Tuesday, December 31, 2013

Tutorial: Membuat bunga yo yo

Assalamualaikum

Pernah dengar dan kenal bunga yo yo? Saya mula kenal bunga yo yo semasa belajar di Pusat Jahitan Epal tetapi tidak sempat belajar membuatnya. Hari ini saya ingin kongsikan cara-cara membuat bunga yo yo dengan bantuan acuan bunga yo yo yang saya baru beli baru-baru ini. Seronok pula membuatnya dan bila dah banyak siap, nampak cantik dan menarik pula.


Bahan-bahan yang diperlukan ialah kain perca, saya gunakan perca dari kain cotton, jarum jahit tangan, gunting dan benang serta acuan bunga yo yo.


1. Letakkan perca kain dalam acuan. Pastikan sebelah luar kain (bunga luar) berada di bahagian bawah.


2. Gunting lebihan kain


3. Jahit mengikut arahan yang tertera di manual yang disediakan. Jahit seperti jahit jelujur sahaja.

                               *Bahagian belakang

                                          *Bahagian depan

4. Apabila telah siap dijahit, keluarkan perca dari acuan



5. Tarik benang perlahan-lahan sehingga bunga yo yo terbentuk


6. Matikan jahitan supaya jahitan tadi kemas dan tidak terbuka


7. Ok, dah siap bunga yo yo



Di bawah ini saya telah membuat beberapa kuntum bunga yo yo lagi. 


Bunga yo yo ini boleh digunakan untuk menyerikan beg, baju, penyepit rambut, perhiasan rumah dan macam-macam lagi. Ia juga boleh dibuat secara manual. Boleh rujuk di sini. Selamat mencuba

                                  
                                          *Ihsan goggle


******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love



Monday, December 30, 2013

Pengalaman bermain ski

Assalamualaikum


23-25 Dis 2013 kami sekeluarga ke Echigo Yuzawa lagi sekali untuk bercuti. Seperti yang telah saya ceritakan di entri yang lepas, kali ini kami menginap di Yuzawa Park Hotel yang mana terdapat kemudahan bermain ski.

Dari rumah kami ke Stesen keretapi Tokyo untuk bertolak ke Echigo Yuzawa dengan menaiki shinkansen pada pukul 8.50 pagi. Perjalanan memakan masa lebih kurang 1 jam setengah. Dari stesen Echigo Yuzawa kami menaiki bas lebih kurang 10 minit ke hotel. Oleh sebab check in hotel pada pukul 3 petang, kami bersiap tukar baju untuk bermain salji dulu. Suami, Aiman dan Akmal pula bersiap untuk ski. Saya pula hanya melayan Amni dan Adib bermain-main dengan salji.

Ternyata bermain ski bukan perkara yang senang. Dengan kasut yang keras dan berat, mereka selalu jatuh sebab tidak biasa dan tidak pandai untuk mengimbangkan diri. Aiman pula hampir putus asa kerana asyik terjatuh. Walaubagaimanapun setelah lama berlatih, akhirnya mereka dapat mengawal pergerakan badan. Hasilnya mereka dapat meluncur dan hanya sekali sekala saja jatuh.








Amni dan Adib pula main snow fight dan juga berguling-guling di atas salji. Yelah orang tak pernah jumpa  salji. Bila sudah penat meluncur Akmal dan Aiman menyertai adik-adik pula.













Alhamdulillah cuaca hari ini sangat baik. Tidaklah sejuk sangat. Anak-anak puas bermain salji. Pukul 3.30 petng kami naik ke bilik. Masing-masing sudah lapar. Saya ada membawa bekal onigiri salmon (resepi di sini) dan juga roti sandwic tuna. Sekejap saja dah kosong bekas. Bolehlah alas perut sementara menunggu makan malam pada pukul 6 petang nanti.



                                        *Sempat lagi bergambar diluar selepas makan malam..sejuk!!

Hari kedua, salji turun dengan lebat. Suhu sangat sejuk. Pada mulanya saya berniat nak mencuba ski pula hari ini. Tetapi memandangkan salji turun dengan lebat dan permukaan tempat bermain ski diliputi salji tebal. Jadi tidak dapat meluncur dengan lancar. Pada hari ini kami semua tidak dapat meluncur ski.

