Monday, September 30, 2013

Resepi muffin coklat

Assalamualaikum.



Kebiasaannya kalau hari Ahad kami tak ke mana-mana. Hari untuk berehat di rumah. Masing-masing dengan aktiviti tersendiri. Anak-anak dengan game, abah dengan komputernya, kadang-kadang tolong ibu mengemas rumah dan ibu pulak basuh baju, lipat baju, gosok baju dan masa untuk update blog.

Semalam saya menyediakan muffin coklat untuk keluarga. Biasalah petang-petang mesti semua orang lapar. Anak-anak bersorak bila tahu ibu nak masak muffin. Adib pulak tak sabar-sabar nak makan. Awal-awal lagi dah tunggu depan oven.

 Saya pun mula masak muffin sejak saya berada di Jepun. Di Malaysia saya akan membeli apa yang saya atau anak-anak nak makan. Betul cakap orang, bila kita susah barulah kita tahu nak usaha. Di Jepun memang susah nak dapat kek yang halal. Jadi saya kenalah usaha masak sebab anak-anak suka
makan muffin atau kek.


Saya dapat resepi dari  koleksi1001 resepi.com di sini. Muffin ni sangat lembab dan sedap. Anak-anak saya suka makan panas-panas sebab permukaannya sedikit rangup. Cara penyedian muffin ni lebih mudah berbanding dengan kek. Jom tengok resepi.

Resepi muffin coklat
Oleh: Noriati Saud
Sumber: Koleksi1001resepi.com

Bahan-bahan

1 3/4 cawan tepung serba guna
1/2 cawan serbuk koko
2 sk baking powder
1/2 sk garam
...ayak semua bahan kering dalam sebuah bekas

...dalam bekas lain
1/2 cawan minyak zaitun
1 cawan susu segar
1/2 cawan gula perang -saya tak letak
1/2 cawan gula pasir
2 biji telur (besar), dipukul
3 sk esen vanilla
...campurkan semua dan kacau sehingga gula larut

Cara penyediaan

Tambahkan bahan kering sedikit demi sedikit dan kacau sehingga sebati.  Kemudian masukkan ke dalam muffin cup 3/4 penuh. Bakar selama 20 minit. Masak dan sejukkan. 

*Boleh juga tambahkan 1 cawan coklat chip atau badam cincang ke dalam adunan dan kacau dalam satu arah.

Selamat mencuba dan jumpa lagi.


Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya noriatisaud@gmail.com

Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love


Sunday, September 29, 2013

MST Family Picnic

Assalamualaikum.


Semalam kami ke Kinuta Park, Setagaya untuk berkelah bersama-sama warga MST. MST Family Picnic ni merupakan acara tahunan yang dibuat oleh MST. Tahun lepas kami tidak dapat menyertainya kerana pada tarikh yang sama sekolah Amni mengadakan hari sukan.

Acara ini diadakan untuk mengeratkan lagi hubungan antara warga pendidik MST dan juga semua ibubapa. Pada hari ini ibubapa bolehlah mengambil kesempatan berjumpa dan berbincang dengan guru tentang anak-anak mereka. Disamping itu ibubapa juga boleh saling berkenal-kenalan dengan keluarga rakan-rakan anak mereka.

Dengan cuaca yang cerah dan suhu yang nyaman (permulaan musin luruh), memang sesuai untuk berkelah. Saya menyediakan nasi lemak dan sambal ikan bilis (resepinya di sini) untuk makan tengahari. Anak-anak semua suka makan nasi lemak tanpa sambal. Mereka tak suka makan pedas.





Untuk memeriahkan lagi perkelahan ini, terdapat beberapa acara yang disediakan seperti tarik tali, membaling belon yang diisi air dan bermacam-macam lagi. Yang pastinya semua kanak-kanak gembira dapat bermain bersama-sama dengan kawan-kawan.

Keseluruhan acara tamat pada pukul 2 petang.




Seronok tengok anak-anak bermain tanpa batasan. Kita dapat melihat karektor dan minat anak-anak dari cara mereka bermain.

Aiman yang aktif dan suka bersukan




Akmal yang sukakan "adventure"




Amni yang suka terokai alam sekitar




Adib pulak masih kecil hanya tahu main semua benda.



