Monday, March 31, 2014

Resepi: Mee sup mudah

Assalamualaikum


Kadang-kadang memilih menu selain nasi pun memang sedap. Lepas balik dari kerja en suami bawak balik mee. Dah lama tak makan mee goreng katanya. Entah macam mana, tak jadi goreng mee. Yang jadi mee sup pulak. Aaahh sedapnya makan mee sup panas-panas dengan sambal kicap yang pedas.

Resepi ni resepi saya sendiri yang main campak-campak je bahan-bahannya. Suami saya jenis yang tak suka masukkan rempah-rempah. Jadi resepi mee sup saya ni memang tidak dimasukkan rempah kecuali lada hitam. Oklah jom tengok resepi.

Resepi Mee sup mudah
Oleh: Noriati Saud

Bahan-bahan

2 bungkus mee kuning  -dicelur
Sawi - potong dan celur
Ayam - dipotong kecil-kecil
5 ulas bawang putih -ditumbuk
1 sk lada hitam - ditumbuk
batang dan daun saderi
kiub ayam
garam
Air
minyak untuk menumis

Cara penyediaan

  1. Panas minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau. Masukkan lada hitam dan tumis sebentar
  2. Masukkan ayam dan masak sebentar. Masukkan air
  3. Kemudian masukkan batang  sader dan kiub ayam.
  4. Reneh. Perisakan garam dan siap


Resepi sambal kicap

bahan-bahan
segenggam cili padi
3 ulas bawang putih
kicap manis
sedikit garam

Cara penyediaan

  1. Goreng cili padi dan bawang putih dalam minyak yang sedikit. Goreng sehingga cili meletup
  2. Tumbuk atau kisar dengan minyak-minyaknya sekali
  3. Masukkan kicap dan garam.
  4. Dah siap
Cara penyediaan sambal kicap ni pertama kali saya buat cara ni dan ternyata sdap. Saya pun dah terlupa di mana saya baca tips untuk membuat sambal ni. Apapun terima kasih diucapkan kepada hamba Allah yang memberi tips ni. Jadi sekarang bolehlah dihidang mee sup ni dan dimakan panas-panas. 




******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.

Sunday, March 30, 2014

Baru nak berjinak-jinak

Assalamualaikum


Sungguh gembira rasanya dapat memiliki buku-buku ni. Walaupun belum tahu lagi bila nak mula menjahit ni ( hehehe..itu perkara biasa), sekurang-kurangnya baca dulu dan dapatkan tips-tips. Buku-buku ni saya beli di Craiglist , macam mudah.my la jugak. Di sini semua boleh menjual barang masing-masing. Biasanya barang-barang terpakai. 

Mula-mula tuan punya buku ni menjual 500 yen untuk sebuah buku dan akan ada diskaun jika membeli lebih dari 3 buah. Jadi dia memberi saya 1000 yen untuk 3 buah buku. Kami berjanji untuk berjumpa di Azabu Juban untuk saya membayar dan dia memberi buku tersebut. Apabila kami berjumpa, dia meminta maaf sebab salah satu buku yang saya pilih kawan dia dah ambik. Jadi dia bagi saya buku lain tetapi hanya membayar 700 yen saja. Keseluruhannya saya dapat 5 biji buku untuk 700 yen. Lumayan kan.

In sya Allah kalau saya ada menjahit quilt ni saya akan kongsikan di blog saya. Mudah-mudahan saya lebih rajin dan istiqomah :).


Friday, March 28, 2014

Adib Hidayat, 3 tahun

Assalamulaikum


Hari ini genaplah umur Adib 3 tahun. Sungguh cepat masa berlalu. Terasa baru semalam melahirkan Adib. Masih ingat lagi 3 tahun lepas. Biasalah rutin seorang surirumah di waktu pagi. Basuh baju, jemur baju, kemas rumah dengan ditemani Amni. Walaupun masa sedang sibuk bekerja tu perut tak sakit tapi peluh mencurah-mencurah. Rasa pelik pun ada. Sehinggalah pukul 11 pagi, mula rasa sakit pinggang dan sekali sekala sakit perut. Saya pun baring dan berehat sebab khuatir buat kerja kuat sangat.

