Dah lama betul saya tak buat entri resepi di blog ni. Bukan bermakna saya tak masak di rumah. Sekarang ni cuma masak resepi biasa-biasa dan yang senang-senang je. Kadang-kadang masakan yang simple tu yang laku.
Ayam goreng ni saya masak Sabtu lepas. Masa tu saya jemput kawan-kawan makan tengahari di rumah (boleh tengok entri yang lepas di sini). Walaupun resepinya senang tapi ianya sedap dan disukai oleh semua orang. Jom kita tengok resepi.
Resepi ayam goreng serbuk roti
Oleh: Noriati Saud
Bahan-bahan
Ayam boneless - saya menggunakan whole leg boneless
Serbuk roti
Tepung jagung
Telur
Garam
Cara penyediaan
- Perapkan ayam dengan garam lebih kurang 1/2 jam
- Sediakan dalam bekas yang berlainan : tepung jagung, serbuk roti dan telur yang dikocak
- Cucuk-cucuk ayam dengan garfu serta panaskan minyak
- Kemudian salutkan ayam tadi dengan tepung jagung -> masukkan dalam telur -> salutkan dengan serbuk roti.
- Salutkan sebanyak mungkin serbuk roti dengan menekan-nekan ayam di dalam bekas yang ada serbuk roti berulang kali
- Masukkan dalam minyak yang panas. Goreng tenggelam dengan api yang sederhana.
- Goreng sehingga kuning keemasan.
- Potong kecil-kecil secara memanjang.
Ayam goreng ni sedap dimakan panas iaitu sementara masih rangup. Boleh juga dicicah dengan sos. Anak-anak saya suka makan ayam goreng ni sebab rangup. Mungkin anak-anak anda pun suka. Cubalah..
******************************************************
*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love
Sehingga bertemu lagi. Wassalam.

No comments:
Post a Comment