Wednesday, November 18, 2015

UPSR...Alhamdulillah usahamu berbaloi

Assalamualaikum

Akhirnya hari ni berjaya merajinkan diri menyapu sarang labah-labah di blog ni :P. Maknanya panjang lagi kot usia blog ni. InsyaAllah, semoga Allah memberi lebih banyak peluang kepada ku. 

Semalam (17 November 2015) keputusan UPSR telah diumumkan. Alhamdulillah seramai 61 orang dari 177 calon UPSR telah mendapat 5A. Meningkat berbanding tahun lepas. 

Pukul 10 pagi saya dan Cik Abang dah terpacak di sekolah. Tak sabar nak tunggu pengumuman. Sampai je di sekolah terdengar desas desus sekolah ni yang paling ramai dapat 5A di Negeri Sembilan. Lepas tu pulak ada yang kata press nak datang buat liputan. Tengok pulak cikgu-cikgu semua sibuk semacam je. Ye lah kot sekolah ni dapat keputusan yang bagus. Alhamdulillah.

* Budak yang bosan menunggu hampir 2 jam sebelum pengumuman

Pukul 11 lebih barulah majlis bermula. Biasalah kalau majlis dah jadi formal, kenalah ada ucapan-ucapan. Bermula dengan doa, kemudian ucapan Guru Besar Cemerlang. Diikuti ucapan oleh YB Dato` Shamsul Kahar b Mohd Deli, Exco Pelajaran Negeri Sembilan. SKS2A diumumkan sebagai sekolah kebangsaan terbaik di Negeri Sembilan untuk UPSR kali ni. Alhamdulillah.


 *YB Dato` Shamsul Kahar b Mohd Deli

 * Penyerahan sijil kepada Guru Besar Cemerlang SKS2 oleh YB Dato` Shamsul Kahar b Mohd Deli

Sebenarnya keputusan UPSR ni kita boleh semak melalui SMS. Tapi saya dan Cik Abang bersepakat nak tahu dari pengumuman sekolah. Kononnya nak rasa debaran tu..hehehe. Ramai ibubapa yang dah tahu keputusan anak masing-masing sebelum pengumuman lagi. 

Selepas habis ucapan YB Dato` Shamsul Kahar b Mohd Deli, cikgu mula memanggil nama calon yang mendapat keputusan 5A ke pentas untuk mengambil slip. Ditemani ibu dan bapa. Masing masing bersorak gembira. Ada yang menangis kegembiraan. 

Saya dan Cik Abang masih menunggu keputusan Aiman dengan penuh debaran. Slip di tangan cikgu semakin menipis. Semua nama kawan-kawan Aiman sudah dipanggil. Saya dan Cik Abang saling berpandangan. "Mana nama Aiman?", Cik Abang bertanya. " Sabar, masih ada lagi kertas kat tangan cikgu tu", saya menyabarkan suami dan sebenarnya untuk hati sendiri.

Cik Abang mula gelisah. Muka tak usah nak ceritalah masa tu. macam tak ada darah. Kertas slip tinggal 2 helai. Kemudian sehelai. "Bagi melengkapkan 61 orang yang mendapat 5A....", keluar dari mulut pengerusi majlis. " Aiman Hakini bin Jeffry....". Ya Allah syukurnya...terus menangis Aiman, ibu Aiman dan abah Aiman..hehehe.

Tak dapat nak gambarkan perasaan masa tu, semua ada. Takut, gementar, risau dan akhir sekali gembira. Alhamdulillah berkat kerajinan dan usaha Aiman, akhirnya berjaya. Terima kasih Ya Allah, dengan keizinanMu.

* Muka ceria walaupun masih ada sisa-sisa air mata....

 * 61 orang

 * " 5A"


 * Aiman dan kawan-kawan yang sama-sama mendapat 5A. Tahniah semua

Semoga selepas ini Aiman akan teruskan usaha. Belajar makin susah dan makin banyak cabaran. Didoakan Aiman akan mendapat sekolah yang baik nanti. Amiin.


5 comments:

  1. As salam, sekalung tahniah untuk aiman. Makcik zana kat sini tumpang gembira, Insyallah ia akan dapat sekolah yang terbaik nnt. Tahniah jgk utk ibu n abah aiman

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam..tq Kak Zana n Amal. Alhamdulillah, lega dah lepas seorang :)

    ReplyDelete

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015