Showing posts with label diari. Show all posts
Showing posts with label diari. Show all posts

Wednesday, February 25, 2015

Cuti Raya Cina

Assalamualaikum

Sempena cuti Tahun Baru Cina yang lepas kami sekeluarga balik ke Terengganu lagi. Kali ni saya bawa sekali Mak dan Abah (mertua) balik kampung. Inilah kali kedua Mak dan Abah sampai ke rumah saya di Terengganu sejak saya dan Cik Abang berkahwin 13 tahun lepas. Mak dan Abah setuju untuk mengikut kami selepas saya memujuk dan mengatakan yang keluarga saya di kampung ingin berkenalan dengan lebih rapat lagi dengan mereka. 

Alhamdulillah, walaupun kami hanya balik 4 hari termasuk 2 hari pergi-balik, percutiaan ini betul-betul bermakna. Mak dan Abah pun nampaknya berpuas hati walaupun mereka berdua penat. Yelah perjalanan saja memakan masa hampir 7 jam. Lainlah kami yang dah biasa berjalan jauh.

* Bawak bekal rendang ayam kampung dan ayam goreng

* Nasi bungkus dengan daun pisang untuk menambah aroma

* Kami berhenti rehat di R&R Paka, LPT2 untuk makan tengahari dan solat zohor

Keesokan harinya ( Khamis, 19/2/2015), seperti biasa kami melawat ke rumah adik-beradik yang tinggal di sekitar. Mula-mula rumah Yoh yang terletak di Seberang Jerteh. Yoh buka kedai baiki kereta manakala Kak La (isteri Yoh) pula buka kedai makan yang menjual pelbagai jenis nasi utnuk sarapan.



Lepas tu ke Dalam Rhu, Pasir Puteh pula. melawat kilang keropok Abang Mie dan Kak. Sempatlah Abah dan Mak mempelajari dan mengetahui cara-cara membuat keropok kering. Seronok sungguh Abah mempelajari ilmu baru.




Tengahari tu terus ke Lubuk Kawah, Jerteh pula untuk menghadiri kenduri. Rumah mertua Abang Ki. Jadi dapat makan free hari ni. Abah begitu berselera  dapat makan gulai tempoyak ikan patin. Juga dapat pengetahuan baru yang orang Pantai Timur hanya akan menggulai daging lembu tempatan yang fresh saja semasa kenduri. Lain pula di Negeri Sembilan yang kebiasaannya menggulai daging lembu import.



Sesudah merehatkan badan seketika di rumah, ajak Mak dan Abah ke Pantai Bisikian Bayu. Ambik angin petang. Tenang dan damai sambil tengok cucu-cucu bermain pasir.




Salah satu tempat Mak nak pergi di Terengganu adalah Pasar Payang. Jadi, hari Jumaat tu selepas titipkan Aiman, Akmal dan Amni dirumah Abang Long, kami bertolak ke Pasar Payang. Memang ramai orang sebab cuti sekolah dan cuti umum. Disebabkan semangat nak shopping tu tinggi, kami teuskan jugalah walaupun orang ramai.

 * Beli sepasang sutera crepe yang Sherry kirim

* Rambang mata jugak ditambah pula kain-kain yang "bling-bling"

 *Cantik-cantik belaka

 * acara memilih kain pasang corak pelikat. Sambar juga sepasang seorang :)

 * Sementara menunggu orang perempuan shopping, orang lelaki makan roti canai

* Atuk tak larat menunggu lama orang perempuan shopping

* Beli makanan ringan untuk cucu-cucu


* Ke Masjid Kristal untuk solat zohor

Dalam perjalanan balik ke Besut, singgah sebentar di Pantai Penarik. Pekena sotong dan ikan celup tepung. Rupa-rupanya tak ada nasi putih di sini. Hanya ada mee goreng dan bihun goreng. Kemudian aneka makanan laut celup tepung. Ada juga keropok lekor dan juga cucur udang.



Tamatlah aktiviti kami sekeluarga bersama Mak dan Abah di Terengganu. Hari Sabtu kami bertolak balik ke Serting. Bermalam di rumah Mak dan Abah dan meneruskan perjalanan ke Seremban pada pagi Ahad untuk mengelakkan kesesakan lalulintas.



Monday, February 9, 2015

Rutin Ibu

Assalamualaikum

Sudah lebih 2 minggu tak update blog. Semakin terabai blog ni. Kadang-kadang tu rasa nak sangat update blog tapi idea menulis tu tak datang. Tak macam masa mula-mula berblog dulu. Macam-macam nak cerita. Di samping kesibukan sehari-hari, sifat "M" tu pun mempengaruhi jugak. Hari ni gagahkan juga menulis memandangkan tempahan jahitan dah tak banyak. Boleh berantai-santai sikit.

