Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Tuesday, June 3, 2014

Kejutan budaya

Assalamualaikum

Alhamdulillah dah 14 hari kami di tanahair Malaysia. Terasa lain bila berada di negara sendiri. Gembira dan bebas. Anak-anak pun seronok walaupun sekarang ni kami sentiasa berulang-alik dari homestay ke rumah kami. Tak jauh pun cuma lebih kurang 3 km saja. 

Sepanjang 14 hari kami di Malaysia, kami tidak boleh lari dari sentiasa membezakan antara Malaysia dan Jepun. Biasalah kejutan budaya. Anak-anak selalu bertanya kepada saya dan suami "kenapa diorang...." kalau mereka nampak ada orang melakukan kesalahan.

"Kenapa orang tu drive je masa traffic light merah?"
"Kenapa diorang buang sampah merata-rata?"

 Sedih bila tengok keadaan macam ni

Keadaan macam ni tak akan dapat dilihat di Jepun. Kenapa tidak di Malaysia?

Dan macam-mcam soalan lagi yang kadang-kadang susah kami nak jawab. Kami hanya nasihat supaya mereka jangan buat sesuatu yang salah walaupun semua orang buat. Bukan anak-anak je yang mengalami kejutan budaya ni, ibu dan abah mereka pun terasa tempiasnya. Tapi disebabkan kami dah biasa kami redha kan je lah.

Yang paling kami kami terasa ialah layanan di kedai-kedai. Kalau di kedai makan tu, rasa macam pelayan tu cakap "kenapa kau datang makan kat sini hah?". Riak wajah dan aksi langsung tidak gembira dengan kedatangan kita ke kedai mereka. Terasa macam kedatangan kita ni menyusahkan mereka.

Lagi satu rakyat Malaysia tak boleh tahan bila pegang stereng kereta. Mereka mula lupa diri. Saya yang dah lama memandu ni rasa takut nak memandu. Ambil masa juga nak biasakan diri. Sekarang ni pun suami dah mula bekerja, jadi sayalah yang kena uruskan anak-anak dan rumah. Kenalah lebih berani dan cekal hati masa memandu.

Saya masih berharap satu hari nanti rakyat Malaysia akan berubah ke arah kebaikan. Memang tidak dinafikan bukan semua rakyat Malaysia yang tak baik. Masih ramai yang baik dan juga menuju kearah kebaikan. Alhamdulillah.

Diharap kami sekeluarga tidak akan terpengaruh dengan anasir-anasir yang tidah baik. Semoga kami semua sentiasa dilindungi Allah.






Tuesday, May 27, 2014

Selamat tiba di Malaysia

Assalamualaikum

Alhamdulillah syukur kepada Allah Ta'ala kami sekeluarga telah selamat sampai ke tanahair pada petang 21 Mei 2014 yang lepas. Kami terbang dari Tokyo pada 10.30 pagi pada hari yang sama. Penerbangan memakan masa lebih kurang 7 jam dan alhamdulillah semua anak-anak termasuk Adib tidak memberi sebarang masalah kepada ibu dan abah.








Setibanya kami di KLIA, terus ambil Airport Limo ke homestay di Seremban 2 memandangkan barang-barang kami belum sampai ke rumah. Kami akan menginap di Homestay Nilam tu sehingga barang-barang kami sampai.

Sebelum tu saya nak minta maaf kerana sekarang ni susah sangat nak update blog sebab saya belum ada internet yang membolehkan saya berblog seperti sebelum ni. Tambahan lagi saya dan suami sibuk menguruskan proses kemasukan anak-anak ke sekolah dan juga membersihkan rumah kami yang sudah setahun ditinggalkan.

Baru hari ni berkesempatan untuk update blog. Semoga masih ada yang sudi membaca blog saya ni. In sya Allah saya akan mencari ruang dan masa untuk terus menulis.



Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015