Pada hari Sabtu lepas (24 Ogos 2013) saya dan family ke Zama, ada Pesta Bunga Matahari ( Sunflower Festival). Dari rumah kami ke Shinjuku menaiki bas. Lebih kurang setengah jam baru sampai stesen. Lepas tu ambik train kat Stesen Shinjuku (Odakyu Line) ke Zama. Lebih kurang sejam 10 minit baru sampai stesen Zama. Then ambik teksi ke tempat festival tu. Hari ni mendung, sekali sekala hujan rintik-rintik, so taklah panas sangat.
Setiap tahun pada bulan Julai dan Ogos pesta ni akan diadakan di sini. Zama merupakan satu bandar di daerah Kanagawa. Terdapat lebih kurang setengah juta batang pokok bunga matahari setinggi lebih 1.5 meter yang ditanam.
Tapi kat Zama ni bunga matahari berkembang berperingkat. Ada yang dah gugur kelopaknya dan ada jugak yang baru nak berkembang. Yang sedang berkembang mekar jugak banyak....
Cantik sangat..........
*wow...banyaknya..
*Si kecik pun nak tunduk jugak
*Tadaaa....cantikkan..
*Pokok padi pun ada jugak...baru nak menguning
*Ada jugak gerai yang jual pelbagai makanan dan minuman...
*Abang sorang je yang nak bergambar dengan maskot
*frame gambar disediakan...hahaha
Banyak lagi gambar...hanya bergambar jelah kerjanya hari nih...nak buat macam mana, dah tak jumpa dah bunga matahari banyak macam ni lepas ni. Kalau kat rumah mak saya pun ada pokok bunga matahari, tapi 4 5 batang jelah....hehehe
Oklah..jumpa lagi next time...
No comments:
Post a Comment