Showing posts with label salji. Show all posts
Showing posts with label salji. Show all posts

Sunday, February 16, 2014

Tokyo dilanda salji lagi

Assalamualaikum


Mesti semua dah jemu dengan cerita salji ni kan. Saya hanya ingin mengabdikan gambar-gambar ini untuk tujuan kenang-kenagan. Sebenarnya salji ni mula turun pada awal pagi Jumaat (14.2.2014). Walaupun ianya turun tidak selebat salji pada minggu lepas, ianya turun tanpa henti selama 24 jam beserta dengan hujan. Apabila bangun tidur pagi Sabtu, salji dan menebal dan memutih di jalan.




Pagi Sabtu tu pula Amni bersekolah sebab ada Happiokai ( Hari Persembahan). Suami saya pula outstation. Terpaksalah saya mengharungi hujan sambil mendukung Adib. Memang susah dengan jalan yang basah dan licin. Demi ingin menyaksikan Amni membuat persembahan, saya gagahkan juga.





*Panorama "putih" disekolah Amni

Setelah tengahari barulah semua program selesai. Alhamdulillah hujan pun sudah berhenti dan matahari sudah memancar setelah beberapa hari hilang. Keadaan jalan pun sudah ada yang dibersihkan. Tidaklah susah dan licin untuk berjalan.





*Kawasan parkir kereta berbayar

Adib pun boleh balik berjalan sendiri. Tidak perlu didukung lagi. Sambil berjalan tu sempatlah Adib bermain dengan salji disepanjang jalan. Apabila sampai di rumah saya berilah peluang kepada Amni dan Adib bermain dengan salji diperkarangan kediaman sebelum naik.







******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.


Sunday, February 9, 2014

Bersalji di Pine Crest Court 1st

Assalamualaikum

*Bergambar di depan Pine Crest Court 1st

Semalam (8 Februari 2014) boleh dikatakan hari bersejarah bagi Tokyo kerana salji yang turun merupakan yang terlebat dalam tempoh 45 tahun iaitu setebal 27 cm ( pada tahun 1969 = 25 cm). Bandar Tokyo hampir lumpuh kerana salji yang turun. Banyak penerbangan domestik dan shinkansen dibatalkan perjalanannya. Begitu juga dengan pengangkutan awam yang lain seperti keretapi, teksi dan bas.

Salji turun seawal pukul 3 pagi dan berterusan sehingga pukul 12 tengah malam tadi. Keadaan ini mendapat liputan menyeluruh di kebanyakan stesen tv seawal pagi lagi. Mereka membuat liputan disetiap bandar besar di Tokyo seperti Ginza, Shibuya, Shinjuku, Ropponggi dan lain-lain. 

*Stesen Tokyo

*Roppongi

Kami sekeluarga pun mengambil kesempatan bermain salji di sekitar kediaman. Sebelum ini tidak pernah berkesempatan bermain salji setebal ini di kawasan kediaman sendiri. Alhamdulillah, inilah rezeki kami anak beranak untuk bermain salji, mungkin untuk kali terakhir di Jepun ni.




*Membuat orang salji bersama jiran, Kaito

Oleh sebab tiada pakaian yang sesuai seperti kasut dan sarung tangan yang tahan sejuk, kami boleh bertahan tak sampai sejam pun di luar. Sejuknya lebih sejuk daripada sejuk di Yuzawa (rasa-rasanya,  entrinya di sini dan di sini).  Terasa kebas tangan dan kaki. Bila sampai di rumah terpaksa lalukan kaki dan tangan dengan air panas untuk melegakan kaki dan tangan yang kebas.

Alhamdulillah hari ini matahari bersinar terang dengan suhu 8 darjah selsius membantu mencairkan ais dengan cepat. Sebenarnya jalan yang diselaputi salji yang nipis dan keras sangat licin dan membahayakan pejalan kaki dan juga yang mengayuh basikal.





******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.

Monday, January 27, 2014

Meluncur ais di Tokyo Midtown

Assalamualaikum


Aktiviti kami sekeluarga Sabtu lepas. Meluncur ais di Tokyo Midtown, Roppongi. Ianya dibuka dari pukul 11 pagi sehingga 10 malam, hanya sehingga 28 Februari 2014 sahaja untuk tahun ini. Tiket masuk pula 1000 yen bagi kanak-kanak dan 1500 yen bagi dewasa serta percuma kepada pemegang kad Diners Club. Harga tiket ini termasuk sekali dengan sewa kasut, topi keledar dan jugak pelapik lutut untuk kank-kanak. 

Bagi saya harga tiket ni berbaloi kerana kita boleh meluncur selama mana kita mahu. Ditambah lagi kita boleh keluar masuk dengan sekali bayar tiket. Bagi pemegang kad Diners Club, terdapat satu lounge yang menyediakan minuman panas dan tempat rehat yang selesa. Alhamdulillah suami saya pemegang kad Diners Club, jadi dapatlah kami minum kopi dan coklat panas selepas penat meluncur.





