Tuesday, August 6, 2013

2 tahun lepas….


Assalamualaikum….

Alhamdulillah syukur kerana masih berpeluang untuk meneruskan ibadat puasa yang masih berbaki 2 hari lagi…insyaAllah.
2 tahun lepas iaitu pada tarikh 19 September 2011, saya dan anak-anak telah meninggalkan rumah yang baru 9 bulan didiami untuk mengikut suami yang telah mengikat kontrak dengan syarikat untuk berkhidmat di Tokyo, Jepun. Sedih, gembira dan excited bercampur-campur……

  SAM_0220           SAM_0222
  *Keadaan rumah yang dah kosong

SAM_0233SAM_0244
*Bersama dengan family sebelum berlepas

Pada pukul 11.30 malam kami berlepas ke Narita Airport menaiki pesawat MAS. Perjalanan dari KLIA ke Narita Airport mengambil masa selama 7 jam. First time kami merasa duduk di bussiness class..sangat selesa. Siap boleh baring-baring lagi. Perjalanan yang mengambil masa yang lama pun tak terasa sangat. Lagipun flight malam tak de apa yamg boleh dibuat kecuali tidur…..

SAM_0261SAM_0262
SAM_0264SAM_0265
*Seat bussiness class

Pukul 7 pagi waktu Jepun, kami pun menjejakkan kaki di bumi Matahari Terbit…masa tu suhu kat Jepun tak panas dan tak sejuk sangat…sedang-sedang je..
Perjalanan dari airport ke rumah pulak ambik masa sejam lagi…kami naik keretapi ekspres, Narita Exspress.

SAM_0268SAM_0274SAM_0270SAM_0272
*Budak-budak excited dapat naik keretapi

Lebih kurang pukul 10.30 pagi barulah kami sampai ke rumah…leganya rasa. Bolehlah berehat….
SAM_0296SAM_1342
*Bergambar di depan rumah..PINE CREST COURT 1st…

Sejak dari hari tu bermulalah kehidupan kami sekeluarga di Tokyo. Kalau nak tengok gambar-gambar kami sepanjang 2 tahun di Jepun boleh tengok sini,http://www.biarfotoberbicara.blogspot.com/


Jumpa lagi dilain entry…wassalam

No comments:

Post a Comment

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015