Pukul 4 petang barulah balik selepas anak-anak puas bermain. Saja bagi merka main puas-puas sebab dah lama tak bawa mereka keluar bermain di taman. Alhamdulillah mereka semua gembira dan puas hati. Ibu dan abah pun gembira.

Wassalam dan jumpa lagi.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya noriatisaud@gmail.com

Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love


Saturday, September 28, 2013

Resepi sambal ikan bilis

Assalamualaikum


Sambal ikan bilis ni memang selalu ada dalam peti ais saya. Anak-anak saya tak suka masakan pedas, jadi saya jadikan sambal ikan bilis ni sebagai lauk tambahan untuk saya dan suami kalau nak makan pedas. Sambal ini boleh tahan sehingga seminggu lebih dalam peti ais jika dimasak dengan betul.

Resepi sambal bilis ni saya dapat dari mak mertua saya. Mak mertua saya mempunyai bertahun-tahun pengalaman menguruskan kedai makan dan seterusnya tender kantin sekolah. Sambal ikan bilis merupakan masakan yang paling digemari oleh pelanggan-pelanggannya. Memang terkenal sambal ikan bilis Kak Noor ni.

Menu nasi lemak merupakan menu wajib jika kami adik beradik semua balik ke kampung. Mak mertua memang tahu yang anak-anak dan menantu memang suka makan nasi lemak. Sambal ikan bilis, sambal sotong kering dan sambal kerang memang menjadi kegemaran kami adik-beradik.
Jom tengok resepi sambal ikan bilis Noor Zainah.

Resepi sambal ikan bilis
Oleh: Noriati Saud

Bahan-bahan

2 senduk cili kering kisar*
1 labu bawang besar*
Segenggam ikan bilis*
1 inci belacan*
1 sudu besar gula
Garam secukup rasa
Minyak masak
Ikan bilis- goreng garing
Sekeping asam keping

Cara penyediaan

  1. Kisar bersama bahan-bahan  yang bertanda *
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah dikisar
  3. Masukkan gula
  4. Biarkan mendidih dengan api yang sederhana
  5. Kemudian masukkan garam dan asam keping
  6. Masak sehingga sambal betul-betul garing
  7. Masukkan ikan bilis goreng dan kacau sebati



Selamat mencuba. Sehingga berjumpa lagi. Wassalam.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya noriatisaud@gmail.com

Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love





Friday, September 27, 2013

Pengiklanan

Assalamualaikum.

                                    Untuk iklan, sila klik logo

Pengiklanan sangat penting bagi sesebuah perniagaan. Dengan adanya iklan barulah orang ramai mengetahui kewujudan produk kita. Tak kiralah samada iklan di televisyen, suratkhabar atau di internet. Semuanya bertujuan untuk mempromosi atau menarik pembeli supaya  membeli produk atau servis yang disediakan.

Kami di Akademi Bekerja di Rumah juga ada menyediakan satu tapak/platfom untuk anda mempromosi produk atau servis iaitu SOHO Directory.

- Berikut adalah harga Pakej Pengiklanan Melalui Blog SOHO Directory & Blog Akademi Bekerja Di Rumah


RM250
  1. 2 gambar, link fan page, link blog, keterangan produk atau perkhidmatan, 1 testimoni, ulasan blog pilihan
  2. Tempoh 12 bulan
  3. Servis bonus 1: siapkan email dan blog (bagi yang tidak ada blog bisnes)-yang ini kalian create email dan blog sahaja

RM300
  1. 2 gambar, link fan page, link blog, keterangan produk atau perkhidmatan, 1 testimoni, ulasan blog pilihan
  2. Tempoh 12 bulan
  3. Servis bonus 1: siapkan email dan blog
  4. Servis bonus 2: siapkan fan page bisnes, borang link produk
  5. Percuma 1-ebook super wahm super mom (bernilai RM25) 
  6. Percuma 2: ebook asas blog (bernialai RM50)
  7. Harga sebenar, RM375, bayar hanya RM300 sahaja.
  8. Renew iklan hanya RM100 setahun.

