Showing posts with label Hotel. Show all posts
Showing posts with label Hotel. Show all posts

Friday, November 14, 2014

Family trip to Felda Residence Hot Spring Sungai Klah bhg 1


Assalamualaikum



Tiap-tiap tahun kami sekeluarga (sebelah suami) mengadakan family trip. Tahun ni kami memilih Hot Spring Sungai Klah. Sebenarnya kami pernah mengadakan family trip  di sini 4 tahun lepas. Disebabkan cukup puas hati dengan tempat ni kami pilihnya sekali lagi sebagai destinasi family trip tahun ni. 

Jumaat lepas, semua ambil cuti kecuali Dik Ya dan Safwan. Saya dan keluarga serta mak dan abah bertolak dari rumah Abang Chik selepas sarapan bersama di rumahnya. Kak Long pula dari Klang. Kami tidak berjanji untuk bergerak bersama-sama sebab Kak Long sendiri ada urusan sebelum ke sana.
* Sempat bergambar dulu sebelum bergerak

Kemudian berhenti rehat sekejap di R&R Rawang untuk legakan kepenatan memandu. Sempatlah anak-anak bermain setelah bosan dalam perjalanan tadi




Lebih kurang pukul 2 petang kami sampai ke lokasi. Alhamdulillah Kak Long pun sampai pada masa yang sama. Sebenarnya Kak Long dah booking villa ni lebih kurang  3 bulan lepas dengan deposit RM180. Kak Long booking villa jenis c untuk 3 hari 2 malam beserta pakej sarapan 2 hari untuk 6 orang dewasa serta tiket masuk ke kolam mandi untuk 6 orang dewasa.

Oleh sebab kami membawa bekalan makanan sendiri, kami tidak membayar tambahan untuk sarapan. Cuma kami hanya perlu menambah tiket ke kolam mandi untuk 4 orang dewasa dan 5 orang kanak-kanak. RM 20 untuk dewasa dan RM13 untukkanak-kanak, pakej untuk 2 hari.

Hari tu Kak Long membayar sebanyak RM2100. Memanglah nampak mahal tapi kalau pergi ramai-ramai bolehlah kongsi-kongsi. Bagi saya ianya berbaloi ntuk percutian bersama keluarga yang besar macam keluarga kami ni.

Setelah mendaftar dan membuat pembayaran kami semua membuat keputusan untuk makan tengahari di kedai Nasi Bamboo Sungai Klah. Pernah dengar tentang kedai ni?




Haa..inilah dia gerai nasi bamboo tu. Saya sendiri pun tahu tentang gerai ni memalui Majalah 3 beberapa bulan lepas. Memang nak sangat rasa. Muala-mula tu nak pergi hari Ahad, dalam perjalanan balik tapi "adik front desk" semasa mendaftar tu kata hari Ahad biasanya ramai orang. Beratur panjang. Jadi kami semua sepakat makan hari tu jugak walaupun tanpa Dik Ya.

Gerai ni terletak lebih kurang 250 m dari simpang ke Felda Sungai Klah. Dan juga lebih kurang 5 KM dari Hot Spring.


Nasi bamboo ni dijual dengan set. 2 ketul nasi bammbo beserta kentang goreng berlada, ulaman, telur masin dan kuah kari. ada juga lauk tambahan, ikan talapia panggang, sotong, udang, dan juga ayam kampung. Yang paling saya nak rasa ialah ayam kampung bunian dan ayam goreng serabut.



 * Nasi bamboo dan ayam panggang bunian

 * Mak dan ayam goreng serabut

 * Amni makan cendol yang sedap

Sedang enak makan nasi, hujan turun mencurah-curah. Habis basah dalam gerai ni. Seeloknya gerai perlu diperbesarkan. Biar pelanggan selesa sikit, memandangkan masakan di sini mempunyai keunikan tersendiri dan mempunyai pelanggan dari segenap pelusuk.

Di bawah ni menunjukkan harga untuk masuk ke  Hot Spring ni. Diharap dapat membantu sesiapa yang ingin berkunjung ke sini.


* Peta lokasi

Alhamdulillah dah sampai ke villa penginapan kami. Di sini terdapat 18 buah villa. Villa ni mempunyai 3 buah bilik dan terdapat jakuzzi didalamnya. Villa ni memang sesuai untuk keluarga yang besar macam kami ni. 



Master bedroom atau bilik utama yang besar dan selesa. Kalau bercuti bersama keluarga bolehlah berkongsi bilik.

Almari pakaian yang besar . Setaip bilik pun disediakan almari pakaian



Gambar-gambar di atas adalah bilik air di bilik utama. 2 lagi bilik tidur berkongsi satu bilik air

2 buah bilik tidur mempunyai 2 buah katil bujang

Ruang tamu

Dapur yang mempunyai kelengkapan yang cukup untuk memasak. Periuk nasi elektrik, cerek elektrik serta kuali disediakan. Tapi peruik nasi yang ada dalam gambar tu kami bawak sendiri dari rumah. Yelah ahli keluarga kan besar, kenalah bawak periuk yang besar sikit :).


Inilah jakuzi yang saya ceritakan tadi tu. Sebenarnya inilah tarikan utama kami ke sini. Boleh berendam bila-bila masa je. Yelah anak-anak memang suka mandi lama-lama, jadi jakuzi dalam rumah ni memang sesuai untuk mereka. Kita pun bleh pantau dari dalam rumah je.


