Friday, February 19, 2016

Cutu-cuti Penang bhg 6

Assalamualaikum

Hari terakhir kami di Penang ni (8/2/2016). Oleh sebab semalam (cuti-cuti Penang bhg 5) kami tak jadi pergi Toys Museum, hari ni Cik Abang janji nak bawak anak-anak ke Trick Art Museum. Malangnya tutup pulak. Yelah hari ni kan Tahun Baru Cina. Banyak kedai tutup hari ni. Jadi kami hanya jalan-jalan di Jalan Chowrasta je.


 * Sebelum tu nampak pemandangan cantik di Jalan Gurney

 * Tenang

 * Tak sempat naik bas ni

 * Damai



Kalau ke Penang, ole-ole yang wajib beli adalah Jeruk Madu Pak Ali. Jeruk ni sedap sebab tak sakit tekak kalau makan. CikAbang saya yang tak suka jeruk pun boleh dan suka jeruk ni.



* Borong nampak !

 * Banyak kedai jual jeruk sepanjang lorong ni

 * Jalan-jalan je di sepanjang jalan. Hanya jual pakaian. Banyak kedai tutup

 * Tengok-tengok, belek-belek je


 Sebelum balik, pekena cendul dulu. Yelah hari ni panas betul. Bolehlah basahkan tekak dengan cendol ni. Cendol ni dijual  tepi jalan je.






Masa melalui jambatan Pulau Pinang hari tu dah pukul 12 tengah malam. Anak-anak semua dah tidur. Mereka semua tak tak dapat tengok jambatan yang sinonim dengan Pulau Pinang ni. Plan asal, balik dari Pulau Pinang nak naik feri, tapi Aiman sinuk nak lalu jambatan jugak. Tak pernah lalu katanya. Jadi Abahnya pun akur. Ikutlah kehendak anak-anak.

Dalam perjalanan balik, singgah makan mee udang di restoran ni yang terletak di Changkat Jering. Dekat je dengan plaza tol Changkat Jering. Masakan di sini sedap-sedap. Harga pulak berpatutan.







* Nasi goreng udang special  - udang lebih

* nasi goreng burung puyuh

* nasi goreng ayam

* mee udang special -udang lebih

* Alhamdulillah, lepas bangun tidur boleh makan :-)


Saya makan mee udang. Bagi saya mee ni sedap tapi saya rasa saya tak gemarkannya. Disebabkan rasa dia yang sedap, saya boleh habiskan semangkuk walaupun saya tak gemar. Lepas tu bawa balik 3 bungkus lagi mee udang untuk Abah dan Mak yang masa ni ada di rumah Bangchik. Alhamdulillah, banyak Abah makan sebab Abah memang orang Perak. Dia memang gemar mee udang.

Sesiapa peminat mee boleh cuba makan mee udang ni :-). 



Wednesday, February 17, 2016

Cuti-cuti Penang bhg 5

Assalamualaikum

Selepas penat mencari Street Art ( cuti-cuti Penang bhg 4), kami plan nak ke Toys Museum yang terletak di Tanjung Bungah pulak. Sampai  separuh jalan, Cik Abang rasa penat sangat. Tak larat katanya nak teruskan perjalanan. Jadi kami ambilkeputusan balik hotel je. Berehat dulu. Yelah asyik berjalan je, tak cukup rehat.

Usai solat asar dan rehatkan badan sekejap, bawa anak-anak mandi kolam. Kolam hotel ni taklahbesar sangat. Ada 2 kolam berlainan kedalaman.Adib dan Amni mandi di kolam yang cetek je.



 * Kolam ni air dia takat paha Amni je. 

* Yang 2 orang ni bolehlah bergurau-gurau di kolam ni

Dah bosan mandi kolam, nak pergi main pasir pulak. Alhamdulillah hotel ni dekat dengan pantai. Bolehlah kalau nak mandi laut tapi Cik Abang tak benarkan anak-anak mandi laut. Bahaya katanya. Setakat basuh-basuh kaki di gigi air tu bolehlah





 * "Pengawal pantai"...hehehe

 * Cari kulit kerang

 * Main pasir jelah yang boleh


 * Sambil memantau anak-anak

Sebelum naik ke bilik, sempat lagi anak-anak mandi kolam se"round" lagi. Sampai terketar-ketar kesejukan sebab angin kuat jugak. Dah dekat maghrib baru naik bilik.


PASAR MALAM BATU FERINGGI

Lepas maghrib, misi mencari makan malam dan melawat Pasar Malam Batu Feringgi. Cik Abang dan servey siap-siap dah tempat makan yang sedap. Malam ni kami nak makan laksa dan char kuey teow. Yelah kalau ke Penang tak makan laksa Penang tak sahlah kan.

Malam tu saya susah nak buat keputusan. Nak makan laksa ke nak makan char kuey teow. Mmmm..akhirnya saya pilih laksa Penang. Cik Abang pulak pilih char juey teow :-)

 * Kami makan di kedai ni. Mady Penang char kuey teow

 * Kedai laksa ni bersebelahan dengan kedai Mady tadi

 + Adib pulak nak makan satay

 * Sabar menanti

 * Adib baru bangun tido

 * Laksa dah sampai. Jujurnya bagi saya, laksa ni tidak menepati selera saya. Mungkin rasanya yang manis. Kuahnya pun terlalu pekat

 * Satay pun terlalu manis sehingga "hilang " rasa satay

 *Nasi goreng cina Angah. 

 * Nasi goreng udang

 * Char kuey teow Cik Abang. Rasa dia memang power. Menyesal pulak tak order char kuey teow ni. Sempat ngelat Cik Abang punya je sikit

Dah sudah makan tu barulh ada tenaga nak berjalan di pasar malam. Masar malam ni tak jauh pun dari tempat kami makan tadi. Jalan kaki je. Malam tu banyak kedai tutup. Mungkin nak  Tahun Baru Cina kot. Tak semeriah biasa kata Cik Abang.


 * Belek baju "Penang"



 * Bolehlah beli ni untuk Mak

Bila dah berjalan tak sedar pulak dah jauh dari kereta. Sambil nak hiburkan aak, Cik Abang buat keputusan balik ke kereta dengan beca. Yang paling seronok naik beca ni ialah Adib. Tak habis-habis ketawa dan senyum sepanjang naik beca. RM 20 per trip untuk sebuah beca. Jadi kami perlukan 2 buah beca untuk kami sekeluarga. 

Kagum dengan abang-abang yang bawak beca ni. Mereka bawak beca ni sebagai kerja sambilan je. Siang mereka kerja, malam pula bawak beca. Kadang-kadang sehingga pukul 12 malam. Satu lagi mereka ni kuat betul dapat kayuh beca tu. Bayangkan kami naik satu beca 3 orang. Mmm..berat tu.



* Demi sesuap nasi

Dah, jom balik hotel dan berehat :-)



Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015