* Maaf, gambar kurang jelas dan senget
In sya Allah 19 Mac ni Amni dah nak tamat sekolah. Terasa pulak ibu dia ni nak pakai baju kurung baru pada hari graduasi tu nanti. Walaupun majlis tu lebih kurang 3 minggu lagi, saya kena mulakan dari sekarang memandangkan sekarang ni mood menjahit dan tahap kesihatan tidak menentu. Takut tidak sempat siap pulak.
Sudah lama saya tidak menjahit baju kurung. Sudah ingat-ingat lupa. Jadi terpaksalah meng"goggle" untuk mencari cara-cara untuk melukis pola dan menggunting kain. Hari ini saya ingin kongsikan pola Baju Kurung Pahang yang saya olah dan lukis hasil dari beberapa blog yang saya baca. Saya letakkan di blog saya ini supaya senang dijadikan rujukan pembaca dan juga saya sendiri.
Mula-mula sekali kita hendaklah mengambil ukuran badan. Saya hanya mengambil ukuran dari baju kurung sedia ada.
Ukuran bahu : 15.5"
Labuh baju: 33"
Dada: 35"
Pesak atas: 3.5"
Pesak bawah: 5"
Labuh tangan: 20"
Bukaan tangan: 7"
Semasa melukis pola, ukuran bahu dibahagi 2 iaitu 15.5" /2 = 7 3/4". Lukis 7 3/4" dari kanan ke kiri dan labuh baju iaitu 33" dari atas ke bawah baju. Maknanya kita dapat satu segiempat tepat. Sebenarnya saya tak pandai nak terangkan cara-cara untuk melukis pola ini. Boleh rujuk di http://azrafesyen.blogspot.jp/2012/05/membuat-pola-baju-kurung.html
Disebabkan saya ingin membuat Baju Kurung Pahang, saya menjadikan blog http://kedaijahitku-jahit.blogspot.jp/2011/05/kurung-pesak-gantung.html ini sebagai rujukan juga.
*Pola baju kurung pahang yang sudah siap digunting
Di bawah ni pula pola untuk leher. Saya rujuk di http://homesolehah.blogspot.jp/2009/08/cara-melukis-pola-lubang-leherbulan.html dan juga di http://yusnur-feelfree.blogspot.com
* Ini pula pola leher baju kurung atau "bulan"
*bulan yang sudah siap digunting dang menggunakan kertas tebal
*Ababila dibuka, beginilah bentuk bulan
Alhamdulillah bila dah siap pola baju kurung ni senanglah sikit nk gunting kain pula. In sya Allah saya akan kongsikan Baju Kurung Pahang saya bila dah siap nanti. Terima kasih kepada tuan punya blog yang telah sudi untuk berkongsi ilmu. Maka siaplah pola Baju Kurung Pahang saya ni.
******************************************************
*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love
Sehingga bertemu lagi. Wassalam.

No comments:
Post a Comment