Iklan ini khas untuk peniaga yang ada produk untuk dijual tapi tiada blog / fanpage untuk menjual barangan. Samada berniaga offline atau online boleh menggunakan platfom iklan ini. Untuk sebarang pertanyaan bolehlah emailkan kepada noriatisaud@gmail.com.

Pendaftaran Kelas Asas Blog dan Fanpage dibuka setiap hari. Kepada yang berminat bolelah hubungi saya noriatisaud@gmail.com

Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Wassalam.


Thursday, September 26, 2013

Resepi ayam panggang mayonis

Assalamualaikum.


Bila tiba masa nak masak mesti pening kepala memikirkan apa yang nak dimasak. Nak kena fikir masakan yang semua makan dan suka, fikir barang basah apa yang ada dalam peti sejuk dan yang penting masakan tu mestilah senang. Kadang-kadang tu kita masak yang susah-susah tapi tidak mendapat sambutan biasanya dari anak-anak.

Dah jemu asyik makan ayam goreng je, semalam buat ayam panggang pulak. Bahan-bahannya tak banyak dan cara masaknya pun senang. Anak-anak dan suami pun suka. Sebagai tambahan saya masak sambal bilis (untuk resepinya tunggu entri akan datang). Barulah ada selera sikit kalau ada yang pedas-pedas.

Resepi Ayam Panggang Mayonis
Oleh: Noriati Saud

Bahan-bahan:

Ayam - saya menggunakan 10 ketul drummet
3 ulas bawang putih
1 cm halia
1 sudu kecil lada hitam (boleh tambah kalau nak lebih pedas)
1 sudu besar kicap manis
2 sudu besar mayonis
Garam secukup rasa

Cara penyediaan

  1. Tumbuk bawang putih, halia dan lada hitam
  2. Campurkan bahan yang ditumbuk bersama kicap manis, mayonis dan garam
  3. Perap lebih kurang sejam. Lebih sedap jika diperap lebih lama.
  4. Bakar dalam oven dengan suhu 150 darjah celcius sehingga keperangan.


Selamat mencuba.



Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya noriatisaud@gmail.com

Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga berjumpa lagi.
Wassalam.




Wednesday, September 25, 2013

Kelas Asas Blog dan Fanpage

Assalamualaikum

3 minggu yang lepas saya mula mendaftar ke Kelas asas blog dan fanpage yang diajar oleh Pn. Zaila. Saya ingin mendapatkan ilmu yang formal kerana saya ingin memulakan perniagaan online. Dalam masa 3 minggu ni saya bukan saja telah menyiapkan blog dan fanpage sahaja tapi banyak lagi ilmu yang dikongsi bersama-sama rakan sekelas.

Apakah yang akan dipelajari di dalam kelas asas blog dan fanpage (mulakan perniagaan)?
  1.  Kelas ini khusus bagi suri rumah yang benar-benar zero tentang urus niaga secara online.
  2.  Mahu mula tetapi tidak tahu cara.
  3.  Mahu mula tetapi tidak ada produk. Kami menyediakan beberapa produk pilihan, produk sunnah, buku, pakej ebook, ruang periklanan. Juga peluang sebagai pembantu kelas di akademi bekerja di rumah.
  4. Kelas ini sesuai untuk belajar menjana pendapatan awal RM10, kemudian tingkatkan lagi, RM20, RM50, RM100 begitulah seterusnya (ini adlaah tertakluk kepada usaha yang konsisten daripada peserta.
  5. Kelas ini juga sesuai untuk suri yang sibuk, surirumah sepenuh masa, suri bekerjayaa yang mahu buat secara sambilan. Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.
  6. Apabaila sudah pandai, boleh belajar lagi dengan otai-otai pemasaran yang lain. juga bina jaringan bisnes secara online.
  7. Apa yang kita belajar di dalam kelas ini. Analisa dahulu untuk kenalpasti apa produk yang sesuai/minat/pengalaman. Belajar buat blog kedai online, belajar menulis konsisten, belajar buat borang tempahan, jenis-jenis entri, belajar buat pan page, belajar buat pautan, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.
  8. Untuk mula, kita analisa dahulu, email saya sekarang. Pendaftaran adalah setiap hari.
Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya noriatisaud@gmail.com

Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Wassalam.



Tuesday, September 24, 2013

Syukur dengan rezeki Allah

Assalamualaikum.