Kami mengambil keputusan untuk membuat orang salji. Sangat seronok membuat orang salji dengan menggolek-golekkan salji untuk mendapatkan bentuk bulat. Sekejap saja sudah mendapat satu bebola yang besar.

                                 *Orang salji yang pertama

                                            *Orang salji yang kedua


Hari yang ketiga, selepas sarapan dan berkemas kami check out pada pukul 10 pagi. Hari ini cuaca cerah. Sangat sesuai untuk berski. Aiman sedikit kecewa kerana hari terakhir kami di sini, cuaca cerah pula. "Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan", kata saya kepada Aiman. Aiman masih ada satu peluang lagi untuk berski bulan Februari depan. MST ski trip, selama 3 hari 2 malam. In syaa Allah dengan pengalaman berski di sini, Aiman dapat meluncur dengan baik bersama-sama dengan kawan-kawan nanti.




Alhamdulillah percutian yang seronok dan berbaloi.


******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love


Sunday, December 29, 2013

Yuzawa Park Hotel

Assalamualaikum

Sudah seminggu blog ini saya tinggalkan. Mohon maaf kepada semua pembaca blog ini. Sekembalinya kami dari bercuti, macam-macam kerja harus diselesaikan. Membasuh baju yang menimbun, mengemas dan keluar membeli barang-barang keperluan rumah. Alhamdulillah hari ini baru sempat kemaskini blog kesayangan ini.

Selama 3 hari 2 malam kami ke Echigo Yuzawa lagi sekali untuk bercuti musim sejuk. Kali ini suami memilih Yuzawa Park Hotel sebagai tempat penginapan kami sekeluarga. Kenapa kami memilih Yuzawa Park Hotel dan Echigo Yuzawa? Suami saya telah membuat survey  beberapa tempat dan hotel, dan  mendapati Yuzawa Park Hotel di Echigo Yuzawa yang paling murah. Tambahan pula di hotel ini ada kemudahan bermain ski.


Suami saya telah mendapatkan pakej pelancongan ini dari syarikat keretapi Jepun iaitu  East JR Company's travel. Pakej ini meliputi tiket shinkansen pergi dan balik dari stesen Tokyo ke stesen Echigo Yuzawa, penginapan 3 hari 2 malam beserta makan malam dan sarapan pagi dan juga kupon untuk bermain ski. Kupon-kupon itu boleh ditukarkan untuk menyewa pakaian dan alatan ski, untuk dapatkan satu tempat untuk meluncur dan juga tiket-tiket untuk naik lif menuju ke tempat tinggi (untuk bermain ski). Semua pakej berharga 86000 yen iaitu bersamaan dengan RM 2580. Harga ini jauh lebih murah dan berbaloi berbanding dengan tanpa pakej. 

Lobi hotel juga luas dan banyak sofa disediakan.

                                          *front desk


                                          * restoran

                               * pendiang /pemanas


                                          *mesin air panas dan sejuk (berapa banyak duit abah yang habis di sini)

                                         *kedai serbaneka dan omiyage (cenderahati)

                                         *Tempat menyewa pakaian dan peralatan ski dan snowboard

Jika anda ke hotel ini dan tidak berniat untuk bermain ski dan snowboard, anda haruslah membawa boot salji sendiri kerana di sini hanya menyediakan boot ski dan snowboard sahaja. Suami saya terpaksa mencari boot salji untuk saya di beberapa buah kedai sewa di sekitar hotel. Nasib baik dapat sepasang. 

Makanan yang disediakan juga sedap dan pelbagai. Menu yang disediakan juga sentiasa ditukar, maknanya menu makan malam ini tidak sama dengan menu semalam. Begitu juga dengan menu sarapan. Anak-anak juga enjoy makan.




Bilik yang luas dan selesa amat sesuai jika mempunyai kelurga yang besar seperti saya. Terdapat 2 katil bujang dan juga 4 tilam dan futon. Tingkap pula mengadap kawasan ski. Seronok menikmati keindahan alam yang serba putih. SubhaanAllah. Kagum dan insaf dengan kejadian Allah.




                                         *Pemandangan dari tingkap bilik

Secara keseluruhannya kami berpuas hati dengan hotel ini. Alhamdulillah percutian kali ini berjalan lancar dan semua orang gembira. Kami beri 4 1/2 bintang ( dari 5 bintang).


******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love


Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015