Thursday, September 29, 2016

Tenanglah dirimu di sana

Assalamualaikum

Al-Fatihah.....

* Arwah abe Ki bersama Aryan

Tanggal 26/9/2016 (Isnin) kami sekeluarga telah kehilangan Abe Ki yang telah pergi mengadap Illahi. Abe Ki merupakan abang kedua saya selepas Abe Long. Selepas ayoh meninggal, Abe Ki sekeluargalah yang tinggal dan menjaga Mok.

Selepas seminggu lebih demam yang disangka demam biasa, pada hari Sabtu (24/9/2016) petang Abe Long telah bawa Abe Ki ke Hospital Besar Besut. Setelah berjam-jam berada di bahagian kecemasan, Abe Ki dimasukkan ke wad pada malamnya. 

Kata doktor paru-paru Abe Ki telah dijangkiti kuman. Kencing manis pun ada. Gula dalam darah tinggi. Abe Ki dibekalkan dengan oksigen sebab doktor kata Abe ki lelah sedangkan selama ni Abe Ki tak ada lelah.

 * Kami 8 beradik memang rapat

Esoknya (Ahad), doktor kata Abe Ki dikehendaki dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.  Kata doktor lagi Abe Ki akan dimasukkan ke ICU di sana memandangkan di Hospital Besut tidak mempunyai peralatan yang lengkap.

Petang Ahad Abe Ki dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah dengan ambulan ditemani Abe Long. Sekali lagi Abe Ki berada di bahagian kecemasan berjam-jam sebelum dimasukkan ke ICU pada tengah malam.

Menurut kata Abe Long yang menemani Abe Ki di hospital, kesihatan Abe Ki makin merosot pada pagi Isnin tu. Abe Long mula menelefon semua adik beradik dan anak-anak saudara untuk balik ke kampung.

Kebetulan hari Isnin tu Cik Abang saya berada di Sabah bersama Mak dan Abah melawat Mak Cu (adik mak) disana. Penerbangan balik Cik Abang pada pukul 4 petang Isnin tu.

Saya di rumah dah tak keruan. Keinginan untuk balik tak boleh ditahan-tahan rasanya. Menangis je yang saya mampu sambil berdoa supaya Abe Ki kembali sihat seperti sedia kala.

Walaubagaimanapun pada pukul 11.30 pagi saya mendapat panggilan dari Kak Ma (kakak saya) yang mengatakan Abe Ki telah meninggalkan kami semua pada pukul 11.10 pagi. Rasa nak tercabut jantung ni bila dengar berita tu. Abe Ki pergi terlalu cepat. Kami semua pun tidak menyangka terlalu cepat dia pergi


 * Arwah meninggalkan 7 orang anak

Abe Ki pergi diusia 51 tahun disebabkan jangkitan kuman pada paru-paru yang merebak dengan cepat sehingga ke hati. 

Maka tengahari tu kelam kabutlah saya membeli tiket kapal terbang untuk baik ke kampung. Tidak sempat menunggu Cik Abang dan tidak sempat memberitahu atau mengambil Aiman di asrama. Saya balik bersama Angah, Abang dan Adib saja.

Alhamdulillah sempat sampai ke kampung sebelum Isyak, semasa jenazah sedang dimandikan. Sayu sungguh rasanya sebab 2 minggu lepas baru jumpa. Tak sangka hari tu merupakan hari terakhir saya memeluk  Abe Ki sebelum balik ke Seremban.

Alhamdulillah semua adik-beradik dan anak saudara kecuali Cik Abang sempat "berjumpa" dengan Abe Ki sebelum mukanya ditutup. Kemuadian kami sama-sama menghantar Abe Ki ke pusara. Pusara Abe Ki diletakkan bersebelahan dengan pusara Ayoh..

* Kami akan sentiasa merinduimu..

Kehilanganntya amat dirasai. Abe Ki seorang yang suka menyakat tak kira adik-beradik atau pun anak-anak saudara. Dialah yang sentiasa menceriakan suasana. Setiap ayat yang keluar dari mulutnya memang boleh menggamatkan susasana.

Sampai ke hari ni kami semua masih terkejut dengan kehilangannya tapi kami semua rdha dengan ketentuan Allah. Kami juga bersyukur kerana Abe Ki pergi dengan senang dan tidak menyusahkan semua orang. Segala urusan dipermudahkan oleh Allah. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah.

* Kami 7 beradik pada hari raya tahun lepas. Kak Teh je yang tak ada

Abe Ki, kami semua sentiasa mendoakan agar Abe Ki tenang di sana. Kami semua akan sentiasa megingati Abe Ki. Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah Abe Ki.

*Ihsan google

Wednesday, September 21, 2016

Majlis 2 dalam 1

Assalamualaikum

* Keluarga Kak Long dan Kak Cik

Raya ketiga (14/9/2016) hari tu berlangsung 2 majlis di rumah Mok. Majlis akikah anak Kak Long berserta majlis pertunangan anak buah saya Nurul Asilah, tapi kami semua panggil dia Kak Cik je.

