Wednesday, July 23, 2014

Resepi ramadhan: popia

Assalamualaikum


Popia ni saya masak untuk berbuka minggu lepas. Maaflah sebab baru nak update hari ni. Di rumah ni hanya saya dan cik Abang je yang makan popia. Apa tak nya, dah popia ni intinya sayur, manalah budak-budak ni nak makan. Jadi pada hari tu saya buat sikit jelah. Cukuplah untuk 2 orang makan. Tapi kalau nak buat banyak dan simpan dalam peti ais pun boleh. Kiranya popia segeralah tu..

Resepi ni saya dapat dari kakak ipar saya. Kak Long memang suka buat popia ni. Dia akan buat banyak-banyak dan simpan dalam peti ais. Petang-petang bila lapar, dia akan keluarkan dan goreng untuk keluarganya. Kalau kita bertandang rumah dia, ada je makanan yang dihidang. Popia, donut, keropok lekor lah..Kak Long memang suka buat makanan frozen ni, senang kata dia kalau ada tetamu mengejut datang ke rumah. Semuanya dah siap, tunggu untuk goreng je.

Resepi ni senang je dan bahan-bahannya pun tak banyak. Jom kita tengok resepi.

Resepi popia

Bahan-bahan
Kulit popia
Kobis - dihiris halus
Lobak merah-dihiris hakus
1 biji telur
Daging ayam - dicincang
bawang merah - ditumbuk
bawang putih - ditumbuk
Garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih. Masukkan isi ayam
  2. Masak segingga kering air dan sedikit garing.
  3. Dalam mangkuk lain, satukan kois, lobak merah, garam dan telur.
  4. Kacau biar sebati kemudian masukkan daging ayam yang dimasak tadi.
  5. Gaul lagi dan inti popi dah siap.
  6. Ceduk sesudu inti popia ke atas kulit popia dan gulung. Lekatkan dengan campuran air dan sedikit tepung gandum
  7. Ulang sehingga inti habis
  8. Kemudian bolehlah digoreng garing


 *Inti popia dah siap

 *Proses menggulung

 * Dah siap beberapa ketul popia

*Cicah dengan sos cili thai campur sedikit air


Tuesday, July 22, 2014

Sakit mata berjemaah

Assalamualaikum


Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan untuk menghirup udara segar dan juga masih diberi nikmat berpuasa. Sedang kita seronok menjalani ibadah puasa, negara kita sekali lagi dikejutkan dengan tragedi yang manyayat hati. Sekali lagi MAS diuji. Khamis lepas (17 Julai 2014) telah ditempak jatuh di Ukraine. 298 orang penumpang termasuk krew penerbangan terkorban. Allahu Akbar. Semoga keluarga mangsa tabah melaui semua dugaan Allah ni. Al-Fatihah.

Sebenarnya kami sekeluarga juga menerima ujian Allah minggu lepas. Bermula dengan Amni yang bermata merah bila balik dari sekolah hari Selasa. Saya dah syak ni mesti sakit mata. Pada sebelah malam kedua-dua belah mata Amni dah merah. Rabu pagi selepas hantar Akmal dan Aiman ke sekolah, saya bawa Amni ke klinik kesihatan. Suami pun ikut sebab kebetulan kena gout hari tu. Jadi dua oranglah MC. Amni dapat cuti sampai hari Jumaat.

Balik dari sekolah hari Rabu, Mata Akmal pulak yang merah tapi masih tak mengaku dia sakit mata. Petang tu dia demam tapi bila ditanya nak berbuka ke tidak, dia tak nak. Masih nak berpuasa juga. Malam pulak giliran Adib pulak. Bila nak titik ubat dalam mata, mulalah dia lari keliling rumah.

Hari Khamis Aiman sorang je ke sekolah. Saya pulak ke klinik bawak Akmal, ambik MC. Doktor nasihat supaya jangan pergi ke tempat yang ramai orang. Nanti akan menyebabkan sakit mata ni berjangkit dengan ramai orang. Bila ambik Aiman dari sekolah, Aiman mengadu matanya dah pedih-pedih. Hmmm...mata Aiman dah mula merah.

Lepas tu suami pulak telefon yang dia nak pergi klinik sebab matanya gatal-gatal. Jadi tinggal saya sorang lagi yang ada tanda-tanda sakit mata ni. Minta-mintalah saya tak dijangkiti. Tapi belum sampai malam lagi mata saya dah mula merah dan cik Abang saya pun dapat MC hari ni. Dapat balik awal. Maka lengkaplah satu keluarga kami ni kena sakit mata.

*Koleksi ubat sakit mata

Hari Jumaat semua orang tak pergi sekolah dah kerja. Semua mata merah dan bengkak. Dan yang paling teruk kena adalah saya. Hari tu sampai tak boleh nak buka mata. Mata bengkak macam kena gigit serangga beserta dengan demam. Lain benar sakit mata kali ni. Biasanya kalau sakit mata, mata akan merah dan banyak tahi mata tapi kali ni mata merah dan bengkak sembab. Mata pula kabur dan pedih.

Hari Sabtu tu ingatkan nak berbuka puasa dengan adik-adik ipar di rumah, tapi tak kesampaian sebab mata masih sakit. Nanti berjangkit pulak dengan mereka semua. Sampai ke hari ni mata saya masih belum baik sepenuhnya. Alhamdulillah anak-anak dah pergi sekolah semalam dan cik abang pun mula kerja hari ni. Minta-mintalah mata ni baik sebelum balik raya Sabtu ni. Yelah takut berjangkit dengan orang lain pula.



Thursday, July 10, 2014

EPSON Shinagawa Aqua Stadium

Assalamualaikum

Masih lagi cerita masa kami di Shinagawa Prince Hotel. Abah suruh ibu bawa anak-anak ke akuarium ni masa abah pergi kerja. Abah risau kalau ibu dan anak-anak bosan terperap je dalam bilik. Ibu pun beranilah bawak anak-anak ke akuarium ni sebab masih dalam bangunan yang sama dengan hotel tu iaitu di Annex Tower. Alhamdulillah anak-anak gembira melihat ikan-ikan dan yang paling mereka suka ialah dolphin show.












* dolphin yang bijak











* kemudian show anjing laut pulak












* penguin pun ada

* ketam yang tak bergerak-gerak


Wednesday, July 9, 2014

Bowling Time!

Assalamualaikum

Entri kali ni sebenarnya entri tertangguh yang baru nak publish. Ini masa kami berada di Shinagawa Prince Hotel, sebelum kami balik ke Malaysia Mei lepas.

Pusat bowling ni terdapat di Annex Tower ( 1st dan 2nd floor). Disebabkan masih dalam bangunan hotel, jadi Isnin malam lepas Abah balik dari kerja, kami semua pergi main bowling. Saja nak bagi anak-anak happy setelah seharian berada di dalam bilik hotel je. Walaupun main 2 game je tapi kami semua enjoy.

Tak ada apa nak cerita, "biar foto berbicara"..hehehe

























Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015