Showing posts with label Pengalaman. Show all posts
Showing posts with label Pengalaman. Show all posts

Friday, November 27, 2015

Pengalaman temuduga buat Aiman Hakimi

Assalamualaikum

Apa pandangan para pembaca sekalian tentang menghantar anak tingkatan 1 ke asrama? Ada pelbagai pendapat yang berbeza. Bagi saya dan Cik Abang, bagus juga hantar anak ke asrama. Dapat berdikari. Tapi kena juga tanya pandangan anak-anak. Kalau dah anak tu beria-ia tak nak pergi ke asrama, janganlah dipaksa. Nanti kita ibubapa jugak yang susah.

Alhamdulillah, semalam Aiman telah menghadiri satu temuduga untuk kemasukan ke SBP di SM Sains Rembau. Temuduga Kuota Pengetua. Di fahamkan setiap pengetua SBP berhak memilih dan mengambil 20%  orang pelajar untuk di tempatkan ke sekolahnya. 

Nak dijadikan cerita semalam sepatutnya kami ( kecuali Cik Abang) dah terbang ke kampung. Jadual flight kami pukul 11.35 pagi dan Aiman pula ada temuduga pukul 2.30 petang. Mana nak pilih. Balik kampung ke peluang untuk anak? Akhirnya saya pilih untuk merebut peluang untuk Aiman menghadiri temuduga. Bukan semua orang dapat peluang macam ni. Tak apa. Nanti kita balik kampung Sabtu ni ye. Tapi dengan kereta lah :)



Semalam Cik Abang ambik cuti setengah hari. Lepas makan san solat zohor, baru bertolak dari rumah. Jarak dari rumah ke SMS Rembau hanya mengambil masa 29 minit je. Sampai sana sedang elok pukul 2.30 petang. Masa tu masih ramai yang sedang mendaftar. Rupanya nama Aiman tersenarai dalam sessi ke 3. Ada sessi pagi, tengahari dan sessi petang. Semasa mendaftar, kami diberitahu Aiman di tempatkan dalam kumpulan "O". Pukul 4.30 petang baru giliran kumpulan "O" (ada 6 orang, Aiman calon yang ke 4) akan ditemuduga.


Sebenarnya ada lagi 2 orang pelajar dari SKS2A yang dipanggil dalam temuduga ni. Salah seorangnya kawan baik Aiman. Sempatlah jugak tanya "soalan bocor" dengan Amirul sebab namanya tersenarai dalam sessi tengahari. Seramai 85 orang pelajar yang dipanggil temuduga dan hanya 30 orang yang akan dipilih.

* Muka orang yang control debar :P

Pukul 4.30 petang nama pelajar dari kumpulan "O" dipanggil dan naik ke bilik mesyuarat. Pukul 6.15 barulah keluar. Rupanya sejurus nama mereka dipanggil tadi, bukan terus ditemuduga, mereka hanya ditempatkan di bilik khas supaya mereka bertenang. Temuduga tu sendiri tidak mengambil masa yang lama.

Hanya soalan yang santai diajukan, kata Aiman. Ada 5 orang panel termasuk Pengetua yang akan bertanya kepada calon. Soalan : Perkenalkan diri dan keluarga, aktiviti di sekolah, aktiviti ko-kurikulum serta beberapa soalan lain. Perbualan pun dalam Bahasa Malaysia .


* Sementara menunggu, ambik gambar sekolah dulu. masa ni baru lepas hujan.


* Gelagat adik-adik yang "bosan" menunggu Along

Bila dah selesai tu muka senyum je dari jauh berbanding nak naik ke bilik mesyuarat tadi. Gementar terlebih. Yelah pengalaman pertama kan. 

Alhamdulillah. Kita tunggulah keputusan dalam 2 hingga 3 minggu lagi. Kalau ada rezeki adalah. Kalau tak ada di sekolah ni mungkin rezeki Aiman di sekolah lain. Tak kisahlah sekolah mana pun. Yang penting Aiman suka dan seronok belajar di situ.

Ibu dan Abah akan sentiasa  berdoa dan menyokong Along....