Seperti biasa lah kalau nak kenduri, semua ahli keluarga saya ada peranan masing-masing. Ada yang siang daging, potong bawang sampailah urursan masak memasak. Ini untungnya ahli keluarga ramai :)

 * kerja basuh daging bagi kepada Mus dan Popah

 * tukang beli ais, Arif dan Shauqi

 * Tulang lembu dah siap sedia untuk dimasak

 * Gotong-royong


 * Singgang tulang sekawah

 * Daging goreng "bodo"


 * Sambil menuggu daging masak, best jugak pekena rambutan bawah pokok ni

 * Ramainya tukang susun meja

* Menu yang disediakan : petai celur

 * Daging goreng "bodo"

 * Kacang panjang goreng dengan isi ayam

 * Ikan masin goreng

 * Kek ni Kak Long yang masak. Sedap

 * Hati lembu goreng

 * Singgang tulang

 * Budu dan sambal belacan

 * Alhamdulillah..dah boleh makan


 * Makan simple je. Konsep bufet

 * Bawah pokok ni pun dah penuh

Lepas zohor dan solat hajat, kami sekeluarga bertolak balik ke Serting. Tak sempat nak sama-sama meraikan majlis pertunangan Kak Cik. Bukan apa, kami dah janji dengan Abah dan mak nak balik hari tu. Lagipun dah lama kami berada di Besut. Giliran balik Serting pula.

Di Bawah ni gambar-gambar pertunangan Kak Cik ihsan dari Kak Cik dan Ahlami, tunang Kak Cik. Minta halal ye letakkan gambar di blog ni.

 * Kak Cik dan Ahlami


 * Alhamdulillah..selamat jadi tunangan orang

Semoga kamu berdua selamat diijabkabulkan tahun depan.


Tuesday, September 20, 2016

Qurban 2016

Assalamualaikum

Alhamdulillah tahun ni kami berpeluang menjalani ibadah qurban di Besut. Join sekali dengan Mok.


* Bayar duit qurban kepada tokeh lembu

 * Alhamdulillah ...dah melapah


 * Cik Abang pun tolong siang daging untuk dibahagi

* Bahagian kami

Lepas selesai bahagi-bahagikan daging, kami masak je di rumah Mok dan ajak adik-beradik makan. Alhamdulillah senang sebab adik-beradik tinggal di sekitar tu je. Bolehlah makan-makan sama-sama.


 * Abe Min makan sup tulang penuh pinggan... hehehe

* Adib cicah roti dengan sup

 * Sebab ramai kawan macam ni lah anak-anak saya suka balik Besut 




  Sebelah petang, kami pakat pergi rumah Kak Long pulak. Dah jadi kebiasaan kalau kmi balik kampung, kami akan melawat semua rumah adik-beradik.

 * Ramai sangat anak...sumbat je kat belakang ni

 * Sempat rembat buah mata kucing Kak Long. Manis..

 * Berkelah di gazebo Kak Long je. Gazebo baru

 * Budak-budak ni kena bersalaman sebab bergaduh dan berpecah jadi dua kumpulan

 * Dah berbaik, barulah boleh naik Hilux semua sekali

* Nilah rupa gazebo Kak Long. Ada siapa-siapa yang berkenan tak? RM 7k


Monday, September 19, 2016

Aidil Adha 2016 (12 Sept 2016)

Assalamualaikum

* Selamat Hari Raya Aidil Adha dari kami sekeluarga

Walaupun Raya Haji dah lama berlalu, saya tetap nak kongsi gambar raya kat sini. Tak kisahlah orang nak kata dah basi pun..hehehe. Saja je simpan sebagai kenangan. Bolehlah tengok-tengok bila dah tua-tua nanti

 * Tak ramai yang beraya rumah nenek kali ni

 * Para mak ber"posing" dulu

Selepas solat sunat Aidil Adha, kami 4 dengan 4 buah kereta bergerak ke Gua Musang. Kakak saya yang sulung ada buat kenduri kecil-kecilan. Kenduri akikah untuk cucunya. Tu yang kami semua pakat pergi beraya di sana.

Nak dijadikan cerita, masa kami sampai di sana pada pukul 12 tengahari tu daging belum sampai lagi. Khabarnya ada masalah sikit. Duduk-duduklah dulu berborak sementara daging sampai.

 * Anak-anak generasi akan datang

 * Berborak di beranda sementara menunggu daging

* 3 generasi

Daging sampai sama pulak dengan azan zohor. Kami semua terus ambil peranan masing-masing. Ada yang hiris daging, ada yang cincang tulang, ada yang hidupkan api dan macam-macam lagi. Kami ni keluarga besar. Kalau setakat kenduri kecil je tak payah panggil orang luar untuk tolong masak. Cukup dengan ahli keluarga je. Itu untungnya keluarga besar ni.

 * Hiris daging untuk digoreng dan gulai

* Mencincang tulang

 * Tukang goreng daging

 * Mengacau gulai daging

* Chef lelaki ni sedang masak sup tulang

* Yang ni pula, tukang rasa

 Alhamdulillah..jam 3 petang barulah semua masakan siap. Semua dah kelaparan. Anak-anak keluar masuk ke dapur bertanya bila boleh makan nasi. Kesian sungguh

 * Beratur nak ambil nasi

 * Leganya dapat makan



* Dah kenyang barulah boleh main. Kita tengok siapa yang jadi :)


Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015