Sampai-sampai je terus nak tukar baju dan main air. Semua sekali cucu Ramli masuk. Masa ni Adam belum sampai lagi.

Abah pun join sekali dengan anak kecik


Pak Lang sedang ajar anak-anak buah percikkan air


Pukul 11 malam barulah Adam sampai. Barulah lengkap keluarga Ramli ni. Mata pun dah mengantuk. Esoklah pulak sambung main air.


Thursday, August 14, 2014

Kami di Thistle : bhg 2

Assalamualaikum


Masih lagi bercerita tentang Thistle. Lepas setengah hari berendam dalam air,semua kelaparan. Malam tu kami keluar mencari makan. Sebelum ke hotel tu dah survey siap-siap cari restoran yang menyediakan ikan bakar. Cik Abang tahu isteri dia suka ikan bakar, tu yang cari tu..:p. Restoran ni tak jauh dari hotel, sekejap je dah sampai.

Masa kami sampai tu pengunjung boleh tahan jugak ramainya tapi tak perlu tunggu lama untuk ambil order. Pelanggan boleh pilih sendiri makanan laut apa yang nak dimakan. Ada ikan, udang, sotong dan ketam. Semuanya segar dan besar-besar. 

Hajat saya nak makan ikan bakar pada malam tu tak kesampaian sebab ikan yang sesuai dibakar dah habis. Cuma tinggal iakan siakap, kerapu nak jenak. Mengikut kata adik waiter tu ikan jenak sedap juga dibakar tapi ikan tu besar sangat. Takut pulak tak habis makan sebab Cik Abang tak nak makan. Anak-anak lagilah tak makan ikan bakar. Akhir sekali saya pilih je ikan kerapu untuk masak masam manis.



Selain ikan kerapu masak masam manis, kami pesan tomyam campur, kangkung belacan, telur dadar dan ayam masak kicap untuk Amni yang tak boleh makan pedas.

* Ketam bercili jugak

*Dah makan ikan ni baru ingat belum ambik gambar lagi

Masa menunggu untuk dapat makan pun tak lama. Bila ikan yang kami order sampai, kami dengar orang belakang meja kami bising-bising. Mereka sampai dulu dari kami tetapi makanan kami yang dapat dulu. Mereka tak puas hatilah tu kot. Bila masa nak bayar bil, cashier ( rasanya tuan kedai ) beritahu yang sebenarna tadi telah tersalah menu. Ikan yang kami dapat tu ikan siakap masam manis bukannya ikan kerapu. Ikan siakap tu untuk keluarga yang makan di meja belakang meja kami tu. Patutlah dia marah sangat.

Secara keseluruhan, restoran ni ok cuma biasalah pelayannya kurang dengan senyuman.


Esoknya, pagi-pagi kami dah turun makan.Makan pagi ni temasuk dalam pakej hotel tapi anak-anak kena tambah bayar. Kami orang yang terawal datang makan. Menu yang disediakan disini pun banyak jugak dan semua sedap. Tak sempat nak ambik semua gambar makanan. Anak-anak sibuk mintak makan. Mungkin kami makan awal sangat, anak-anak makan sikit je.


* Ada nasi lemak dan rendang ayam



* bubur nasi ni ibu yang makan bukannya anak kecik

* muka mengantuk

* pikir nak buat apa lepas ni

Sedang makan, hujn turun dengan lebat. Ingatkan lepas makan ni nak tukar baju dan terus ke kolam. Mula awal boleh main air lama sikit. Kolam mandi mula dibuka pukul 8 pagi. Tapi disebabkan hujan, tak bolehlah mandi kolam. Anak-anak dan merungut kecewa. Nasib baik ada game room di sebelah dewan makan hotel tu. Dapatlah kami semua layan main Wii dulu. Mungkin ramai yang belum bangun tidur, kami sajalah yang conquer tempat tu. Puas jugaklah budak-budak ni main sementara hujan reda.


Bila hujan reda je terus naik ke bilik dan tukar baju. Hari ni giliran ibu pulak yang jaga anak dalam air. Di kolam untuk kanak-kanak ni airnya panas berbanding kolam yang lebih dalam. Jadi walaupun selepas hujan iar kolam taklah sejuk. Selepas beberapa ketika bermain, bunyi guruh dan kilat. Staf yang jaga kolam tu mengarahkan semua yang berada di kolam supaya naik. Bahaya kalau bermain ketika guruh dan kilat. Sekali lagi anak-anak kecewa.

Lama juga kami menunggu arahan yang membolehkan mandi semula. Sehingga putus asa dan membuat keputusan naik ke bilik dan bersiap sedia untuk chechk out awal. Anak-anak masih lagi menaruh harapan sambil meninjau ke bawah dari balkoni. Alhamdulillah, kolam dibuka semula. Walaupun sudah berpakaian lengkap nak balik, abah mereka suruh tukar balik pakai baju mandi. demi tidak mengecewakan anak-anak. Apa lagi menjerit kegembiraan lah.



Adib pula dah tak nak mandi. Sejuk kot. Jadi abahnya bawa bermain LEGO. Mainnya pun sekejap je. Mungkin bosan bermain tanpa abang-abang.


Kesimpulannya, semua berpuas hati dengan percutian ni. Cik Abang pun nampaknya sangat berpuas hati sehingga memberitahu akan datang ke sini lagi jika diizinkan Allah dari segi kewangan dan kesihatan. In sya Allah.

* Yang kena bayar hari tu



Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015