kata, berdisiplin ( sekolah Jepun lah katakan...) dan senang dibentuk.

Dan yang last....Adib Hidayat, aka Didib...comey....yayang....adik...dan macam-macam panggilan lg. Ikut keadaan semasa..hehehe. Umur Adib 2 tahun setengah. Adib seorang anak yang ligat, ceria dan menceriakan keluarga.

Akhir sekali tuan punya tanah....Noriati binti Saud, berasal dari Besut, Terengganu.
Bergambar bersama "domey ibu", Adib Hidayat...


No comments:

Post a Comment

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015