Macam biasalah seorang isteri dan ibu memang sibuk. Baik yang bekerja ataupun surirumah. Bangun pagi hinggalah waktu malam sentiasa sibuk. Ada saja kerja yang nak kena buat. Lebih-lebih lagi bagi ibu yang ada anak kecil. Lagi tak menang tangan. Alhamdulillah anak-anak saya dah besar. Jadi taklah kelam-kabut sangat.

Hari ni saya nak cerita rutin saya yang boleh dikatakan sibuk juga. Saya bangun pagi taklah awal sangat. Dalam pukul 6 pagi bangun dan solat subuh berjemaah dengan suami. Kemudian sediakan sarapan untuk anak-anak ke sekolah. Biasanya saya hanya menyediakan sarapan yang senang je sebab anak-anak kurang berselera makan pagi. Bekal pula mereka tak nak bawak. nak membeli di kantin punya pasal. Anak-anak ke sekolah dengan Abah mereka. Jadi Ibu taklah "gaduh" nak hantar.

Ibu di rumah berdua dengan Adib. Ibu menjahit sementara Adib menonton tv je. Bila dia bosan, dia cari Ibu. Peluk cium dia, kadang-kadang bergolek-golek sekejap dengan dia. Ibu sambung balik menjahit. Tengahari baru masuk dapur. Masak untuk makan tengahari. Pukul 2 petang keluar ke sekolah membawa nasi kepada Amni dan Akmal yang ada KAFA pukul 2.30 nanti. Aiman pula ada kelas tambahan, persediaan UPSR tahun ni.


Balik rumah, sempatlah sambung menjahit sekejap. Pukul 3.30 keluar lagi ke sekolah ambil Aiman. Belum pun panas enjin mesin jahit, Ibu kena keluar lagi ke sekolah ambil Amni dan Akmal pula pukul 5 petang. Begitulah hari-hari rutin Ibu sebagai "driver". Keluar masuk keluar masuk. Tapi Ibu puas hati sebab anak-anak Ibu ada depan mata. Terjamin keselamatan dan masa sampai ke rumah. Ingat dulu masa Aiman dan akmal ke sekolah dengan van, ibu sentiasa tertunggu-tunggu depan pintu. tunggu anak balik sekolah. Sampai rumah anak dah letih. Kadang-kadang sampai teridur dalam van sekolah.

Lepas makan malam, barulah boleh rehat sikit. Menonton tv dengan Cik Abang sambil melipat kain. Walaupun kata berehat tapi tangan masih bergerak melipat kain. Melipat kain ni bukanlah rutin harian Ibu. Kadang-kadang 2 hari sekali. Tak pun 3 hari sekali selepas mata dah tak sanggup tengok kain dalam bakul melimpah ruah.

Itulah serba sedikit cerita rutin seharian saya yang kononnya boleh dijadikan alasan kenapa selalu lambat dan tak update blog..hahaha

Diharapkan masih ada yang sudi membaca blog saya :-)




Friday, August 8, 2014

Aidilfitri 2014: beraya di Besut

Assalamualaikum

Alhamdulillah raya tahun ni cuti panjang sikit. Biasanya kalau giliran kami beraya di Serting, kami tak ada kesempatan nak balik beraya di Besut. Tahun ni Cik Abang dan anak-anak cuti seminggu, dapatlah balik Besut dua tiga hari. Raya ke 3 (Rabu) pagi kami bertolah ke Besut. Alhamdulillah perjalanan lancar walaupun banyak kenderaan di jalanraya. 

Hari Khamis bermulalah mengahadiri kenduri-kendara di rumah saudara mara. Dapat makan free...hehehe.
Kenduri pertama: makan-makan sempena naik rumah baru sepupu saya








Kenduri kedua: kenduri kahwin anak kepada 2 pupu (kot...terlupa apa hubungan) saya.







Hari Jumaat barulah boleh menziarahi rumah adik-beradik. Makan-makan di rumah mereka sambil masak bersama-sama boleh mengeratkan hubungan. Alhamdulillah adik-beradik saya tinggal berdekatan je, jadi senanglah boleh ziarah dalam satu atau dua hari je.

Makan pagi di Alor Lintah - rumah Abang Long (tak ada gambar)
Makan tengahari di Kg Bahagia - rumah Kak Ma






Makan petang di Dalan Rhu - rumah Zira (anak saudara) dan rumah Kak







Makan malam di Kg Kubang Bemban - rumah Mok bersama-sama adik-beradik, ramai-ramai



Hari Sabtu dah kena balik semula ke Seremban. Kali ni kami bawa mok sekali balik ke Seremban. Kami singgah dulu Serting dan bermalam di situ sebelum meneruskan perjalanan ke Seremban pada hari Ahad. Sabtu malam tu di Serting, kami buat BBQ.






Itulah serba sedikit cerita kami sekeluarga beraya di 2 kampung halaman pada tahun ini. Memang seronok. Setelah 2 tahun beraya diperantauan, tahun ni pula boleh beraya di 2 negeri. Alhamdulillah.



Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015