Kami sampai sana pada pukul 2.30 petang. Orang pun dah ramai. Anak-anak tak sabar nak main. Adib pun kami belikan tiket apabila mengetahui terdapat kasut luncur untuk kanak-kanak kecil. Adib pun tak sabar nak main sebab tengok abang-abang semua siap bertopi keledar dan berlapik lutut. Dia pun nak pakai jugak

                                                               *Adib dah bersedia nak meluncur

Tapi bila pijak je gelanggang ais yang licin tu dan nak jatuh, terus menangis ketakutan. Terus tak nak main dah. Terpaksalah abah jaga dulu sementara ibu dan abang-abang belajar meluncur. Memang menakutkan pertama kali pijak ais yang licin tu. Memang tak boleh berdiri tegak. Terpaksa berpegang pada dinding. Kalau jatuh terlentang tu memang tak terkira banyaknya. Nasib baik semua yang main kat situ bukannya pandai belaka. Dengan kata lain orang pun tak hairan sangatlah kalau kita terjatuh. Lain pula dengan suami saya. Dia dah biasa meluncur semasa belajar di Jepun dulu. Jadi memang tak ada masalahlah. 




*Setelah beberapa ketika meluncur barulah boleh berjalan macam ni

Setelah beberapa jam meluncur, barulah saya boleh bergerak tanpa bantuan dari "dinding" lagi. Itupun hanya boleh berjalan-jalan saja bukannya meluncur. Lain pula dengan anak-anak. Mereka memang cepat belajar. Walaupun masih jatuh tetapi mereka sudah boleh meluncur. Mereka semua seronok meluncur sampai tak ingat hari dah gelap. Ditambah pula mereka berjumpa dengan kawan-kawan sekolah yang turut datang bersama-sama dengan keluarga.


 *Aiman dan Akmal bersama Nicolo dan adiknya


*Amni -kun dan Kaho-chan

Anak-anak tak puas meluncur lagi. Mereka ajak abah datang lagi minggu depan. Ibu mereka pula dah sakit-sakit seluruh badan sebab banyak sangat terjatuh. Pukul 7 malam baru balik. Cukuplah main selama 4 jam lebih. Satu pengalaman yang sungguh bermakna. Sempat menikmati keindahan neon-neon sebelum balik. Dah lama sebenarnya kami tak keluar malam. Kebetulan hari tu taklah sejuk sangat. Memang sesuai sangat.







******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.

Monday, December 30, 2013

Pengalaman bermain ski

Assalamualaikum


23-25 Dis 2013 kami sekeluarga ke Echigo Yuzawa lagi sekali untuk bercuti. Seperti yang telah saya ceritakan di entri yang lepas, kali ini kami menginap di Yuzawa Park Hotel yang mana terdapat kemudahan bermain ski.

Dari rumah kami ke Stesen keretapi Tokyo untuk bertolak ke Echigo Yuzawa dengan menaiki shinkansen pada pukul 8.50 pagi. Perjalanan memakan masa lebih kurang 1 jam setengah. Dari stesen Echigo Yuzawa kami menaiki bas lebih kurang 10 minit ke hotel. Oleh sebab check in hotel pada pukul 3 petang, kami bersiap tukar baju untuk bermain salji dulu. Suami, Aiman dan Akmal pula bersiap untuk ski. Saya pula hanya melayan Amni dan Adib bermain-main dengan salji.

Ternyata bermain ski bukan perkara yang senang. Dengan kasut yang keras dan berat, mereka selalu jatuh sebab tidak biasa dan tidak pandai untuk mengimbangkan diri. Aiman pula hampir putus asa kerana asyik terjatuh. Walaubagaimanapun setelah lama berlatih, akhirnya mereka dapat mengawal pergerakan badan. Hasilnya mereka dapat meluncur dan hanya sekali sekala saja jatuh.








Amni dan Adib pula main snow fight dan juga berguling-guling di atas salji. Yelah orang tak pernah jumpa  salji. Bila sudah penat meluncur Akmal dan Aiman menyertai adik-adik pula.













Alhamdulillah cuaca hari ini sangat baik. Tidaklah sejuk sangat. Anak-anak puas bermain salji. Pukul 3.30 petng kami naik ke bilik. Masing-masing sudah lapar. Saya ada membawa bekal onigiri salmon (resepi di sini) dan juga roti sandwic tuna. Sekejap saja dah kosong bekas. Bolehlah alas perut sementara menunggu makan malam pada pukul 6 petang nanti.



                                        *Sempat lagi bergambar diluar selepas makan malam..sejuk!!

Hari kedua, salji turun dengan lebat. Suhu sangat sejuk. Pada mulanya saya berniat nak mencuba ski pula hari ini. Tetapi memandangkan salji turun dengan lebat dan permukaan tempat bermain ski diliputi salji tebal. Jadi tidak dapat meluncur dengan lancar. Pada hari ini kami semua tidak dapat meluncur ski.

Kami mengambil keputusan untuk membuat orang salji. Sangat seronok membuat orang salji dengan menggolek-golekkan salji untuk mendapatkan bentuk bulat. Sekejap saja sudah mendapat satu bebola yang besar.

                                 *Orang salji yang pertama

                                            *Orang salji yang kedua


Hari yang ketiga, selepas sarapan dan berkemas kami check out pada pukul 10 pagi. Hari ini cuaca cerah. Sangat sesuai untuk berski. Aiman sedikit kecewa kerana hari terakhir kami di sini, cuaca cerah pula. "Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan", kata saya kepada Aiman. Aiman masih ada satu peluang lagi untuk berski bulan Februari depan. MST ski trip, selama 3 hari 2 malam. In syaa Allah dengan pengalaman berski di sini, Aiman dapat meluncur dengan baik bersama-sama dengan kawan-kawan nanti.




Alhamdulillah percutian yang seronok dan berbaloi.


******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love


Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015