Showing posts with label Hobi. Show all posts
Showing posts with label Hobi. Show all posts

Friday, April 4, 2014

Tutorial: DIY Halfmoon shawl

Assalamualikum

Dah lama teringin nak pakai shawl tapi tak pandai nak belit-belit. Lagi satu macam leceh je nak pakai. Yelah kita tak biasa pakai. Bak kata orang tua-tua "alah bisa tegal biasa". Jika kita hari-hari pakai, jadilah senang. Pakai shawl ni cantik sebab kita boleh gayakan macam-macam fesyen. Tapi kita yang dah tua-tua ni segan pulak nak gayakan pelik-pelik macam anak muda. Kalau halfmoon shawl ni macam pakai tudung bawal atau tudung empatsegi. Lebih mudah. Jadi bolehlah cuba pakai. 

Kain ni dah lama saya beli. 105 yen semeter. Memang niat nak buat shawl tapi baru hari ini shawl tu siap. Rasanya saya beli setahun yang lepas kot, hehehe. Saya pun tak tahu apa jenis kain ni tapi ianya ringan dan nipis memang sesuai untuk shawl. Bercorak paisley. Untuk shawl halmoon ni kita perlukan sekurang-kurangnya 1.5m kain. Kalau nak kecik ke besar  dari tu pun boleh tapi tu saiz biasa macam di kedai.


Mula-mula kita siapkan pola dulu. Pola ni penting supaya memudahkan kita dalam proses memotong. Lebih-lebih lagi bagi kita yang baru nak belajar menjahit. Dapatkan bentuk 1/4 bulatan seperti gambarajah di bawah. Tanda bulatan 3 biji tu maknanya nanti kita perlu letakkan pola tu dengan kain yang berlipat, tidak boleh digunting.


Kain tadi dilipat 2 dan bentangkan. Pinkan pola bersama-sama kain. Gunting kain mengikut pola. Pastikan bahagian yang mempunyai tanda bulatan 3 biji tu tidak digunting.


 Apabila kain siap digunting, beginilah bentuknya. Bentuk huruf "D" atau pun bentuk bulan separuh.


Kemudian bolehlah mula menjahit. Dibahagian lengkung tu, mula-mula saya jahit tepi dan kemudian lipatkan sekali dan jahit. Kita juga boleh pergi hantar ke kedai untuk jahit tepi yang halus dan berwarna tu. Atau juga boleh letak lace ke biku ke. Yelah saya duduk sini manalah ada kedai nak dihantar. Saya rasa kalau anda semua yang jahit shawl kosong (plain) tak sesuai jahit cara saya ni sebab nanti nampak benang jahit tepi tu. Oleh sebab kain saya bercorak penuh maka taklah nampak sangat benag jahit tepi saya ni.


Di bahagian mukapula saya lipat halus 2 kali dan jahit. Yang ni leceh sikit la dan kena jahit perlahan-lahan. Jarum tu saya gunakan untuk memastikan kain yang dilipat tu betul-betul masuk ke dalam lipatan sebelum dijahit.

Sepatutnya kita menggunakan tapak seperti di bawah ni untuk jahit lipatan kecil seperti di bahagian muka tutapi dari dulu smpai sekarang saya masih gagal menggunakannya. Jika tidak, dengan pertolongan tapak mesin ni sekejap je kita boleh siapkan jahitan tu.


Apabila semua bahagian dah dijahit maka siaplah halfmoon kita. Tak sampai sejam pun untuk siapkan sehelai shawl ni. Kalau tahulah betapa mudah dan cepatnya siap, dah lama saya jahit shawl ni :p. Kemudian bolehlah digosok sambil menarik sikit-sikit dibahagian jahitan supaya nampak lebih kemas. Bolehlah menggayakan dengan inner ninja sebab ianya sedikit jarang.


Hehehe..nak jugak tunjuk di sini menggayakan shawl yang baru disiapkan. Minta tolong Amni ambilkan gambar. Jadi apa lagi kawan-kawan, jomlah jahit shawl raya sendiri. Kalau buat shawl panjang tu lagi senang.

Thursday, April 3, 2014

My first quilt ever

Assalamualaikum


Alhamdulillah, seronoknya dapat siapkan satu pactwork quilt hari ni. Hati berbunga-bunga tulip :) seperti bunga tulip ni. Walaupun tidaklah sekemas dan secantik mana tapi akhirnya saya telah berjaya menjahit quilt dan patchwork yang selama ini saya rasa ianya kerja yang susah dan banyak kerja.

