Thursday, October 31, 2013

Tips mendapatkan jahitan lurus dan kemas

Assalamualaikum

                               
Setiap orang yang menjahit samada menjahit baju atau sebagainya mesti inginkan jahitan yang kemas dan cantik. Entri saya kali ini lebih kepada sesiapa yang baru berjinak-jinak dengan dunia jahitan. Masa mula-mula menjahit dulu, jahitan saya sangat teruk. Bengkang-bengkok jika tidak ada garisan. Sebenarnya tidak ada petua atau cara-cara yang khusus untuk mendapatkan jahitan yang lurus dan kemas dalam sekelip mata. Yang ada hanyalah menjahit secara berterusan sehingga mahir.

Walaubagaimana pun di sini saya ingin kongsikan beberapa cara yang boleh digunapakai oleh mereka yang baru nak bermula.

  1. Pengukuran adalah sangat penting dalam menjahit lebh-lebih lagi pengukuran dan cara pemotongan untuk membuat pakaian. Ukuran yang tidak tepat boleh menyebabkan jahitan yang terhasil tidak kemas.
  2. Menggunakan pola dan juga membuat garisan dengan kapur supaya jahitan kita lurus dan sesuai dengan kehendak kita. Dengan adanya pola dan garisan jahitan kita tidak akan tersasar.
  3. Menggunakan peralatan seperti pelbagai jenis pembaris hajitan juga banyak membantu mendapatkan jahitan yang kemas.
  4. Semasa meletakkan kain di mesin jahit, pastikan kain dalam keadaan tidak berkedut dan berlipat. Sapu dengan tapak tangan supaya kain betul-betul rata sebelum menjahit.
  5. Semasa menjahit menggunakan mesin jahit, pastikan menjahit secara berterusan lebih-lebih lagi untuk jahitan lurus yang panjang. Jahitan yang berterusan biasanya lebih kemas.
  6. Apabila selesai menjahit, seelok-eloknya pakaian yang dijahit itu diseterika dibahagian jahitan supaya kelihatan lebih kemas.
Saya harap tip-tip ini dapat membantu mereka yang ingin mendapatkan jahitan yang lurus dan kemas.


*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.



Wednesday, October 30, 2013

Resepi salad kentang bermayonis (Japanese potato salad)

Assalamualaikum


Masa mula-mula sampai Jepun dulu, suami suka sangat beli salad ni. Saya tak suka. Bila tengok dia makan dengan penuh selera, saya pun cuba. Lama-lama makan sedap pula. Akhirnya saya yang selalu pesan belikan salad ni. Minggu lepas ketika menonton tv, kebetulan ada pula ditunjukkan cara-cara menyediakan salad kentang ni. Rupanya senang saja. Boleh buat sendiri, tak perlu beli lagi di supermarket.

Resepi salad kentang bermayonis
Oleh: Noriati Saud

Bahan-bahan

  • 3 biji kentang
  • 1/2 batang timun jepun -potong nipis 
  • 1/4 batang lobak merah - potong kiub
  • sedikit bawang besar - potong kecil
  • boleh juga letak jagung yang direbus
  • garam
  • 3 sudu besar mayonis
Cara penyediaan
  • Rebus kentang sehingga empuk. Toskan
  • Hancurkan kentang dan campurkan semua bahan-bahan. Siap


Sesuai dimakan bersama nasi panas, chicken chop atau boleh dimakan begitu saja. Insyaallah sedap.Selamat mencuba.

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya

  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.




Tuesday, October 29, 2013

Menarik tentang Jepun dan rakyatnya bhg. 2

Assalamualaikum

Setelah sekian lama hari ini baru berkesempatan nak sambung cerita tentang Jepun lagi.  Tajuk hari ini;
RAKYAT JEPUN SUKA BERATUR

Saya tahu bila saya tulis benda yang bagus-bagus tentang Jepun tentu orang akan kata saya mengagungkan negara asing dan merendah-rendahkan negara sendiri. Saya sebenarnya ingin memberitahu masyarakat kita bahawa dengan mengamalkan suka beratur ini bukannya menyusahkan tetapi menyenangkan semua pihak. Tidak perlu bertolak-tolak dan tidak perlu bergaduh. Siapa yang sampai dulu dia di depan dan begitulah sebaliknya.

Tidak dapat dinafikan yang rakyat Malaysia juga beratur dalam sesetengah situasi tetapi rakyat Jepun beratur dengan penuh disiplin dan sabar. Kalau kita di Malaysia (saya merujuk kepada saya sendiri), pasti terjengah-jengah melihat ke depan barisan untuk memastikan berapa lama lagi giliran kita akan tiba. Tak kurang juga ada yang tidak segan silu memotong barisan.

Pernah sekali kami sekeluarga ke pesta/ matsuri di Azabu Juban dan melihat satu barisan yang panjang. Saya dan suami tertanya-tanya apalah agaknya mereka semua nak beli. Bila kami lalu menyusuri barisan (kami tak membeli dan tak beratur), rupa-rupanya mereka hanya ingin membeli secawan pop-corn. Begitu tekun dan sabar mereka hanya ingin membeli secawan pop-corn. Belum lagi kalau cerita hendak mendapatkan gajet atau game terbaru. Semalaman mereka beratur diluar kedai.

Bahkan dalam situasi getir pun rakyat Jepun beratur. Pernah saya tonton di TV, keadaan mangsa gempa bumi dan tsunami masih beratur untuk mendapatkan bantuan makanan sedangkan semua tahu mereka semua kelaparan dan kesejukan. Dengan ini semua bantuan dapat diedarkan dengan mudah dan cepat. Dan yang pasti semua orang mendapat makanan dan bantuan lain.