Sakit semakin kuat dan semakin kerap. Telefon suami yang sedang bekerja. Suami tanya samada boleh tahan lagi ke tidak sebab dia sedang mesyuarat. Selepas mensyuarat iaiatu pukul 12 tengahari barulah dia bergegas balik dari Bangi ke Seremban. Dalam perjalanan, jemput anak dari sekolah (minta balik awal) , semetara saya di rumah sudah siap menanti dengan segala keperluan untuk ke hospital.

Seperti biasa kalau Hospital Seremban, memang susah nak dapat parkir. Suami turunkan saya di pintu masuk hospital dan saya berjalan ditemani anak-anak. Setelah daftar, periksa bukaan 'jalan' dah 6 cm. Terus ke bilik bersalin. Tak mengambil masa yang lama, Adib pun lahir ke bumi Allah ini. Semuanya pantas. Suami yang membawa anak-anak makan terkejut apabila diberitahu saya sudah selamat bersalin.



Adib memang seorang anak yang tidak banyak perangai. Sehinggalah sekarang Adib memang senang "dibela". Kalau bawa dia ke mana-mana, memang dalam stroller lah tempat dia. Sekali sekala kalau bosan dia akan minta untuk berjalan atau berlari. Kalau tidak diizinkan, dia akur. "ok", katanya.



Dialah yang menceriakan keluarga. Ada-ada saja aksinya yang membuatkan kami sekeluarga ketawa. Lebih-lebih lagi sekarang dia mula petah berkata-kata. Selalu berlakun mengikut watak-watak dalam Upin & Ipin. Tidak kurang juga selalu "bergaduh" dengan abang-abangnya. Yang terbaru suka mengadu-domba, cerita tentang abang-abang.


Kalau ibu atau abah marah, dia tak menangis tapi dia datang peluk rapat-rapat sambil mulut potpet-potpet tak tahu butir, konon nak mempertahankan diri. Jadi ibu dan abah pun tak jadi nak marah lagi. Ibu dan abah pun peluk Adib erat-erat jugak. Itulah Adib Hidayat.


Selamat ulangtahun kelahiran yang ke-3 Adib Hidayat. Kami doakan semoga Adib menjadi anak yang soleh yang akan mendoakan ibu dan abah nanti. Semoga Adib sentiasa dilindungi dan dilimpahi inayah oleh Allah. Kami semua sayang Adib.

******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.

Thursday, March 27, 2014

Plate bunga fabrik

Assalamualaikum


Hari ni bila saya post bunga yo-yo saya yang banyak beserta dengan plate-nya di fb, ramai yang bertanya di mana boleh dapat plate tu. Sebenarnya bukan saja plate untuk bunga yo-yo, ada lagi beberapa jenis bunga yang boleh dibuat dengan plate. Dengan menggunakan plate ni, cara menjahit bunga fabrik lebih mudah dan ringkas.

Di bawah ni saya upload beberapa jenis plate bunga fabrik. Kalau tak silap saya masih ada jenis bunga yang lain di pasaran. In sya Allah jika saya berkesempatan ke kedai, saya update plate apa yang belum ada di sini.

*Bunga yo-yo





Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli plate-plate ni atau terdapat sebarang pertanyaan bolehlah pm atau e-mail saya di noriatisaud@gmail. In sya Allah saya akan pulang ke Malaysia pada 21/5/2014 ni. Saya akan membawa plate anda dengan kargo yang akan sampai pada bulan Jun. Jadi bolehlah tempah sekarang. Terima kasih.


******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.

Wednesday, March 26, 2014

Resepi: Nasi goreng kampung

Assalamualaikum


Nasi goreng kampung ni salah satu makanan kegemaran saya. Lebih-lebih lagi kalau pedas. Lepas tu makan panas-panas. Perghh, sedapnya. Berair mata pun tak apa. 