Sebenarnya ini merupakan DIY Kit yang saya minta dari mak mertua saya. Dulu masa belajar menjahit di Pusat Jahitan Epal, saya suka tengok orang belajar jahit sarung kusyen ni. Saya pun teringin nak beli tapi tidak dijual sebab kalau kita beli mesin jahit ( tidak semua mesin jahit) dengan Epal barulah kita dapat DIY Kit ni. Kira termasuk dalam pakej mesin jahit.

Kebetulan pulak ada orang menjual mesin jahit terpakai (yang di beli dari Epal) kepada mak mertua saya, dia bagi sekali engan kit ni dan Mak saya tak nak, itu yang saya minta. Sebenarnya dah lama saya ambil dari Mak tapi baru sekarang nak menjahit. Seru baru sampai :p.


Dalam kit ni terdapat langkah demi langkah nak menyiapkan sarung kusyen ni. Jadi taklah susah sangat kita nak pikir nak jahit macamana. Cuma saya rasa kalau belajar dengan guru mungkin lebih cantik dan betul cara menjahitnya. Ini saya jahit cara saya. Hentam sajalah Labu...


Kalau ikutkan kena quilt "gila-gila" (free motion quilting), tapi disebabkan saya tidak ada tapak mesin free motion quilt (kalau ada pun tak pandai guna, hehehe) saya jahit lurus je. Cepat sikit siap. Kemudian bab piping tu tak nak tunjuk dekat-dekat sebab tak menjadi sangat. Masih banyak yang perlu diperbaiki.


Dibahagian belakang ada zip. Menjahit zip ni senang sebab menggunakan zip potong. Jahit je lurus menggunakan tapak zip. Sekejap je dah siap.


Bersama kit tu disertakan sekali tag Epal ni, jadi saya jahit je lah sekali.
Saiz : 45cmx45cm

Seronok rupanya menjahit quilt ni rupanya. Patutlah kalau tengok blog orang putih, mereka suka sangat jahit quilt. Tapi kalau saya yang beginner ni nak jahit quilt yang besar tu tak tahulah berapa lama nak siapkan. Insya Allah akan jahit jugak quilt yang besar satu hari nanti.

******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.

Tuesday, April 1, 2014

Beg Shima

Assalamualaikum

Alhamdulillah hari ni siap jahit 2 biji yang ditempah oleh kawan baik saya masa sekolah dulu, Shima. Sejak saya memulakan perniagaan online ni (menjual Japanese Cotton dan menjahit beg), Shima banyak menyokong saya dengan membeli barang dari saya. Biasalah kita ni kan baru nak berniaga, jadi sokongan dari keluarga dan kawan-kawan tu penting.

Shima menempah sebuah diaper bag dan sebuah tote bag yang boleh beliau bawak ke mana-mana dan boleh membawa telekung solat sekali. Untuk diaper bag, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada saya untuk menentukan fabrik dan design beg. Untuk tote bag pulak beliau mahu dari fabrik denim dan design terpulang kepada saya.

Saiz tote bag
20cm (tinggi) x 41cm (lebar) x 12cm (tapak)

 * Reben kuning sebagai penyeri, boleh dibuka jika tidak memerlukannya ( hanya brooch)

 *Terdapat satu poket besar dibahagian luar

*Satu poket berzip dan 2 poket slip

Saiz diaper bag
25cm (tinggi) x 32cm (lebar) x 12cm (tapak)

 *Fabrik gambar princess sesuai untuk anak perempuan Shima

 *Terdapat 2 poket bergetah di kiri kanan bahagian luar beg

 *Zipper closure

*Di bahagian dalam terdapat 2 poket bergetah dan 1 poket slip

Harap-harap Shima berpuas hati dengan jahitan saya ni. Terima kasih di atas sokongan padu Shima.


******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.

Sunday, March 30, 2014

Baru nak berjinak-jinak

Assalamualaikum


Sungguh gembira rasanya dapat memiliki buku-buku ni. Walaupun belum tahu lagi bila nak mula menjahit ni ( hehehe..itu perkara biasa), sekurang-kurangnya baca dulu dan dapatkan tips-tips. Buku-buku ni saya beli di Craiglist , macam mudah.my la jugak. Di sini semua boleh menjual barang masing-masing. Biasanya barang-barang terpakai. 

