Showing posts with label reunion. Show all posts
Showing posts with label reunion. Show all posts

Wednesday, December 23, 2015

Akhirnya...selepas 16 tahun

Assalamualaikum

Semasa matrikulasi di universiti dulu saya ada study group 4 orang perempuan dan 6 orang lelaki. Kami memang rapat. Selalu belajar bersama. Kami 4 orang perempuan ni rapat seperti adik-beradik sehinggalah kami menggelarkan diri kami Along, Angah, Achik dan Adik. Kami juga tinggal bersama di rumah sewa. 

Kami tamat pengajian pada tahun 1999, maka kami pun berpisah. Mengikut haluan masing-masing. Alhamdulillah denga adanya kemudahan teknologi sekarang, kami masih berhubung walaupun tak pernah berjumpa. Sehinggalah pada bulan lepas Achik mencadangkan kami semua membuan reunion. Pada mulanya ramai yang bersetuju dah sertai tapi akhirnya hanya saya dan Achik yang available. Akhirnya saya dan Achik bersetuju berjumpa di Bandar Melaka pada 19/12/2015.

Kebetulan pada hari tu juga Cik Abang nak melawat kawan dia yang kurang sihat di Klebang. Kiranya macam perjumpaan 2 dalam 1 lah ni. Tengahari barulah kami ke Bandar Melaka untuk berjumpa Achik. Pertemuan kami ditetapkan di kedai makan asam pedas Perhentian Kuih Kampong

Akhirnya selepas 16 tahun, saya dan Achik berjumpa dan dapat menghabiskan sepetang bersama. Banyak perkara yang diperkatakan. Bercerita tentang masa di universiti dulu. Cerita juga tentang perihal sekarang.

 * Achik mencadangkan kedai ni bila saya kata nak makan asam pedas Melaka

 * Rancak berborak. Achik dan 2 orang anaknya, Adam dan Adlina


 * Cik Abang memilih asam pedas ikan tenggiri.

* Nasi didatangkan dengan hirisan timun dan telur asin

* Ada juga ayam bakar.  

 * Aiman memilih nasi dengan ayam bakar


 * Di sini terdapat beraneka jenis kuih. Achik kata kuih-kuih ni akan dijual pagi dan petang tapi bukanah kuih yang sama. Tengahari kuih baru akan ditukar untuk makan petang pula







 * Orang memang ramai. Siap berdiri tunggu giliran

Lepas makan tengahari, kami ke Masjid Selat untuk solat zohor. Masjid ni macam masjid terapunglah. Terapung di atas Selat Melaka.


* Selat Melaka

* Baca info tentang Masjid Selat

* Anak sulung kami, Aiman Hakimi dan Adam Zafry

* Ibi-ibu mereka pulak :P

* Sekali lagi

Usai solat zohor, kami ke pusat bandar. Niat di hari nak naik River Cruise. Sekarang kan cuti sekolah. Punyalah ramai orang di Bandar Melaka ni. Kami berpusing-pusing mencari tempat parking. Rasanya macam dah tak ada harapan nak naik River Cruise tapi Alhamdulillah ada rezeki kami hari tu. Dapat juga parking berdekatan Dataran Pahlawan. Lepas tu jalan kaki je ke kaunter tiket River Cruise.

* Adib teruja melihat beca dengan pelbagai dekorasi watak kartun

* Taming Sari. Kami tak naik pun

* Muzium Sanudera

* Beca Iron Man


* Tiket kami hari tu

* Dapat air mineral dan biskut oren homemade ni percuma

* Selfie sikit. Nanti nak buat laporan dalam group whatsapp

* Pelayaran bermula menyusuri Sungai Melaka

* Abah, Along dan Adib je ada. Angah dan Abang ada di kampung

* Pemandangan di sepanjang menyusuri sungai.

* Ini merupakan bahagian belakang deretan kedai di sepanjang  sungai

* Menikmati panorama

* Achik kata, semua lukisan mural ni dilukis oleh pelajar UiTM

* Khusyuk mendengan penerangan dari Achik


* Monorail? 

* Lukisan mural ni sebagai tarikan pelancong  yang mana ianya menggambarkan tentang Malaysia

* Line Clear pun ada di Melaka?



Dah selesai pusing-pusing River Cruise, tak sedar dah petang. Achikpun dah nak balik sebab nak jumpa kakak ipar dia pulak. Tak lengkap kalau berjalan tak beli cenderamata. Singgah sekejap di Medan Samudera beli fridge magnet. Cik Abang pulak beli replika KLCC.