Masih ingat lagi 11 tahun lepas masa mengandungkan Aiman. Saya tak boleh bau bawang putih. Jadi tak boleh masak. Selalulah makan di luar. Masa tu kami masih di Kolej Chermai, Lui Muda. Tiap-tiap malam mesti order nasi goreng kampung di warung mak cik Lui Muda. Nasi goreng kampung mak cik tu sedap. Siap ada ikan bilis goreng, telur mata kerbau dan sup kosong. Sementara menunggu nasi goreng siap, saya duduk dalam kereta sebab kalau saya bau bawang putih semasa mak cik tu masak, saya dah tak boleh makan nasi goreng tu. Dah siap masak barulah suami jemput makan. Macam mengada je kan.

Pelik jugak perangai tu kan. Nasib baik perangai pelik tu tak lama. Suami saya sampai jemu asyik makan di luar je. Dan nasib baik juga tak ada lagi perangai pelik bila mengandung yang lain-lain tu. Satu hari nanti nak ajaklah suami pergi ke Lui Muda tu. Macam mana lah keadaannya selepas 11 tahun meninggalkan Kolej Chermai. Bak kata orang tua-tua tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bertemu jodoh :p.

Oklah banyak pulak melalut hari ni. Hari ni saya nak kongsikan resepi nasi goreng kampung versi saya sendiri bukan versi Mak Cik Lui Muda tu tau..hehehe. Resepi yang super senang.

Resepi nasi goreng kampung
Oleh: Noriati Saud

Bahan-bahan

Nasi sejuk dari 2 pot beras, dileraikan
segenggam ikan bilis
4 ulas bawang putih
8-10 biji cili padi - boleh tambah atau kurang ikut kesesuaian
1 biji telur
Sos tiram

Cara penyediaan
  1. Tumbuk bawang putih, ikan bilis dan cili padi.
  2. Tumis sehingga naik bau.
  3. Pecahkan telur dan kacau sekejap
  4. Masukkan nasi dan sos tiram
  5. Kacau rata sehingga naik wap.
  6. Bolehlah dihidang bersama telur mata kerbau, ikan bilis goreng dan juga timun serta sup kosong.




******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.


Tuesday, March 25, 2014

Al-Fatihah

Assalamualaikum

Selepas 17 hari kehilangan MH370, akhirnya malam tadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa pesawat berkenaan berakhir di Lautan Hindi.
Berikut adalah pengumuman yang dibuat beliau di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dengan wajah dan suara sayu.
Menerusi pelbagai analisis yang belum digunakan dalam siasatan sebelum ini, pihak itu mendapat petunjuk mengenai laluan penerbangan MH370.

Berdasarkan analisis terbaru, INMARSAT dan AAIB membuat kesimpulan bahawa pesawat itu terbang melepasi Koridor Selatan dan itu adalah lokasi terakhir di tengah Lautan Hindi iaitu barat Perth, Australia.

Petikan dari akhbar Harian Metro 
Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/25
Al-Fatihah...takziah diucapkan kepada semua ahli keluarga dan sahabat handai penumpang dan anak kapal MH370. Semoga tabah dan redha dengan ketentuan Allah. Sesungguhnya hanya Allah yang maha mengetahui apa yang tersurat dan tersirat. Semoga menjadi peringatan kepada kita yang masih hidup.


Mari Belajar Bahasa Jepun: warna (=iro)

Assalamualaikum



Konnichiwa minna...Genki desu ka?

Dah lama tak masuk kelas bahasa Jepun ni kan. Jadi hari ni kita sambung belajar.  Tajuk hari ini ialah warna. Warna dalam bahasa Jepun ialah iro.  Dalam kehidupan ni warna memang penting kan. Cuba bayangkan kehidupan kita tanpa warna.....