Mula-mula tuan punya buku ni menjual 500 yen untuk sebuah buku dan akan ada diskaun jika membeli lebih dari 3 buah. Jadi dia memberi saya 1000 yen untuk 3 buah buku. Kami berjanji untuk berjumpa di Azabu Juban untuk saya membayar dan dia memberi buku tersebut. Apabila kami berjumpa, dia meminta maaf sebab salah satu buku yang saya pilih kawan dia dah ambik. Jadi dia bagi saya buku lain tetapi hanya membayar 700 yen saja. Keseluruhannya saya dapat 5 biji buku untuk 700 yen. Lumayan kan.

In sya Allah kalau saya ada menjahit quilt ni saya akan kongsikan di blog saya. Mudah-mudahan saya lebih rajin dan istiqomah :).


Thursday, March 27, 2014

Plate bunga fabrik

Assalamualaikum


Hari ni bila saya post bunga yo-yo saya yang banyak beserta dengan plate-nya di fb, ramai yang bertanya di mana boleh dapat plate tu. Sebenarnya bukan saja plate untuk bunga yo-yo, ada lagi beberapa jenis bunga yang boleh dibuat dengan plate. Dengan menggunakan plate ni, cara menjahit bunga fabrik lebih mudah dan ringkas.

Di bawah ni saya upload beberapa jenis plate bunga fabrik. Kalau tak silap saya masih ada jenis bunga yang lain di pasaran. In sya Allah jika saya berkesempatan ke kedai, saya update plate apa yang belum ada di sini.

*Bunga yo-yo





Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli plate-plate ni atau terdapat sebarang pertanyaan bolehlah pm atau e-mail saya di noriatisaud@gmail. In sya Allah saya akan pulang ke Malaysia pada 21/5/2014 ni. Saya akan membawa plate anda dengan kargo yang akan sampai pada bulan Jun. Jadi bolehlah tempah sekarang. Terima kasih.


******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.

Wednesday, March 12, 2014

Tutorial: Uncang comel

Assalamualaikum


Hari ni saya telah menyiapkan beberapa buah uncang yang comel ni. Niat dihati nak dihadiahkan kepada cikgu-cikgu Amni minggu depan. Yelah Rabu depan merupakan hari terakhir Amni bersekolah. Bila dah siap banyak saya tengok comel sangat uncang-uncang ni. Jadi saya rasa nak kongsi cara-cara menjahitnya. Lagipun taklah susah sangat nak jahit uncang ni dan boleh hanya menggunakan perca-perca kain saja.

Jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan

2 helai (18 cm x 18 cm ) untuk luar uncang
2 helai (20.2 cm x 18 cm) untuk lining
2 utas  riben (46 cm)


* pola uncang comel saya ( dah comot dah)

1. Mula-mula sekali samakan kain luar dengan lining. Kain lining (saya panggil lining ) memang panjang sikit dari kain luar (saya panggil body). Jadi buat satu garisan di lining yang lebih tu.

2. Mula menjahit lining ke bawah bermula dari garisan tadi dan berakhir juga di garisan itu. Maknanya tinggalkan bahagian atas uncang tidak berjahit sebanyak 2.5 cm

3. Kemuadian jahit pula body. Snip bahagian yang melengkung.

4. Di kain lining pula jahit macam ni di kedua-dua belah

5. Masukkan lining ke dalam body. Linig tidak perlu diterbalikkan.

6. Lipat lining ke garisan yang telah dibuat tadi dan gosok.

7. Lipat lagi sekali lining ke body. Pinkan. Teruskan pin untuk kesluruhan incang supaya senang dijahit nanti


8. Jahit bahagian yang kita pin tadi.

9. Sekarang proses masukkan riben untuk dijadikan taki jerut uncang. Saya menggunakan pin untuk memasukkan riben.

10. Ok dah siap!

 11. Ni pula bila uncang tu dijerut


Di bawah ni saya dah siapkan beberapa uncang lagi. Macam comel je kan kalau dah banyak-banayk macam ni. Suka sangat.
 *macam bunga 

*lapan biji kesemuanya

******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.

Thursday, March 6, 2014

Baju Kurung Pahang

Assalamualaikum


Alhamdulillah, dah siap baju kurung Pahang saya ni. Bukan main lama lagi nak siapkan sepasang baju kurung ni. Macam mana lah kalau nak ambil upah, hehehe. Agaknya berjanggutlah pelanggan nak tunggu baju mereka siap. Saya ambil masa 2 hari nak siapkan sepasang baju kurung ni. Ye lah dah lama tak menjahit baju kurung, terkial-kial jugaklah nak siapkan.

