Seawal 4.30 pagi dah bangun menyiapkan bekal untuk dibawa ke Kinugawa-Onsen ni. Saya buatkan Roti John simpel untuk anak-anak dan jugak bawak sikit rendang daging dengan nasi himpit untuk saya sendiri dan jugak abahnya. Beginilah kami kalau nak ke tempat yang jauh dari Tokyo, kena bangun awal pagi sebab nak kejar jadual train memandangkan kami tak mempunyai kereta. Pukul 7 pagi dah sampai ke Stesen Asakusa. Pada pukul 7.30 pagi nanti Keretapi Ekspress Spacia ke Kinugawa-Onsen akan berlepas. En. Suami membeli tiket keretapi yang mempunyai compartment. Saja nak bagi anak-anak merasa pengalaman yang bernilai. Lagipun perjalan mengambil masa selama 2 jam, bila berada dalam compartment ni tak terasa masa berlalu. Terima kasih Abah.....
*Teruja nak naik keretapi
*Keadaan dalam compartment, luas dan selesa
*Anak-anak pun happy
* Boleh makan-makan
* Sarapan dengan roti John dan nasi himpit bersama rendang
20 minit sebelum sampai ke destinasi kami dikehendaki menukar train kerana keretapi ekspres ni menuju ke destinasi lain. Di sebabkan badan pun masih fresh, tak menjadi masalah kepada kami walaupun bukan menaiki keretapi ekspres.
Dalam keretapi yang tak ramai orang,
Akhirnya kami sampai ke Kinugawa-Onsen pada pukul 9.30 pagi. Alhamdulillah....
Selepas ini kami akan meneruskan perjalanan ke Edo Wonderland dan Tobu World Square.
Jumpa lagi....
No comments:
Post a Comment