Kemudian kami ke Dataran Pahlawan untuk solat asar. Anak-anak Achik pun nak beli ais krim. Upah sebab mereka baik je ikut walaupun mengadu panas :). Kami pun berpisah di sini. InsyaAllah kalau ada masa dan panjang umur boleh jumpa lagi.


* Sebelum berpisah

Kami kemudian mencari surau yang mana terletak di dalam Heritage Galerry ni. Di sini ada jual macam-macam. Cencalok, belacan, pakaian,kraftangan dan macam-macam lagi. Saya sempatlah beli belacan, baju " Melaka" untuk anak-anak dan juga kraftangan kayu yang ditulis nama kami sekeluarga.



* Boleh gantung di dinding rumah. This is my family


Ada kat dalam ni tak tersedar dah nak malam. Kami bergerak balik dan pukul 10 malam baru selamat sampai di rumah. Alhamdulillah.

Rasa bersyukur sangat hari ni sebab dapat berjumpa kawan-kawan yang dah lama tak jumpa. Cik Abang dapat jumpa dengan kawannya begitu juga dengan saya. Semoga diberi kesempatan dan peluang untuk berjumpa lagi.





Thursday, September 4, 2014

Mini reunion

Assalamualaikum


Ceritanya Sabtu, 30 Ogos lepas kami bekas pelajar  5 Sains 1 & 2 SMAASZA tahun 1992 yang tinggal di kawasan Kajang dah Bangi bersepakat mengadakan mini reunion. Mula-mula memang ramai jugaklah yang ingin turut serta tapi apakan daya, "Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan". Akhirnya hanya 8 orang saja yang sempat berkumpul, termasuk seorang lelaki.

Maizura atau nama manja Ya bernurah hati nak jadi tuan rumah. Jadi hari tu kami semua berkumpul di rumah Ya di Bandar Bukit Mahkota. Setiap orang boleh membawa keluarga masing-masing. Kebanyakan dari kami mempunyai anak lebih dari 2 orang. Cubalah bayangkan kalau lebih ramai yang dapat berkumpul. Pasti gamat jadinya.

Seronok sungguh dapat berkumpul semula selepas lebih dari 20 tahun. Berborak, bergelak ketawa bila bercerita semula kisah-kisah dulu. Shima membuat kami tak kering gusi bila bercerita tentang kenakalannya semasa di asrama dulu. 

Saya, Shima dan Sobah (suami Shima) wakil dari kelas 5 Sains 1 manakala Ya, Noriah, Nor Hakimah, Zailawati dan Azura dari kelas 5 Sains 2. Walaupun kami dari kelas yang berlainan, kami semua rapat. 

 * Nor Hakimah baru je sampai

 * Ya, saya, Shima, Noriah dan Nor Hakimah

 * para suami pulak bersembang di luar

Hari tu sempat pulak mempromosi dan menjual MRS. Sebenarnya Shima dah lama juga menggunakan MRS. Jadi hari tu dia minta saya bawakan MRS kepadanya. Peluang tu saya ambil untuk mempromosi kepada kawan-kawan yang lain. Siapa lagi kalau bukan Shima yang menjadi testimoninya. Terima kasih Shima dan kawan-kawan kerana membeli MRS. Kalau nak tambah stok boleh bagitau nanti :).


Jam menunjukkan pukul 3 petang. Masing-masing sudah menyuarakan untuk balik tapi seorang lagi kawan kami belum sampai. Tersekat dalam kesesakan lalu lintas. Pukul 3.30 petang masih belum sampai juga. Kami buat keputusan untuk balik saja. Tapi Alhamdulillah, sempat juga berjumpa sekejap. Tak sempat nak berborak.

 * Kami bersama keluarga 

 * hanya sempat bergambar dengan Azura, tak sempat berborak

Tak puas rasanya berjumpa hari tu. In sya Allah jika diizinkan bolehlah kita adakan lagi reunion. Minta-mintak lebih ramai yang boleh turut serta lain kali. Semoga persahabatan kita semua akan terus berkekalan.


*********************************************************************************

Dapatkan sekarang set combo 30ml + 100ml serum dengan harga istimewa sempena sambutan kemerdekaan ke 57.

Combo : MRS 30ml + Serum
Harga asal rm 79.80
Promo Merdeka RM 70
Jimat RM 9.80
Tarikh promo : 25 Ogos - 30 Sept 2014

Jangan segan, jangan malu boleh sms/wasapp  019-6832397, Noriati walaupun sekadar untuk bertanya.



Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015