Saya menggunakankain cotton, jadi senang ikit nak uruskan. Kalau guna kain yang licin, mungkin belum siap lagi kot!. Disebabkan dah lama saya tidak menjahit baju kurung, saya terpaksa rujuk balik cara-cara menjahitnya. Saya pun mulalah meng"google" tutorial-tutorial menjahit baju kurung. Adalah beberapa blog /tutuorial yang saya rasa sesuai dan senang faham.



Baju kurung ni tidak ada kekek. Cuma ada pesak saja. Dibahagian dada tu pesaknya dilengkukkan. Jadi bila pakai, ada shape sikit.


Dibahagian hujung lengan tu saya jahitkan beberapa batu (tak nampak sangat dalam gambar tu). Saja nak bagi nampak "merelip" sikit, hehehe. Tunggu 19/3 ni nak pakai ke majlis tamat sekolah Amni. Baju kurung (Malaysia) dengan kain Japanese Cotton dengan bunga-bunga sakura (Jepun). Gabungan 2 negara lah kononnya. Ok ke gitu? 

Untuk membuat pola baju kurung Pahang: entri di sini


******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.


Wednesday, February 26, 2014

Origami

Assalamualaikum


Cantik tak origami ni? Hasil usaha ibu dan Adib pagi tadi. Pagi tadi kami ke Honmura Youchien, menghadirkan diri ke "Kurisu Kurabu" (Kurisu Club) iaitu kelab untuk kanak-kanak 5 tahun ke bawah. Kelab ini diadakan setiap hari Rabu dari pukul 9 - 11.30 pagi. Sepanjang 2 jam setengah ni kanak-kanak bolehlah bermain dengan pelbagai maianan yang disediakan. Disamping itu setiap minggu tu mesti ada satu aktiviti melibatkan kreativiti kanak-kanak. Jadi hari ni, kanak-kanak diajar origami ni. Pssst..sebenarnya ibu-ibu yang lebih-lebih belajar. Anak-anak tak layan pun. 

Origami- gabungan dari perkataan ori (lipat) dan kami (kertas), merupakan satu teknik lipatan kertas yang begitu sinonim dengan negara Jepun. Memang seronok buat origami ni lebih-lebih lagi kalau dapat membuatnya bersama-sama dengan anak-anak.

 *Kertas origami dengan saiz 15cm x 15cm

*Koleksi buku origami anak-anak

Teruja membuat origami pagi tadi, saya rasa ingin berkongsi ilmu ni dengan pembaca semua. Cara membuatnya pun tidak susah. Memang sangat sesuai untuk kanak-kanak. Kita memerlukan 2 helai kertas origami iaitu sehelai bersaiz 15cm x 15cm dan sehelai lagi bersaiz 7.5 cm x 7.5cm (warna hitam)

 1. Sediakan kertas seperti diatas. Kertas kecil hitam tu bahagian belakangnya berwarna putih

 2. Ambil kertas yang besar. Lipat bucu bertemu bucu menjadi segitiga seperti di atas. Buka semula lipatan.

3. Bawa satu bucu ke tengah, iaitu ke bahagian yang ada garisan lipatan tadi

 4. Lipat satu bahagian lagi seperti sebelumnya

 5. Kemudian lipat pula bahagian segitiga di bahagian atas tadi ke dalam

 6. Kemudian lipat pula bahagian yang runcing ke atas, lebih kurang 2/3 segitiga

 7. Akhir sekali, lipat kedua-dua segi tiga kiri dan kanan ke dalam. Haaa..dah siap untuk bahagian badan

 8. Sekarang ambil pula kertas yang berwarna hitam. Cara yang sama juga iaitu lipat dari bucu ke bucu dan buka semula lipatan

 9. Bawa bucu ke grisan di tengah. Ulangi untuk bucu seterusnya

 10. Terbalikkan. Lipat segitiga dibahagian atas ke bawah

 11. Kelepetkan sedikit bucu-bucu yang berwarna putih tu ke belakang

 12. Akhir sekali lipat bahagian hitam yang panjang ke belakang (lebih kurang 1/2) kemudian lipat lagi sekali ke atas. Jaaaang...dah nampak bentuk muka kan. Sekarang bolehlah lukis mata, hidung dan mulut cantik-cantik

 13. Dah siap badan dan kepala origami kita

14. Bolehlah dicantumkan kepala dengan badan menggunakan gam.


Selamat mencuba bersama anak-anak

******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015