Friday, March 20, 2015

Pengalaman pertama - Mammogram (bahagian 2)

Assalamualaikum

Bersambung kita tentang pengalaman menjalani mammogram. 9 Mac 2015, pukul 8 pagi saya ditemani Cik Abang ke klinik Nur Sejahtera LPPKN Seremban 2 yang tak jauh dari rumah. Memang tak ada orang di klinik ni. Sunyi je. Masuk je klinik terus jumpa nurse di kaunter. Di pendekkan cerita bila saya telah memilih Columbia Asia Hospital sebagai tempat saya akan menjalani mammogram, nurse tadi telah menolong saya membuat temujanji untuk mammogram.

Kami terus ke hospital. Sementara menunggu temujanji pada pukul 9 pagi, sempatlah kami sarapan dulu di restoran berhampiran. Masa makan tu macam-macam benda yang difikirkan. Jantung pulak berdegup-degup. Hanya Allah je yang tahu takutnya masa tu.

Pukul 9 pagi, nama pun dipanggil oleh juru x-ray. Gadis India yang comel. Cakap pun lembut je. Dia beritahu apa yang dia akan lakukan  kepada kita nanti. Alhamdulillah kurang sikit takut. Kita dikehendaki membuka tudung, baju dan baju dalam. Barang kemas pun kena buka. Kemudian memakai baju yang disediakan.

Peringatan: masa nak jalani mammogram ni tak boleh pakai deodrant, minyak wangi atau bedak di badan. Takut keputusan yang diperolehi kurang tepat.

* Ihsan goggle

Semasa ujian tu,payudara kita akan dikepit oleh 2 plate atas dan bawah. Masa nilah gambar x-ray akan diambil. Kemudian mesin disengetkan sedikit, diulangi dengan mengepit dengan 2 plate di kiri dan kanan. Sekali lagi diambil gambar x-ray. Jadi 2 keping gambar x-ray untuk setiap payudara kita. Masa  kena kepit tu memang rasa sakit tapi tidaklah sakit sampai tak boleh nak tahan. Biasalah kalau anggota badan kita kena kepit, mestilah rasa sakit.

Sementara menunggu keputusan, saya dikehendaki ke bilik sebelah untuk jalani ujian ultra sound pula. Kali ni doktor perempuan melayu yang jalankan ultra sound. Masa ultra sound tulah saya ditunjukkan sebenarnya bukan sebiji saja ketulan yang ada tetapi 3 biji. 2 biji di sebelah kiri dan sebiji di sebelah kanan. Oleh sebab 2 biji ketulan tu kecil, saya tak dapat merasa dengan tangan, Terkejut juga saya bila tahu ada lagi 2 biji yang tersembunyi tu. Itulah pentingnya kita menjalani mammogram walaupun kita tidak mengesan sebarang ketulan semasa PSP (Pemeriksaan sendiri payudara). 

Alhamdulillah semasa ultra sound, doktor beritahu yang ketulan tu nampak bukan sel barah sebab biasanya sel barah bentuknya tidak licin. Biasanya bentuk sel barah tidak cantik. Menggerutu. Lain pula dengan bentuk ketulan yang terdapat pada payudara saya. Bentuknya bujur dan licin. Tapi itu bukan jaminan 100% dari doktor.

Biasanya selepas dibedah, ketulan yang dibuang itu akan dihantar ke makmal untuk mengenalpasti samada ianya adalah sel barah atau tidak. Dalam kes saya, apabila laporan ujian keluar, alhamdulillah ianya bukan sel barah. Masa tu lega sangat. Syukur sangat. Muka Cik Abang pun nampak ceria sikit berbanding pagi tadi.

Pukul 1 tengahari, jumpa doktor untuk minta nasihat apa yang perlu saya lakukan selepas ni. Doktor kata tak perlu buang pun sebab ianya tidak membesar dan tidak merbahaya. Ianya fibroid. Tapi jika kita sebagai pesakit ingin melakukan pembedahan membuang fibroid tersebut, terpulanglah. Jika pesakit merasa sakit di payudara atau fibroid tersebut membesar, barulah doktor nasihatkan supaya melakukan pembedahan.