Pagi ni lepas hantar Amni ke sekolah, terus ke pejabat pos. Alhamdulillah, satu lagi bungkusan selamat dipos ke Malaysia. Syukur kepadaMu ya Allah kerana memberi rezeki kepada hambamu ini. Sudah  2 minggu saya mula berniaga, dan saya mula rasa seronok. Mudah-mudahan perniagaan saya ini akan berkembang dan berjaya. Amin.

Kalau nak berniaga samada online atau offline mestilah tahu caranya. Nak tahu cara kenalah belajar. Semasa saya mendaftar  di  Kelas asas blog dan fanpage, saya bukan hanya diajar cara-cara membuat blog dan fanpage tetapi juga cara-cara promosi, tip-tip perniagaan online dan banyak lagi.

Kepada sesiapa yang ingin memulakan perniagaan bolehlah menimba ilmu di Kelas asas blog dan fanpage. Jika berminat bolehlah emailkan kepada noriatisaud@gmail.com atau zailamohamad@yahoo.com.

Jom cuci mata dengan Japanese cotton : https://www.facebook.com/Frm.Jpn.With.Love?

Jumpa lagi.




Monday, September 23, 2013

Rindu....

Assalamualaikum.

                                   
                                          * Mak bersama kakak sulung

Tiba-tiba saja rasa rindu mak. Padahal baru hari Jumaat lepas telefon dan alhamdulillah mak sihat. Umur mak saya dah 76 tahun tapi alhamdulillah masih sihat dan larat untuk berkebun kecil-kecilan. Walaupun begitu kami adik beradik melarang mak dari melakukan aktiviti-aktiviti berat, takut mak sakit.

Sejak ayah meninggal 9 bulan lepas, mak tinggal bersama abang saya. Syukur, taklah risau sangat ada orang yang menjaga makan minumnya. Lagipun adik-beradik semua tinggal berdekatan. Bolehlah selalu menziarah.

                         
                                *Adik-beradik bersama mak: saya dan kakak sulung tiada dalam gambar

Saya pula memang tiap-tiap hari Jumaat akan telefon mak tanyakan khabar. Saya dah jadikan amalan sejak dulu, sejak sebelum datang ke Jepun lagi, mesti telefon mak hari Jumaat. Kalau saya terlewat telefon mesti mak ternanti-nanti dan tertanya-tanya kenapa saya belum telefon. Jelas kedengaran suara gembira mak bila dia dengar suara kita.

Bagi saya tak kira jauh atau dekat, ibubapa jangan dilupakan. Lebih-lebih lagi sekarang boleh dikatakan semua orang mempunyai telefon bimbit, memang tak ada alasan kenapa kita tak boleh hubungi mereka.  Mak saya yang dah tua pun ada telefon bimbit. Jadi senanglah kalau ada sesiapa nak hubungi. Saya memang cukup tak faham kalau ada anak yang tak ada masa nak telefon bertanya khabar orang tua mereka. Kalau pun sibuk sangat cukuplah telefon untuk bertanya khabar.

Hargailah ibubapa selagi mereka masih bernyawa. Sejak ayah saya meninggal, saya memang cepat terasa dan sedih bila bercerita tentang ayah. Lebih-lebih lagi kalau sebut tentang pengorbanan ayah. Rindu sangat sampai mengalir air mata. Bila rindukan ayah, saya sedekahkan Al-Fatihah kepada beliau. Semoga beliau di tempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Marilah kita sama-sama doakan untuk kedua ibubapa kita yang tersayang.

                              
Sehingga berjumpa lagi. Wassalam.

Sunday, September 22, 2013

Tokyo Skytree lagi...

Assalamualaikum.


Semalam kami ke Tokyo Skytree lagi tapi tak lah naik menara cuma berjalan-jalan di sekitarnya sahaja. Saja nak menikmati panorama Skytree pada waktu malam. Dengan angin sepoi-sepoi bahasa, sangat nyaman.

Susah nak ambik gambar sekeluarga berlatar belakangkan Skytree sebab tinggi sangat. Di tambah pula dengan gelap malam, jadi cahaya tidak mencukupi. Untuk mendapatkan gambar yang cantik, terpaksalah kami semua "pegun" lebih lama.