                                          *Semasa di escalator

                                         *Semasa membeli makanan

                               *Ingin menggunakan tandas awam

                                          *Beratur untuk ke tandas semasa hanami/menikmati sakura

                                        *Menunggu keretapi

Saya sebenarnya kagum dengan rakyat Jepun yang mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka menepati masa, menjaga kebersihan, tidak mementingkan diri sendiri yang saya rasa kita orang Islam di negara Islam lah yang patut mengamalkannya. Tidak salah kalau kita meniru gaya hidup negara lain selagi ianya tidak bercanggah dengan nilai-nilai Islam. Yang baik kita ikut yang buruk kita tinggalkan.

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.



Monday, October 28, 2013

JJCM- Saizeriya, Shirokane Takanawa

Assalamualaikum

Balik dari Odaiba singgah di Shirokane Takanawa sebab perut semua sudah lapar. Ibu mereka pula malas nak balik masak. Jadi makan di luar sajalah yang senang. Saizeriya menjadi pilihan kerana anak-anak nak makan pizza.


                                          * Spagetti  untuk abah dan udang celup tepung



                                *Pizza sotong dan bilis untuk ibu dan anak-anak



                                         *Adib habis 3 potong pizza

                                         *errmm...panjang

                                *Kek coklat sebagai pencuci mulut


*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.


Sunday, October 27, 2013

Resepi bubur nasi ayam sedap

Assalamualaikum


Sedang berfikir-fikir nak masak apa untuk makan malam terjumpa pula resepi bubur nasi di sini. Sesuai sangat makan bubur panas di musim sejuk ni. Nak dijadikan cerita suami balik kerja dalam keadaan sakit kepala dan nak demam. Macam tahu-tahu saja saya masak bubur nasi. Anak-anak pula bersorak dengar ibu masak bubur nasi. Dah lama ibu tak masak bubur nasi kata mereka.

Resepi bubur nasi ayam
Oleh: Noriati Saud
Sumber: My Kuali

Bahan-bahan (3-4 orang)

  • 2 cawan beras
  • 1 inci halia di ketuk
  • 1 kiub pati ayam
  • 1/4 ekor ayam 
  • sedikit garam
  • Air
Bahan-bahan penambah perasa
  • bawang goreng
  • daun sup
  • lada merah
  • ikan bilis goreng
  • kicap
  • minyak bijan
Cara penyediaan

  • Rebus ayam hingga empuk. Keluarkan ayam dan toskan airnya. Air rebusan ayam jangan dibuang.
  • Basuh beras bersih. Masukkan beras dlm periuk lebihan air rebusan ayam. Masak beras hingga kembang, masukkan air sikit-sikit. ** Masak bubur ikut suka lembut macamamana kita nak
  • Bila bubur hampir masak masukkan halia, pati ayam dan sedikit garam.
  • Bubur bolehlah dihidang dgn ayam rebus tadi (siat kecil), bawang goreng, lada merah dan daun sup. Titiskan sikit dgn minyak bijan. Sedap dimakan dengan ikan bilis goreng.

Malam tu habis seperiuk bubur nasi ayam ni. Semua suka. Sekali-sekala buat kelainan dalam masakan memang berbaloi. Selamat mencuba.

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.

Saturday, October 26, 2013

Sehari di Spo-cha, Round 1, Odaiba

Assalamualaikum

Semalam (Jumaat, 25.10.203) saya mengikut suami dan anak-anak ke pusat permainan di Odaiba. Biasanya saya tidak mengikut mereka kerana mereka akan berada di sana sehari suntuk. Round 1 tu pula bukanlah tempat yang sesuai untuk orang yang seusia saya ni. Semalam suami mita saya ikut sekali sebab nanti tinggal saya dan Adib je di rumah seharian. Saya akur kerana kesiankan Adib yang tidak ada kawan di rumah.

Dipendekkan cerita kami berada di Round 1 Spo-cha tu selama lebih 5 jam iaitu dari pukul 12 tengahri sehingga 5.45 petang. Anak-anak semua suka bila dibawa ke sini. Dapat main game puas-puas. Game yang biasa dimainkan menggunakan token boleh dimainkan percuma selama mana yang kita mahu. Cuma bayar sahaja harga tiket masuk dan pilihlah permainan.

Harga tiket;
Free time - maknanya kita boleh berada di dalam spo-cha tu selama mana yang kita mahu dari pukul 10 
                  pagi-12 tengah malam. Tiket free time ni hanya boleh dibeli pada hari bekerja sahaja.
               - dewasa : 2180 yen, kanak-kanak sekolah : 2780 yen, kanak-kanak ( 2 tahun-6 tahun) : 680 yen

Saya dan Adib memilih pakej tiket: 3 jam pertama : 1000 yen dan tambahan 100 yen untuk setiap 15 minit kerana saya masuk ke ruang permainan lambat sedikit.

Ditingkat atas ni lebih kepada kanak-kanak kecil. Juga ditempatkan mesin urut dan buku-buku manga. Sambil-sambil melayan anak-anak bermain ibubapa boleh membaca manga sambil diurut.














Ditingkat bawah terdapat lebih banyak game dan jugak mini sport






Bahagian mini sport

                               * 2 beradik ni main boling

                                          * bola sepak

                               *Bola keranjang

                               *Lumba motor

                                          *Aiman sedang batting, baseball

                                         *Akmal bersedia untuk batting

                               *Bola keranjang

                                          *Dart

                                         *Ping pong

Karaoke pun ada. Kami solat dan makan (seludup makan)  di dalam bilik karaoke ni. Semua nak menyanyi walaupun tak reti.





Kalau ikutkan anak-anak, duduk sehari suntuk di sini pun tak apa. Tak puas-puas mereka bermain kerana terdapat banyak pilihan permainan. Kita yang menunggu ni pula yang rasa bosan.

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.


Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015