Bagi saya pula, saya akan pegang kata-kata doktor yang mengatakan ianya tidak merbahaya dan tunggu saja.



Wednesday, March 18, 2015

Pengalaman pertama - Mammogram (bahagian 1)

Assalamualaikum

Kita orang perempuan ni macam-macam nak kena "check". Nak kena peiksa. Lebih-lebih lagi bila usia dah makin meningkat. Macam-macam penyakit yang nak datang dekat. Kali ni saya nak kongsikan pengalaman saya sendiri. Untuk peringatan kepada diri sendiri dan kawan-kawan pembaca semua.

Saya agak semua wanita tahu tentang mammogram ni. Mammogram ni X-ray khas untuk payudara untuk mengesan kehadiran sel barah. Biasanya mammogram ni di sarankan kepada wanita yang berumur 40 tahun dan ke atas. Boleh dapat info tentang ujian saringan barah payudara di sini.

Macam mana saya tergerak hati nak menjalani mammogram? Semuanya bermula apabila Cik Abang dapat mengagak yang saya ada masalah. Saya tak tahu macam mana saya nak cerita kepada Cik Abang yang dah hampir seminggu payudara saya sakit. Lagi pula saya dapat rasa ada ketulan yang agak besar di payudara kiri saya.

Macam-macam perasaan bermain dalam fikiran bila saya dapat rasa ketulan tu. Saya mula goggle simptom-simpton barah payudara tapi masih belum bersedia untuk beritahu Cik Abang. Dalam hati sentiasa berdoa yang ketulan tu bukan barah. Saya takut nak menerima kenyataan kalau saya ada barah. Sebab tu saya ambil pendekatan diamkan diri.

Saya nak nasihatkan kepada pembaca semua jangan jadi macam saya. Jangan sekali-kali menangguhkan untuk  ke klinik atau hospital jika terdapat ketulan dan perubahan pada payudara anda. Cik Abang pun dah membebel sebakul bila dapat tahu saya takut nak bagitahu dia tentang perkara ni.

Malam tu juga cari info tentang mammogram di Klinik Nur Sejahtera LPPKN. Alhamdulillah klinik ni ada di Seremban 2, dekat je dengan rumah saya. Esok pagi terus ke sana. Klinik buka pukul 8 pagi. Cik Abang temankan saya ke klinik. Cuti sehari Cik Abang hari tu. Mula-mula saya ingat mammogram tu dibuat di klinik tu rupanya bukan.

Kalau kita mendaftar di Klinik Nur Sejahtera Seremban 2 ni, kita diberi pilihan untuk menjalani mammogram di Columbia Asia Seremban 2, KPJ Seremban, Klinik Mawar atau Institut Kanser Nilai. Saya telah memilih Columbia Asia Hospital sebab dekat dengan rumah. Bila dah ada laporan, kita hendaklah membawa semula ke klinik Nur Sejahtera dan kita layak mendapat subsidi kerajaan. Dengan kata lain, kita tak perlu bayar atau ianya percuma untuk mammogram tersebut. Subsidi ni sah untuk wanita yang berumur 40-70 tahun. Kita juga layak membuat ujian pepsmear percuma.

Saya rasa ini peluang yang baik kepada wanita di luar sana untuk menjalani mammogram ni sebab kalau tak ada subsidi kita kena bayar RM120-RM140 bergantung pada hospital mana kita pergi. Kalau di Columbia Asia, RM 140

Senarai Klinik Nur Sejahtera di seluruh negara di sini.

Bersambung...

Sunday, November 30, 2014

Pengalaman menjaga anak yang berkhatan

Assalamualaikum

* Klinik Zaaba, Garden Homes

Maaflah kalau sekarang ni saya asyik cerita tentang berkhatan. Ye lah pengalaman pertama anak berkhatan. Bukan seorang tapi tiga orang sekaligus. Disamping mengabdikan kenangan dan pengalaman sendiri untuk tatapan anak-anak, ianya boleh juga dijadikan rujukan pembaca semua.