Baiklah, jom kita teruskan..

putih    - shiro
hitam   - kuro
merah. - aka
biru     - ao
hijau   - midori
kuning - kiiro
pink     - pinku
ungu.   - murasaki
oren.    - orenji
coklat  - chairo

Kalau warna itu adalah adjektif, hendaklah kita tambahkan "i" lagi dibelakang warna itu

Contoh: Kereta merah = akai kuruma
              Ros kuning = kiiroi bara

Diharapkan semua faham penerangan saya ini. Jumpa lagi di lain kelas.

Mata ne.

Monday, March 24, 2014

Resepi:Biji nangka

Assalamualaikum


Saya tak pernah bercerita di blog ni tentang mak saya. Mak saya dulu seorang penjual kuih tradisonal Kelantan. Kuih apa yang dia tak pernah buat dan jual. Semua dia tahu buat. Kuih yang paling lama bertahan ialah laksam, kuih lompat tikam, bauhu beras, bubur caca, putu mayam dan kuih talam ubi kayu.

Masih ingat lagi dulu zaman-zaman sekolah menengah, saya, kakak saya dan seorang anak saudara yang dibela mak akan bangun seawal pukul 4 pagi untuk membantu mak mambuat kuih. Masa tu Mak menjual kuih di Pasar Rabu Alor Lintah. Maknanya sekali seminggu. Kadang-kadang Mak juga berjual pada hari Jumaat di Kuala Besut dan hari Sabtu di Pasar Jertih.

Setiap hari Rabu selepas sekolah pulak saya dan Nini (anak saudara), akan menolong Mak berjual pula di pasar. Kami akan mengambil alih tugas berjual supaya Mak boleh ke masjid berdekatan untuk solat zohor. Kadang-kadang kami akan sama-sama berjual sehingga habis dan sama-sama berkemas untuk balik. Walaupun penat tapi kami seronok apabila melihat semua jualan licin. Yang paling seronok Mak akan bagi upah rm10 setiap seorang.

Selapas saya berkahwin pun Mak masih menjual kuih. Walaupun kami semua adik-beradik "marah" dan melarang, Mak masih menjual kuih. Dia kata untuk dia bosan duduk-duduk tanpa berbuat apa-apa. Dia sudah biasa bekerja. Kami semua cuma risaukan kesihatannya saja. Maklumlah Mak dah tua. Alhamdulillah, sekarang ni Mak dah tak menjual kuih lagi.

Saya banyak belajar cara-cara membuat kuih tradisional semamsa menolong Mak dulu. Tapi sekarang ingat-ingat lupa. Kalau cara tu bolehlah ingat tapi bahan-bahan dan kuantiti tu yang tak ingat. Lebih-lebih lagi suami dan anak-anak tak suka kuih tradisional Kelantan yanag kebiasaannya dikukus dan lembik. Jadi saya tak bersungguh untuk mempelajarinya semula dari Mak.

Semalam saya telah masak kuih Biji Nangka. sudah lama saya nak masak kuih ni tapi asyik tertanggguh. Saya menggunakan resepi yang selalu mak saya buat. Walaubagaimanapun saya telah olah sikit resepi mengikut bahan yang saya ada.

Resepi Biji Nangka
Oleh: Noriati Saud

Bahan-bahan

2 cawan tepung pulut
sedikit air (untuk mguli tepung)
sedikit kapur makan
beberapa titik pewarna hijau
1/2 keping gula melaka nipis dipotong kecil-kecil

*Gula melaka yang telah dipotong kecil-kecil

Bahan-bahan untuk kuah
  • 2 paket serbuk santan
  • 1/4 cawan gula
  • secubit garam.
  • 2 cawan air
  • daun pandan
Cara penyediaan
  1. Satukan serbuk santan dan air, gula, garam dan daun pandan. Masak sehingga mendidih.
  2. Ayak tepung pulut ke dalam bekas
  3. Masukkan iar yang dicampurkan dengan beberapa titik pewarna hijau. Tuang air sedikit demi sedikit sehingga tepung boleh diuli dan dibentukkan.
  4. Ambil sedikit tepung dn masukkan gula melaka yang telah dipotong kecil kemudian bentukkan bujur. Buat sehingga habis
  5. Panaskan air di dalam periuk hingga mendidih kemudian masukkan tepung yang telah dibentukkan. Apabila tepung sudah terapung bolehlah diangkat dan dimasukkan ke dalam kuah.
 *Sedia untuk dibentukkan

 *Ada pembantu


Seperti yang saya dah jangka anak-anak dan suami tak menggemari kuih ni. Nasib baik saya tak masak banyak. Tak apalah sekurang-kurangnya dapat memperkenalkan kuih ni kepada anak-anak. 


