Showing posts with label Hari Raya. Show all posts
Showing posts with label Hari Raya. Show all posts

Sunday, June 25, 2017

Warna-warni Aidilfitri 2017

Assalamualaikum

SALAM AIDILFITRI dari kami sekeluarga untuk semua.

Aidilfitri tahun ini kami sekeluarga diselubungi kesedihan apabila kakak saya yang kedua meninggal dunia. Raya pertma ada 2 kepang gambar ni je. 

Lepas solat sunat Aidilfitri kami semua ke rumah Kak, Dalam Rhu



Ni pula suasana Hari Raya kedua. Kami bersiap-siap nak ke rumah anak buah saya yang menagdakan rumah terbuka. Sebelum berangkat, kami bergambar dulu
 Kami 3 beraadik

 Anok nino, Obi

 Obi ni anak Kak Ma
 Mok dengan bunga kesayangannya

 Kami bersama Mok tersayang

 Swafoto dengan anak tengah

Kakak sulung, Along bersama 6 daripada 7 orang anaknya 

 Keluarga ku


Ni je yang ada di rumah Mok  di raya kedua

Tuesday, September 20, 2016

Qurban 2016

Assalamualaikum

Alhamdulillah tahun ni kami berpeluang menjalani ibadah qurban di Besut. Join sekali dengan Mok.


* Bayar duit qurban kepada tokeh lembu

 * Alhamdulillah ...dah melapah


 * Cik Abang pun tolong siang daging untuk dibahagi

* Bahagian kami

Lepas selesai bahagi-bahagikan daging, kami masak je di rumah Mok dan ajak adik-beradik makan. Alhamdulillah senang sebab adik-beradik tinggal di sekitar tu je. Bolehlah makan-makan sama-sama.


 * Abe Min makan sup tulang penuh pinggan... hehehe

* Adib cicah roti dengan sup

 * Sebab ramai kawan macam ni lah anak-anak saya suka balik Besut 




  Sebelah petang, kami pakat pergi rumah Kak Long pulak. Dah jadi kebiasaan kalau kmi balik kampung, kami akan melawat semua rumah adik-beradik.

 * Ramai sangat anak...sumbat je kat belakang ni

 * Sempat rembat buah mata kucing Kak Long. Manis..

 * Berkelah di gazebo Kak Long je. Gazebo baru

 * Budak-budak ni kena bersalaman sebab bergaduh dan berpecah jadi dua kumpulan

 * Dah berbaik, barulah boleh naik Hilux semua sekali

* Nilah rupa gazebo Kak Long. Ada siapa-siapa yang berkenan tak? RM 7k


Monday, September 19, 2016

Aidil Adha 2016 (12 Sept 2016)

Assalamualaikum

* Selamat Hari Raya Aidil Adha dari kami sekeluarga

Walaupun Raya Haji dah lama berlalu, saya tetap nak kongsi gambar raya kat sini. Tak kisahlah orang nak kata dah basi pun..hehehe. Saja je simpan sebagai kenangan. Bolehlah tengok-tengok bila dah tua-tua nanti

 * Tak ramai yang beraya rumah nenek kali ni

 * Para mak ber"posing" dulu

Selepas solat sunat Aidil Adha, kami 4 dengan 4 buah kereta bergerak ke Gua Musang. Kakak saya yang sulung ada buat kenduri kecil-kecilan. Kenduri akikah untuk cucunya. Tu yang kami semua pakat pergi beraya di sana.

Nak dijadikan cerita, masa kami sampai di sana pada pukul 12 tengahari tu daging belum sampai lagi. Khabarnya ada masalah sikit. Duduk-duduklah dulu berborak sementara daging sampai.

 * Anak-anak generasi akan datang

 * Berborak di beranda sementara menunggu daging

* 3 generasi

Daging sampai sama pulak dengan azan zohor. Kami semua terus ambil peranan masing-masing. Ada yang hiris daging, ada yang cincang tulang, ada yang hidupkan api dan macam-macam lagi. Kami ni keluarga besar. Kalau setakat kenduri kecil je tak payah panggil orang luar untuk tolong masak. Cukup dengan ahli keluarga je. Itu untungnya keluarga besar ni.

 * Hiris daging untuk digoreng dan gulai

* Mencincang tulang

 * Tukang goreng daging

 * Mengacau gulai daging

* Chef lelaki ni sedang masak sup tulang

* Yang ni pula, tukang rasa

 Alhamdulillah..jam 3 petang barulah semua masakan siap. Semua dah kelaparan. Anak-anak keluar masuk ke dapur bertanya bila boleh makan nasi. Kesian sungguh

 * Beratur nak ambil nasi

 * Leganya dapat makan



* Dah kenyang barulah boleh main. Kita tengok siapa yang jadi :)


Thursday, July 14, 2016

Aidilfitri 2016

Assalamualaikum



Selamat Hari Raya Aidilfitri. Apa khabar semua? Dah hampir setengah tahun tenggelam, tup-tup keluar dengan gambar raya..hehehe. Walaupun raya kali ni sederhana saja tapi raya tetap raya. Simbol kemenangan kita setelah sebulan berpuasa. 

Raya tahun ni kami tak ada tema baju. Bak kata Cik Abang, tahun ni kami "6 dondon". Baju Cik Abang ulangpakai  baju raya 2 tahun lepas. Dia tak nak baju raya baru. Baju tu masih elok katanya. Baju anak-anak pula memang senang nak cari kalau tak ikut tema ni. Jumpa je saiz yang sesuai terus sambar je. Ibu pula last minute beli. Tak sempat nak jahit baju sendiri. 


Tak banyak cerita yang ingin dikongsikan. Dah lama tak menulis di sini. Kekok sikit. Kami sekeluarga menyambut Aidilfitri di Serting tahun ni. 

 * Bermaafan dengan Mak


 * sessi bermaafan dengan anak-anak

 * Kami sekeluarga di hari raya

 * Dik Ya beraya "berempat" tahun ni....

* Eh! Apahal pulak ni? Ceria di Aidilfitri. Free style..

Pada hari raya kedua kami menziarahi Pak Uda, adik Mak. Tapi sebelum tu bergambar dulu..hehehe




* Kenapa serius sangat muka budak dua orang ni?

Itu je lah cerita hari raya kami. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Ampun dan maaf dipinta andai ada salah dan silap samada sengaja atau tidak. Taqabalallahu minna wa minkum.

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015