Tuesday, May 27, 2014

Selamat tiba di Malaysia

Assalamualaikum

Alhamdulillah syukur kepada Allah Ta'ala kami sekeluarga telah selamat sampai ke tanahair pada petang 21 Mei 2014 yang lepas. Kami terbang dari Tokyo pada 10.30 pagi pada hari yang sama. Penerbangan memakan masa lebih kurang 7 jam dan alhamdulillah semua anak-anak termasuk Adib tidak memberi sebarang masalah kepada ibu dan abah.








Setibanya kami di KLIA, terus ambil Airport Limo ke homestay di Seremban 2 memandangkan barang-barang kami belum sampai ke rumah. Kami akan menginap di Homestay Nilam tu sehingga barang-barang kami sampai.

Sebelum tu saya nak minta maaf kerana sekarang ni susah sangat nak update blog sebab saya belum ada internet yang membolehkan saya berblog seperti sebelum ni. Tambahan lagi saya dan suami sibuk menguruskan proses kemasukan anak-anak ke sekolah dan juga membersihkan rumah kami yang sudah setahun ditinggalkan.

Baru hari ni berkesempatan untuk update blog. Semoga masih ada yang sudi membaca blog saya ni. In sya Allah saya akan mencari ruang dan masa untuk terus menulis.



Wednesday, May 21, 2014

Shinagawa Prince Hotel

Assalamualaikum

* Permata Hatiku di depan hotel

Selepas keluar dari Pine Crest Court, kami bertapa di Prince Hotel, Shinagawa sebelum balik ke Malaysia hari Rabu (21/5/2014). Hotel ni dipilih sebab dekat dengan tempat kerja En. Suami. Tak payah lagi pergi kerja dengan train, jalan kaki saja. Suami kena kerja Isnin dan Selasa. Kemudian hari Rabu baru kami balik Malaysia.

Di hotel kami ambik 2 bilik. Satu bilik dengan 2 katil single dan satu lagi dengn 3 katil. Walaupun ambik 2 bilik tapi siang-siang saya memang duduk je bersama-sama dengan budak-budak ni. Malam je saya tidur sebilik dengan Amni dan Adib manakala Aiman dan Akmal dengan abah mereka di dalam bilik 3 katil. Memang ngam-ngam je.




* gambar-gambar di atas ni, bilik 3 katil






* yang atas ni pula biik dengan 2 katil



* bilik air yang bersih dan selesa

Bilik kami di tingkat 24. Dapat melihat keindahan bandar Shinagawa. Shinagawa ni bandar yang menempatkan syarikat-syarikat besar Jepun. Dari hotel ni saja dapat dilihat beberapa bangunan seperti SONY, Micrisoft, Mitsubishi, Canon dan Kenwood.

Di bawah pula akan keihatan keretapi lalu kerana berdekatan dengan stesen keretapi Shinagawa (Shinagawa Eki).  Stesen ni antara stesen yang tersibuk di Tokyo.

* pemandangan dari tingkat 24

* landasan keretapi


* Shinagawa pada waktu malam

Sepanjang 2 hari di hotel ni kami melepak je dalam bilik. Anak-anak main wii dan minecraft je lah. Yelah suami saya bekerja dan di Shinagawa ni bukan ada tempat yang menarik. Lagipun malas pula nak bawak anak berjalan berbondong-bondong. Jadi aktiviti harian ialah main game --> makan tengahari --> main game balik.




Nasib baik hari Isnin malam abah rajin melayan kami semua bermain bowling dan hari Selasa selepas makan tengahari saya pula bawa anak-anak ke aquarium. Semua tu pun dalam bangunan hotel tu je..hehehe. Kalau jauh tak pergi jugak. Main jelah game dalam bilik. Nanti saya ceritakan lain entri lah pasal bowling dan aquarium ni.


Tuesday, May 20, 2014

#303, Pine Crest Court 1st

Assalamualaikum


Post entri hari ni masih berkisar tentang rumah kami..sebenarnya bekas rumah yang kami diami di Tokyo. Sebelum kami anak beranak datang ke sini 3 tahun lepas, suami terlebih dulu datang ke Tokyo ni dan diberi pilihan untuk memilih beberapa buah rumah. Dipendekkan cerita Pine Crest Court ni  dipilih kerana ianya berdekatan dengan sekolah. Aiman dan Akmal hanya mengambil masa 5 minit jalan kaki saja ke sekolah. Begitu juga dengan sekolah tadika Amni.

Di samping tu banyak juga ciri-ciri lain seperti besar, selesa dan yang penting ia mempunyai ciri-ciri keselamatan jika terjadinya gempa bumi. Apartmen 3 tingkat dengan 7 buah rumah yang kebanyakannya didiami oleh warga asing.

Kami tinggal ditingkat 3. Tingkat 3 mempunyai  3 buah rumah dan rumah kami mengadap jalan. Rumah ni mempunyai 2 bilik tidur, satu bilik air, satu tandas, satu living room dan dining room.



* Pintu masuk bangunan


Ada lagi satu pintu. Nak masuk pintu ni kena ada kunci. Kalau tak kena tekan nombor rumah yang kita nak pergi, kemudian tuan rumah yang akan bukakan pintu ni dari dalam rumah. Alhamdulillah setakat kami berada di rumah tu tak ada apa-apa yang tak baik berlaku. Kami pun biasa tinggalkan anak-anak di rumah jika kami keluar dekat-dekat.

* Pintu dah terbuka, sila masuk

* ada lif

* dah sampai rumah kami, #303








* washlet

* bilik mandi

*laundry room


Ini pulak intercom merangkap kunci yang membolehkan pintu masuk ditingkat bawah tadi dibuka. Monitor di atas tu untuk melihat siapa yang datang dan barulah pintu boleh dibuka. Jika orang yang tidak dikenali atau kita tak nak orang tersebut masuk, so abaikan saja.

Gambar-gambar di bawah ni ialah barang-barang elektrik built-in yang telah sedia ada di rumah ni. Jadi tak perlullah kmi membeli semua ni. Kalau tak jenuh jugak nak bawak balik atau pun nak kena jual.

* dishwasher

* oven

* dryer pakaian

* front loading washing machine

* microwave

* peti ais

Selepas semua barang dikeluarkan Ahad lepas, rumah tu lengang je. Terasalah luasnya. Budak-budak ni siap main bola lagi. 

 * bilik anak-anak yang sebenarnya master bedroom

 * bilik ibu dan abah

 * dining room

 * living room


 * dapur



* walk-in closet

Alhamduillah, bersyukur sangat dengan rezeki yang telah Allah berikan kepada kami sekeluarga. Di sini kami dapat duduk di rumah besar, kawasan mewah dan anak-anak dapat belajar di sekolah antarabangsa. Semuanya di"pinjam"kan sementara kepada kami di Jepun ni. TERIMA KASIH ALLAH.

Kami akan meneruskan kehidupan kami seperti dulu di Malaysia. Menetap di Seremban 2, di rumah kecil kami. Insya Allah selagi kami dapat hidup bersama-sama sekeluarga, dekat dengan ahli keluarga masing-masing, tidak kisahlah rumah besar atau rumah kecil, kami bersyukur dan bahagia.





Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015