Alhamdulillah anak-anak saya telah selamat berkhatan pada petang Ahad lepas (23/11/2014). Khatan awal-awal supaya senang nak merancangke mana-mana lepas tu. InsyaAllah seminggu lagi nak balik kampung. Mudah-mudahan anak-anak dah baik masa tu.

Dua tiga minggu sebelum cuti sekolah saya dah survey klinik yang ada perkhidmatan khatan ni. Lepas tu terus booking tarikh paling awal selepas cuti sekolah. Alhamdulillah dapat dapat hari minggu. Senang sikit Abah mereka ada. Ye lah bayangkan nak handle 3 orang sekaligus.

Kami telah memilih kaedah clamp dan cautery ( sila lihat post sebelum ini di sini) untuk anak-anak. Di klinik ni kita diberi pilihan samada nak guna kaedah clamp dan cautery atau kaedah cautery dan jahit. Bagi saya kedua-dua kaedah tu ada kelebihannya yang tersendiri. Bergantung kepada ibubapa kaedah mana yang nak dipilih.

Harga pulak RM 150 untuk seorang.

 * Cautery (ihsan google)

* Clamp (ihsan google)

* Muka-muka cuak sebelum masuk bilik pembedahan kecuali yang baju merah tu..senyum je

Masa di rumah, Ibu dan Abah dah beritahu giliran, siapa yang kena masuk dulu ke bilik pembedahan. Angah kena masuk dulu memandangkan Angah berani. Biar bagi semangat sikit kepada orang lain. Kemudian Along dan Abang. 

* Angah memang berani. Senyum je masa doktor bius dan khatankan. Good job Angah.

* Abang orang yang kena masuk bilik bedah sebab masa ni Along sedang solat asar. Abang menangis sikit masa bius. Tu yang muka masam tu.

* Along dengan muka ceria je sebelum dibius. Ibu yang teman Along masuk bilik bedah. Angah dan Abang, Abah yang teman.

* Masih senyum walaupun sudah berkhatan. Ye lah masih belum terasa sakit sebab ubat bius masih ada. 3 orang siap dikhatankan dalam masa 1 jam

* Abang muncung je sebab dia baru lepas menangis sebab sakit bila kencing. Yang 2 orang tu masih boleh tersenyum

* Bersedia untuk tidur. Along pulak yang muka kelat. Juga sakit dan pedih selepas kencing.

Abah gunakan kaki speaker untuk jadikan tiang. Kebetulan home theater Abah rosak masa ni dan dibaiki. Bolehlah pinjam kaki sekejap. Kemudian palang putih tu sebenarnya untuk gantung langsir yang beli di IKEA. Kebetulan ada di rumah, tak guna. Lepas tu ambik 2 pengepit baju, ikat kedua-dua hujung dengan tali rafia. Jadi Abah gabungkan kesemua tu untuk menggantung kain anak-anak. 


Alhamdulillah selama seminggu menjaga anak-anak berkhatan ni taklah susah. Guna kaedah clamp ni memang memudahkan kalau ramai-ramai macam ni. Sakit pun kurang. Cuma Abang je yang sakit sampai tak boleh tidur malam. Kesian pun ada sebab masa khatan tu kulit yang nak dipotong tu "dipaksa" pisahkan oleh doktor. Kalau ikut istilah dulu-dulu "anu buta".

Jadi berhari-hari jugaklah Abang "menderita" terutama sekali masa nak kencing. Hari pertama tu meraung kesakitan. Ibu dan Abah pun tak tahu nak buat apa. Jadi bagi anak-anak yang nak berkhatan dinasihatkan supaya selalu cuba-cuba tarik kulit lebihan anu tu ke bawah sehingga melepasi kepala anu supaya bila berkhatan kurang rasa sakit dan insyaAllah cepat baik.

