Bubur pulut hitam ni memang ramai peminat di rumah ni berbanding dengan bubur-bubur yang lain. Kalau bulan puasa dah jadi kewajipan saya masak bubur pulut hitam ni. Aiman memang cukup suka bubur ni. Kalau bubur kacang dia tak makan.
Pulut hitam ni dah lama saya beli. Masa saya balik tahun lepas..hehehe. Asyik menangguh je. Nasib baik belum expired. Hari minggu lepas nekad nak masak. Saya masak menggunakan pressure cooker, jadi tak perlulah masak lama sangat. Hanya 30 minit diperlukan. Beras pulut tu pun lembut dan cantik je kembang.
Resepi bubur pulut hitam
Oleh: Noriati Saud
Bahan-bahan
300g beras pulut hitam
sekeping gula melaka
3/4 cawan gula - boleh lebih atau kurang mengikut selera
2 paket santan serbuk (50g/pek)
1 sb garam
1/2 sb tepung jagung
Cara penyediaan
- Basuh dan masukkan beras pulut hitam dan air ke dalam periuk tekanan
- Rebus dengan tekanan tinggi selama 30 minit
- Kemudian masukkan gula melaka dan gula. Masak sehingga gula hancur
- Campurkan santan serbuk dengan tepung jagung dan tambahkan sedikit air supaya menjadi pes.
- Masukkan campuran santan tadi ke dalam periuk
- Perisakan dengan garam
- Siap. Bolehlah dihidang panas atau sejuk
******************************************************
*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love
Sehingga bertemu lagi. Wassalam.

No comments:
Post a Comment