******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.

Sunday, March 23, 2014

Berhujung minggu di Tokyo Station

Assalamualaikum

*Bergambar di depan Tokyo Eki

Kalau hujung minggu tak pergi mana-mana rasa serba tak kena je. Panas je punggung kalau duduk di rumah. Biasanya kami akan keluar pada hari Sabtu saja dan berehat pada hari Ahad. Semalam kalau ikut plan asal suami akan membawa kami semua cuba masakan Malaysia di Tokyo Malay Kampung. Kami akan pergi selepas zohor. Memang sesuailah untuk makan tengahari. Pagi tu bawa anak-anak ke klinik dulu. Mereka ada sedikit masalah kulit. Nasib tak berapa baik ramai pula orang sehingga terpaksa tunggu sehingg pukul 1.00 lebih. Sedangkan restoran tu hanya buka dari pukul 12.00 tengahari sehingga pukul 2.00 petang.

Restoran terletak tidak jauh dari Tokyo Eki (stesen keretapi Tokyo). Demi nak mengejar masa sebelum pukul 2 pm kami semua berlari-lari. Anak-anak semua termengah-mengah. Akhirnya suami saya buat keputusan biar dia seorang saja yang berjalan cepat-cepat. Biar dia sampai dulu sebelum pukul 2 pm ke restoran tu. Saya dan anak-anak tak perlu jalan laju-laju. Tapi memang kami tak ada rezeki nak makan di restiran tu. Restoran dah tak terima pelanggan dan hanya akan dibuka semula pukul 5:30 pm.

Anak-anak dah lapar. Tambah pula kena berlari-lari tadi. Semua kecewa. Dalam perjalanan balik ke eki, ternampak restoran jepun.
"Bolehlah makan di sini, kalau tak, tak tahu lagi nak cari di mana", kata Abah.
Sedangkan semua anak tak rasa nak makan udon dan onigiri. Tapi disebabkan dah lapar sangat, mereka akur. Tambah-tambah lagi mata abah dah buntang merenung. Siapa yang tak takut :p.



 *Dah tinggal sisa barulah nak ambil gambar

*Kembung pipi Adib makan onigiri

Abah ada nak jalan-jalan cuci mata dan poket di Tokyo Eki ni. Sebelum tu terjumpa pula pokok tulip yang sedang mekar cantik. Sekarang ni dah mula masuk musim bunga. Bergambarlah dulu dengan bunga-bunga tulip :).

 *Abaikan muka Amni yang tengah bad mood


Sebenarnya terdapat tempat yang menarik di dalam Tokyo Eki yang boleh dilawati. Kami pun baru tahu walaupun sudah 3 tahun menetap di Tokyo. Itu pun setelah suami ada terbaca di dalam satu blog. Tokyo Eki merupakan stesen yang terbesar dan tersibuk di Jepun. Di dalamnya terdapat banyak kedai. Tempat yang kami kunjung ni di 1st Avenue Building. Terdapat Sweet Street yang menjual pelbagai kek, pastri, jelly dan ais krim, Ramen Street ( yang ni kami tak pergi) dan juga Character  Street.

Di Charector Street ni terdapat butik-butik yang menjual pelbagai barangan karektor-karektor terkenal Jepun. Semuanya cantik-cantik dan kiut-miut. Kalau ikutkan memang rambang mata dibuatnya. Tapi kalau tanya bab harga, memang mahal lah. Sebab semua barang yang original.



