Tuesday, September 1, 2015

Pengalaman Menyertai Fesyen Show

Assalamualaikum

30 Ogos hari tu Akademi Jahitan Yong Mei, tempat saya belajar jahit tu mengadakan pertunjukan fesyen di Palm Mall Seremban. Jadi semua pelajar dikehendaki design dan jahit sendiri baju yang akan diperaga semasa pertunjukan tu. Setiap orang dikehendaki menyediakan sekurang-kurangnya 3 pasang baju.

Tujuan pertunjukan ni dibuat adalah untuk memperkenalkan Akademi Jahitan Yong Mei kepada orang ramai serta pakej-pakej jahitan yang disediakan. Disamping tu juga untuk mempersembahkan hasil jahitan pelajar-pelajar kepada orang ramai.

Pertunjukan bermula pukul 6 petang dengan persembahan tarian oleh adik Wong Jia Hui. Pandai betul adik ni menari latin. Terpukau mata orang ramai tengok dia menari.


Pertunjukan fesyen dimulakan dengan pakaian pengantin Melayu. Tak semua pakaian saya masukkan gambar di sini. Sebabnya ada gambar yang tak menjadi. Banyak sangat kepala di depan pentas. Jadi susah Cik Abang saya nak ambil gambar yang cantik. Lagi satu tak cukup cahaya, jadi banyak gambar yang gelap dan bergegar.



 * Comel budak-budak ni. Pandai pulak tu bergaya


* 2 design dari Eza. Eza ni pelajar kat situ. Design dia cantik-cantik

 * Anny mengenakan busana ceongsam





* Maisara memperagakan sendiri designnya. 2 design diatas juga dari Maisara



 * Lim Tung Yew (baju hitam) bersama model-model yang gayakan hasilnya





 * Kak Kandi bersama Siti, Ema dan Eja yang memperagakan design beliau

 * Shirley dan model-modelnya

 * mereka memperagakan "stage wear"

Sekarang tibalah giliran baju-baju saya puak yang naik pentas :). Saya berkongsi model dengan Kak Kandi. Sebenarnya 3 orang anak dara ni anak buah Kak Kandi. Kak Kandi pelawa saya guna model yang sama dengannya. Saya yang tak ada model masa tu yang akan memperagakan pakaian tradisional Melayu terus setuju. Terima kasih Kak Kandi.

 * Eja


 * Ema


 * Siti


 * Lebarnya senyum. Padahal berdebar sangat masa ni


 * Bergambar dulu selepas turun pentas

 * Masuk mall untuk ambik gambar sebab di luar tu gelap sangat

 * Terima kasih Eja, Ema dan Siti Nurhaliza

 * Eza dan 4 lagi design yang cun

 * Pakaian " Bridesmaid"

Pertunjukan berakhir pukul 8 malam. Semua model dan "fashion designer" yang terlibat naik ke pentas. Pengetua akademi jugak naik ke pentas


 * Pengetua Akademi Jahitan Yomg Mei, Madam Loh dan suami



Alhamdulillah semua berjalan lancar. Satu pengalaman yang bermakna dan manis. Insya Allah lain kali boleh sertai lagi kalau ada rezeki... :)

* Terima kasih Mak jadi supporter Ti malam tu. Terima kasih juga Cik Abang sayang sebab teman dan jadi jurugambar. Tak lupa juga Abah aka Atuk yang tolong jaga anak-anak di rumah. Sayang kamu semua. 

2 comments:

  1. wahh..bestnya..Tahniah Kak Atie! Moga terus sukses & dipermudahkan segala urusan akk ;-)

    ReplyDelete
  2. Tq. Amin. Akak doakan begitu juga buat Yati :)

    ReplyDelete

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015