Sunday, November 10, 2013

Resepi sup lobak putih


Assalamualaikum


Sejak minggu lepas lagi lobak putih ni ada di dalam peti ais. Lobak putih yang Amni bawa balik semasa mengikuti rombongan sekolahnya untuk menuai keledek dan lobak putih (daikon). Tahun lepas lobak putih yang Amni bawa balik, tiada siapa yang nak makan. Jadi saya beri saja kepada jiran Jepun yang juga ibu kepada kawan sekolah Amni. Suka sangat dia bila saya bagi lobak putih tu. Tahun ni saya dan suami sepakat nak cuba makan lobak putih ni. Itupun setelah mengetahui lobak putih mempunyai banyak khasiat.

Orang Jepun memang suka makan lobak putih. Saya pernah menonton di TV, ada satu daerah di Jepun (saya lupa nama daerah tu), penduduknya memang suka makan lobak putih. Semua hidangan semasa makan adalah lobak putih. Dari sarapan pagi sehingga makan malam. Kuih-muih juga.  Macam-macam jenis masakan berasaskan lobaj putih yang mereka masak. Kagum pula kita tengok.

Bila saya cuba sendiri rasa resepi ni, baru saya tahu bukanlah teruk sangat rasa lobak putih ni. Walaubagaimana pun saya dan suami kurang menggemarinya. Apatahlagi anak-anak. Langsung tidak disentuh. Sup lobak putih ni saya campurkan sekali kentang dan lobak merah supaya ada alternatif kalau kami tak nak makan lobak putih tu. Makan pula dengan sambal telur resepi dari Azhana AMutalib di sini. Sedap juga makan bersama nasi panas. Jom tinjau resepi.

Resepi sup lobak putih
Oleh: Noriati Saud

Bahan-bahan (1-2 orang makan)
1/4 batang lobak putih - potong nipis
1/4 batang lobak merah -potong baji
2 biji kentang
1 ulas bawang putih
sedikit bawang besar
sedikit isi ayam
1/2 kiub ayam
garam secukup rasa
Air

Cara penyediaan
  1. Panaskan minyak zaitun, tumis bawan putih dan bawang merah sehingga wangi dan layu
  2. Masukkan isi ayam dan masak sehingga keperangan
  3. Masukkan air, kiub ayam dan garam
  4. Bila sup mendidih, masukkan sayuran
  5. Masak sehingga empuk. Siap.


Kali ini saya juga ingin kongsikan khasiat lobak putih kepada kita.

  1.  Membanyakkan susu ibu yg baru melahirkan anak.
  2. Untuk pesakit gaut.
  3. Melancarkan perjalanan darah
  4. Menurunkan kadar kolestrol 
  5. Melambatkan kedutan pada kulit
  6. Baik utk penghadaman
  7. Baik utk masalah sembelit
  8. Boleh menurun kan kadar gula dlm badan
  9. Baik utk penghidap batu karang
  10. Bermanfaat bagi gusi, gigi, saraf, rambut dan kuku
  11. Membantu mengurangkan lebihan berat badan
  12. Merawati selsema
  13. Meringankan gugup dan darah gemuruh
*sumber:


*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya

  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.



3 comments:

  1. Nampak sedap je sup tu. Tapi sayapun tak berapa suka rasa lobak putih, makan semasa menyusukan sahaja dulu. At least u already know the taste :)

    ReplyDelete
  2. Sedap je sebenarnya ditambah pulak dgn sambal telur resepi akak tu..memang kenalah..thanks fot the resepi

    ReplyDelete

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015