Selepas sehari berkhatan, saya dapati lebam. Along pulak kembung berkilat. Abang tak habis-abis menangis. Risau pun ada. Yelah kita tak ada pengalaman. Bila telefon doktor, rupa-rupanya itu perkara biasa. Kenapa anu Angah lebam? Sebab mungkin masa cucuk bius tu, ada salur darah yang pecah. Along pulak sebab ubat bius mungkin terlebih dan masih ada. Tu yang nampak bengkak. Abang, macam yang saya cerita tadi lah. kes anu "buta". Jadi kepada ibubapa yang ada masalah macam ni, janganlah risau. Ini memang kes biasa.

Alhamdulillah hari ke-4, Angah dan Along dah boleh pakai seluar longgar walaupun clamp masih belum dibuka. Insya Allah hari Ahad ni ke klinik lagi untuk buka clamp. 



Monday, August 25, 2014

Mengadakan rumah terbuka

Assalamualaikum


Alhamdulillah,selesai sudah rumah terbuka kami. Majlis yang simple dan menu juga tak banyak. Bagi saya majlis tu berjaya dan saya berpuas hati sebab ianya merupakan kali pertama saya mengendalikan rumah terbuka. Kena masak dalam kuantiti yang banyak bukan perkara yang senang bagi saya. Tapi berkat tunjuk Mak ( mak mertua)  belajar melalui telefon banyak membantu.

Kehadiran Sherry dan Abang Chik juga banyak meringan dan melancarkan majlis kami ni. Mereka bertungkus lumus di dapur terutama Sherry ( biras saya). Saya tak dapat bayangkan kalau ketiadaan mereka. Kedatangan Dik Ya juga meringankan tugas kami. Walaupun datang hanya sekejap tetapi sempat membantu saya di dapur. Alhamdulillah, syukur kerana dikurniakan adik-beradik yang suka menolong.

 * saya hanya masak menu yang senang sahaja

  * nasi himpit bersama kuah kacang dan juga nuget tempura serta sosej koktail panggang

 * mee kari dan juga mee sup

 * air mangga sunquick


* Cik Abang bersama dengan kawan-kawan

 * Kak Sera dan keluarga antara yang terawal datang

 * sebahagian dari anak saudara saya yang datang semalam

 * ramai kan anak buah saya

 * ada lagi....

 * yang ni pulak cucu saudara dan juga anak jiran (cina)

 * Pak Lang rajin melayan budak-budak

 * bila dah lama tak berjumpa, banyak perkara yang menjadi topik perbualan

 * 2 orang sahabat sejak sekolah : seorang anak saudara saya dan seorang lagi kakak ipar

* sebahagian dari anak saudara perempuan. Ada lagi sebenarnya ni...

Saya sungguh bersyukur dan gembira dapat mengadakan rumah terbuka ni sebab boleh mengeratkan silaturrahim. Kami dapat berkumpul adik-beradik dan juga anak saudara. Begitu juga dapat berjumpa dengan sahabat yang dah lama tidak berjumpa. 

Disamping itu juga saya dapat mempelajari cara-cara nak masak dalam kuantiti yang banyak dan bajet makanan dengan bilangan tetamu. Kali ni banyak juga makanan yang terlebih. Tapi nasib baiklah saya tak masak semua. Hanya bahan-bahan mentah saja yang terlebih. Jadi saya bahagi-bahagikan kepada adik-beradik dan anak saudara. 

In sya Allah kami akan adakan lagi rumah terbuka di masa akan datang. Kami akan perbaiki yang mana yang terkurang. In sya Allah.


Thursday, August 21, 2014

MRS - Miracle Refreshing Spray

Assalamualaikum


Anda pernah dengar tak tentang Miracle Refreshing Spray (MRS) ?. Saya yakin ramai yang dah pernah dengar dan juga sudah menggunkan MRS ni. MRS ni diperbuat daripada minyak kelapa dara dan minyak mint serta diperkaya dengan aromaterapi. Saya sekeluarga juga sudah menggunakannya. Alhamdulillah setakat ini MRS memang serasi dengan keluarga saya.