Semalam masa kami pergi memang ramai sangat orang. Dalam kedai yang menjual barang shinkansen tu penuh sampai susah nak bergerak dan nak membelek barang. Ingat dihati nak beli sehelai dua baju shinkansen yang comel untuk budak-budak ni. Mungkin kena pergi lagi sekali kot ( boleh kan abah :) )

 *Sukanya abah dapat menambah koleksi rel keretapi

 *Tak berani nak masuk, takut rabak poket



 *Semua comel...suka,suka,suka

 *Kedai Ultraman, "gila" sekejap budak-budak ni terutama Amni

 *Beli 2 "orang" LEGO je di sini

 *Siapa yang pernah main mainan ni?


Banyak lagi kedai sebenarnya tapi yang lain-lain tu mejual barangan karektor tv Jepun yang hanya popular di Jepun saja. Kalau jadi kanak-kanak memang rasa nak beli semua terutama soft toys.

Bila semua kedai dah dijelajah, anak-anak pun dah penat, kaki pun dah lenguh-lenguh, barulah balik. Sampai rumah badan rasa seram sejuk je. Nak demam (malam sebelum tu dah demam tapi siang sihat pulak, nak berjalan punya pasallah tu..hehehe). Dah makan ubat, ok. Nasib baik tak melarat. alhamdulillah hari dah sihat.

*Terjumpa pokok sakura yang baru nak berkembang



Friday, March 21, 2014

Resepi: Ayam Percik Kelantan

Assalamualaikum


Bila waktu petang mula lah berfikir-fikir nak masak apa untuk makan malam. Kadang-kadang tu memang buntu. Akhirnya masak je yang senang-senang dan selalu masak.  Kesian juga bila tengok anak-anak dan suami makan lauk yang diulang-ulang.

Petang semalam sebelum masuk dapur sempatlah saya menggodek-godek Google mencari resepi berasaskan ayam. Kena sesuaikan pula dengan bahan-bahan yang sedia ada di dapur. Maka terjumpalah resepi ayam percik Kelantan ni. Saya memilih resepi ni sebab tak pernah masak sebelum ni dan ianya tidak pedas. Jadi semua orang dalam rumah ni boleh makan.

Resepi ni ada banyak versi dan cara masaknya. Saya jumpa macam-macam cara tetapi bahan-bahannya hampir sama. Saya telah memilih resepi dari blog Hana's Family di SINI. Cara masaknya senang. Saya memang suka kalau masak yang senang-senang ni. Jom kita tengok resepi.


Bahan-bahan

4  ketul "whole leg"  ayam
4 cawan santan pekat
1 keping asam keping
sedikit bancuhan tepung jagung( untuk segera pekatkan kuah-tapi lebih sedap kuah pekat sendiri tanpa bantuan tepung jagung)
Garam secukupnya
Sedikit gula( kuah ni manis sedikit aje)

Bahan dikisar2 inci halia
4 batang serai-dihiris halus baru dikisar.(kalau dititik pun boleh)
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih.

Bahan untuk rebusan ayam
3 ulas bawang putih-dititik
1 inci halia- dihiris2
Sedikit garam
1 keping asam keping.
Air secukupnya.

Cara penyediaan
  • Ayam direbus separuh masak dengan bahan2 rebusan dan toskan
  • Dalam kuali, masak santan, bahan kisar dan asam keping sehingga mendidih.
  • Sentiasa kacau supaya kuah tidak berketul-ketul.
  • Masukkan garam dan sedikit gula. Kacau sehingga kuah pekat. ( Untuk cepat memekatkan kuah, masukkan sedikit bancuhan jagung.)
  • Apabila sudah cantik kuahnya( berkilat sikit) angkat dan ketepikan.

Cara Bakar

  • Ayam yang direbus separuh masak dibakar dengan api yang sederhana. Saya membakar menggunakan pemanggang ajaib.
  • Balik-balikkan ayam dan lumur ayam dengan kuah percik tadi sehingga ayam masak dan mesra dengan kuah tadi.
  • Apabila menghidang, tuangkan sebahagian kuah ke atas ayam bakar tadi. Siap untuk dimakan.