Bulan Ogos yang lepas kami semua dah ke Tokyo Skytree (entri di sini). 

Sambil-sambil tu bolehlah cuci mata dengan Japanese Cotton:  https://www.facebook.com/Frm.Jpn.With.Love
Jika ada kemusykilan boleh email : noriatisaud@gmail.com

Jumpa lagi.

Saturday, September 21, 2013

Ulangtahun ke-2

Assalamualaikum.

Sedar tak sedar semalam genaplah 2 tahun saya dan anak-anak berada di Jepun. Suami pula datang 3 bulan lebih awal. Terasa asing di bumi orang. Kami semua kena sesuaikan diri dengan persekitaran dan cuaca di sini. Ingat lagi masa mula-mula sampai, Adib masih kecil, baru umur 6 bulan. Bila terkena angin sejuk terus demam dan berhingus berbulan-bulan.

Sepanjang 2 tahun banyak nostalgia suka duka kami di Jepun ni.


Sambil tu bolehlah cuci mata dengan Japanese Cotton: https://www.facebook.com/Frm.Jpn.With.Love?ref=hl
Jika ada sebarang pertanyaan emailkan kepada noriatisaud@gmail.com
Terima kasih


Friday, September 20, 2013

Menarik tentang Jepun dan rakyatnya bhg. 1



Assalamualaikum

Selama 2 tahun berada di bumi Matahari Terbit ini ada beberapa perkara yang menarik perhatian saya tentang negara Jepun dan juga rakyatnya iaitu kita panggil orang Jepun. Saya bukanlah nak membangga-banggakan negara asing, tetapi kagum dan saya rasa perkara-perkara ini boleh juga diaplikasikan di negara kita Malaysia.

Kali ini saya ingin menyentuh satu perkara yang menarik sahaja dan akan menyambung pada entri yang lain pula. Hari ini saya nak berkongsi sedikit maklumat tentang vending machine di Jepun.

VENDING MACHINE

Rasanya semua orang kenal dengan vending machine ni, mesin yang jual macam-macam benda seperti air tin, suratkhabar secara automatik. Kalau ikutkan statistik, Jepun merupakan negara yang mempunyai paling banyak vending machine iaitu 5 juta mesin (secara purata 1 mesin untuk 23 orang rakyatnya). Dan apa yang saya perasan di Tokyo ni, vending machine yang jual air tin ada terdapat pada setiap lebih kurang 500meter. Macam ada undang-undang pula kena ada vending machine setiap 500 meter.

Apa yang menarik, saya belum pernah lagi jumpa vending machine yang rosak atau dirosakkan. Semuanya dalam keadaan yang amat baik dan cantik sekali. Yang "out of service" pun tak pernah jumpa lagi. Kalau ada satu dua jenis air yang habis tu kadang-kadang adalah, tapi tu pun jarang-jarang sangat. Jadi semangat menghargai barangan awam oleh rakyat Jepun memang sangat mengagumkan dan ianya sebenarnya bukannya sukar pun untuk diamalkan di negara kita.

Di bawah ni antara gambar vending machine yang diambil sendiri oleh suami saya. Entah kenapa jadi hobi beliau suka mengambil gambar vending machine. Kalau nak tengok koleksi gambar beliau, bolehlah ke link : https://plus.google.com/u/0/photos/103554633564767325218/albums/5799530946999190321

             Photo    Photo   Photo

             Photo    Photo   Photo

Disamping menggunakan duit syiling dan kertas, kita juga boleh menggunakan smart card (macam touch n go) untuk membeli di mesin ini tetapi mesin yang boleh menggunakan smart card ini adalah terhad. Sentuhkan sahaja kad ditempat yang disediakan di mesin tersebut.
               

Satu lagi yang menarik tentang vending machine di Jepun dalah terdapatnya tong sampah (khusus untuk tin dan botol plastik) ada disediakan berdekatan mesin yang menjual minuman. 

    Photo   Photo   Photo

Dah alang-alang cerita tentang Jepun, silalah cuci mata dengan Japanese cotton di sini pula. Untuk sebarang pertanyaan bolehlah email kepada noriatisaud@gmail.com.

Jumpa lagi

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015