Saya mengenali Kak Hana (Disributor MRS Melaka & Agen Shah Alam), dah lama tapi hanya secara maya iaitu sejak kami sama-sama mengikuti kelas asas blog secara online. Masa tu saya masih berada di Jepun. Masa mula-mula Kak Hana mempromosi MRS melalui page beliau di Miracle Refreshing Hana , saya dah mula berminat dengan MRS. Ye lah MRS ni produk orang melayu Islam. In syaAllah selamat dan terjamin halal.



Inilah surat pengesahan dari pihak MARDI yang mengesahkan produk MRS ni produk yang tidak menggunakan bahan kimia terlarang. Ianya seamat digunakan oleh orang ramai.



Satu perkara yang saya paling suka tentang MRS ni ialah ianya berbau wangi, tidak seperti minyak angin lain yang baunya menusuk hidung. MRS didatangkan dengan 3 wangian iaitu Elegant ( dari pati bunga matahari), Lovely (dari pati ros) dan juga Sweet (dari pati berry). 

Mesti ada yang bertanya, bagaimana dengan saiz botol dan berapa harganya? Ok, pertama botol kecil seperti gambar atas tu, 10ml (RM 9.90 semenanjung / RM 11.90 sabah/sarawak), 30ml (RM 39.90 / RM 41.90) dan 50ml (RM 69.90/ RM71.90)



 Yang ni pula anggaran tempoh penggunaan MRS. Semoga dapat membantu pengguna MRS semua.


MRS ni minyak serbaguna sebenarnya. Tak rugi kalau kita memilikinya. Tempoh hari saya ada membeli beberapa botol MRS 10ml dan memberi kepada ahli keluarga. Setakat ni alhamdulillah mereka semua memberi feedback yang baik. Sekarang Cik Abang saya menjadikan MRS sebagai teman disaat mengantuk. Apabila terasa mengantuk semasa memandu ke tempat kerja atau semasa mesyuarat, Cik Abang akan menyapu sedikit MRS di bawah mata. Alhamdulillah, berkesan. Cik Abang saya sukakan saiznya. Pocket saiz.

Anak-anak pula, kalau sakit atau kembung perut, sapu sedikit MRS. Sejuk katanya. Begitu juga kalau digigit nyamuk atau semut api, in sya Allah kurang bengkak atau kadang-kadang tak bengkak langsung. Sebab tu lah MRS selalu ada di dalam beg tangan saya. 


Adib pun suka MRS. Ditemani MRS semasa ambil darah di klinik hari tu. Bila disapu MRS di tangannya, terus berhenti menangis. Bukanlah saya kata bila sapu MRS ni terus hilang sakit tapi budak-budak kalau kita kata dah sapu ubat, dia akan rasa lega dan boleh bertenang.




Yang ni produk baru dari MRS.  Miracle Refreshing Serum diperbuat daripada pati epal dan mint. Serum ini khusus digunakan untuk syampoo dan mandian badan. Harga RM 39.90. Bila pakai ni sejuk je kepala. Hari tu saya sakit kepala dan pakai serum ni ketika mandi, alhamdulillah sakit kepala berkurangan. Dengan izin Allah.

Saya menulis tentang MRS ni hari ni sekadar berkongsi kebaikannya. Disebabkan saya sendiri sudah menggunakannya, saya tahu yang MRS ni bagus. Ia sebagai salah satu dari cara kita menyokong orang Melayu Islam dalam perniagaan. 

Jika ada pembaca luar sana yang berminat dengan MRS, bolehlah pm atau wasapp/sms saya di 
019-6832397


* Gambar : koleksi peribadi dan ihsan dari Miracle Refreshing Hana

Saturday, August 9, 2014

Pengalaman menjalani LASIK

Assalamualaikum


Mungkin pembaca semua tak perasan yang saya ni rabun. Sebenarnya sudah hampir 19 tahun saya pakai contact lense, sejak di universiti. Saya memang tak suka pakai cermin mata sebab saya akan sakit telinga. mungkin sebab tersepit bila kita pakai tudung. Masa saya mula-mula apaki contact lense dulu, saya pakai yang tukar setahun sekali. Tapi selalu jugak mata saya merah dijangkiti kuman. Kemudian saya pakai yang perlu tukar setiap bulan. Adalah jugak sekali sekala mata merah.