Biasalah kalau masak resepi baru, saya akan dapatkan feedback dari ahli keluarga. Seperti biasa Aiman akan menyukai resepi berasaskan ayam dan resepi baru. Bertambah-tambah dia makan. Siap cadang supaya saya buka restoran sebab bagi dia masakan saya semua sedap (hehehe..itu kata Aiman tau, bukan saya :p). Tapi lain pula dengan suami saya. Dia kurang menggemarinya sebab banyak sangat santan. Yelah resepi ni memang menggunakan santan pekat. Saya pun kurang gemar sebab tidak pedas. Bagi Akmal dan Amni pula, mereka makan je apa yang saya masak. Mereka berdua ni tak boleh nak dijadikan kayu pengukur pun.

Kesimpulannya, resepi ini bukan kegemaran keluarga saya. Mungkin boleh masak sekali sekala. Bukan lah saya katakan ayam percik ni tidak sedap tapi tidak kena dengan selera kami saja. Mungkin lain kali saya nak cuba yang versi pedas pula. Nanti saya kongsikan ye jika saya masak ayam percik lagi. 

******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.

Thursday, March 20, 2014

"Amni-kun, omedetou gozaimasu"

Assalamualaikum


Setelah hampir 2 tahun bersekolah tadika (youchien), semalam hari terakhir Amni di Honmura Youchien. Semalam diadakan majlis penyampaian sijil kepada Hato-gumi. Suami saya pun mengambil cuti semata-mata ingin menyaksikan upacara penyampaian sijil cara Jepun walaupun beliau sendiri berpengalaman menerima sijil cara Jepun. Majlis yang diadakan sangat simple tapi penuh dengan formaliti walaupun hanya untuk kanak-kanak tadika. 

 *Perbarisan masuk semua penerima sijil

 *Penyerahan sijil oleh Guru Besar



*Sijil diserahkan kepada Ibu serta mengucapkan Terima Kasih

*Sijil yang diterima

Selesai upacara penyerahan sijil majlis diteruskan dengan ucapan dari Guru Besar dan Pegawai Pendidikan Minato-ku. Kemudian nyanyian dari Risu-gumi (kanak-kanak tadika 5 tahun). Seterusnya nyanyian dari Hato-gumi (kanak-kanak tadika 6 tahun, iaitu penerima sijil ). Semasa mereka menyanyi ada yang menangis kerana senikata lagunya yang menyentuh perasaan. Begitu juga dengan ibubapa. Lagu mengisahkan suka duka mereka di sekolah bersama kawan-kawan.

Mereka juga menyampaikan amanat kepada Risu-gumi supaya menjaga Shifon-chan (pet Hato-gumi iaitu seekor arnab) dengan baik. Masa ni saya pun mengalirkan air mata mengenangkan mereka selama ini betul-betul menjaga dan menyayangi Shifon-chan.

 * Gambar mereka dengan Shifon-chan (di layar)




Majlis selesai kira-kira pukul 11.30 pagi. Ibubapa ke kelas Hato-gumi untuk mendengar kata-kata terakhir dari guru mereka dan kemudian bersiap untuk balik.

 *Amni dan Takehiro berkongsi loker

 *Shifon-chan sedang tidur

*Inilah kelas saya. 

Akhir sekali sesi bergambar untuk kenang-kenangan. Biarlah kenangan bersama kawan-kawan di Honmura Youchien sentiasa terpahat diingatan. 





 *Dengan Taguchi Mari Sensei

 *Dengan Kanda Sensei

Lepas tu Amni buat perangai. Kalau perasan semua gambar di bawah ni muka Amni jebek je. Menangis sebab tak tahan sejuk. Lama sangat bergambar, kebetulan pula tengahari tu mendung dan berangin. Tak dapatlah nak bergambar dengan kawan-kawan yang lain. Nak balik je.


 * Kaho-chan

*Bersama Hayato, bff Amni.

In sya Allah Amni akan sentiasa mengingati kalian semua. 

******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015