Sudah lama saya menanam hasrat menjalani Lasik ni, tapi yelah harganya mahal. Terpaksalah tunggu dengan penuh sabar kot-kot ada rezeki lebih. Alhamdulillah selepas balik dari Jepun hari tu adalah rezeki sikit. Survey punya servey jumpalah Optimax di Seremban. Saya pilih Optimax ni sebab ada di Seremban. Dekat dengan rumah. Terus telefon untuk bertanya dan buat temujanji.

Temujanji dibuat pada 28 Jun 2014. Mula-mula temujanji dibuat untuk membuat pemeriksaan mata. Pemeriksaan untuk menentukan samada kita boleh menjalani Lasik atau tidak. Alhamdulillah mata saya sesuai untuk menjalani Lasik. Masa tu mata kanan saya -4.25 dan mata kiri -3.50. Ada rabun dekat dan silau juga.

* saya jumpa satu blog yang menceritakan pengalaman pra-Lasik di sini

Apabila selesai pemeriksaan, saya disarankan menjalani FEMTO-LASIK. Kos? Untuk pemeriksaan mata saya kena bayar RM195 dan untuk Lasik tu sendiri RM8k. Selepas membuat pemeriksaan mata di Optimax Seremban, saya dan suami membuat keputusan untuk terus menjalani Lasik hari tu jugak. Bukan apa, itulah tarikh yang sesuai memandangkan esoknya dah nak puasa. Sayangnya saya kena ke Optimax TTDI untuk Lasik. Tengahari tu kami terus ke TTDI. Pkl 4 ptg 28 jun 2014, selamatlah mata saya menjalani lasik.

Kaedah Lasik ni lebih kurang macam gambar di bawah ni. Mula-mula sekali lapisan kornea kita di "potong". Flap kornea dibuka kemudian dipancarkan dengan laser. Masa dipancarkan laser ni kita akan terbau benda hangit, bermakna masa tu kita tahu mata kita sedang dilaser. Yelah kita memang langsung tak rasa apa-apa sakit dimata masa tu sebab sebelum operation, mata kita dah dibius.  Bila dah siap laser, flap kornea mata pun ditutup semula. Sekejap je dah siap. Ambil masa lebih kurang 15 minit je untuk kedua belah mata.

* gambar ihsan google

Walaupun masa operation tu tak sakit, tapi lepas operation tu saya langsung tak boleh buka mata. Mata pedih yang amat. Mata pedih macam bila kita potong bawang dan masuk pasir. Selepas 3 jam barulah ok sikit. Sebaik-baiknya selepas balik rumah tu tidur je supaya dapat merehatkan mata. Masa mula-mula selepas operation tu mata tak 100% terang tapi sedikit demi sedikit makin baik. 

Selepas operation:
  1. Pakai cermin mata hitam dan elakkan terdedah kepada cahaya
  2. Guna ubat titis mata seperti yang dinasihatkan
  3. Tak boleh gosok mata
  4. Tak boleh bagi air masuk mata sekurang-kurangnya seminggu
  5. Tak boleh pakai make-up mata sekurang-kurangnya seminggu
  6. Tak boleh sauna, berenang, facial dan bersukan sekurang-kurangnya sebulan
  7. Elakkan tempat yang berhabuk dan berasap


* cermin mata hitam dan ubat-ubatan yang disertakan selepas operation

* macam pirate pun ada

Setiap malam sebelum tidur kena pakai benda alah ni. Pakai ni selama seminggu. Tujuannya supaya kita tak gosok mata tanpa sedar masa tidur. Yelah masa ni kornea mata kita masih terpotong.

Alhamdulillah setelah sebulan lebih selepas operation, mata ni dah semakin baik. Walaupun kadang-kadang ada jugak tersasul nak buka cantact lense sebelum tidur.

Kepada yang belum rabun tu dinasihatkan jagalan mata baik-baik. Memang best mata tanpa cermin mata dan contact lense.

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015