Thursday, December 3, 2015

Selamat Pengantin Baru Auni & Iwan

Assalamualaikum

Sabtu lepas kami bertolak ke Besut dari Serting untuk sama-sama memeriahkan majlis kahwin anak saudara saya, Auni Najwa. Auni sudah selamat dinikahkan pada Jumaat malam yang lepas. Kami tak dapat hadie masa tu. Sepatutnya saya balik pada pagi Khamis tapi disebabkan Aiman ada interview petang Khamis tu, kami terpaksa tangguh ke hari Sabtu. 

Sabtu petang dah sampai ke rumah abang saya di Jabi. Saya diberitahu semua adik-beradik akan berkumpul di situ sebelah malam tu. Jadi saya tak terus ke rumah Mok tapi ke rumah Yoh ( Abang saya, ayah kepada pengantin).

 * Adik beradik semua dah sampai. Berborak dulu

 * Yoh dan Along, kakak saya yang sulung


 * Tuan tanah yang sentiasa nak interframe ..hehehe

 * Anak-anak yang pertama kali makan nasi berlaukkan sup kaki ayam. Terkial-kial nak habiskan nasi

* Makan sambil berborak. Memang seronok

 * Tuan rumah menyapa tetamu...kononnya

Lepas makan malam dan siapkan apa yang patut, kami semua balik. Saya dan Along bersama family balik ke rumah Mok. Esok pagi-pagi nak datang lagi untuk persiapan hari langsung.

Hari Ahad tu pagi-pagi lagi kami dah sampai rumah Yoh. Anak-anak saya tinggalkan di rumah Mok dengan Lida dan Azie. Lida dan Azie ni ada baby. Jadi biarlah mereka berehat di rumah yang tak sibuk. Baru selesa sikit. Sambil tu boleh tengok-tengokkan anak-anak saya yang sibuk nak main futsal di padang dekat rumah tu.

Sampai di rumah pengantin, kami tolonglah apa yang patut. Nak tolong masak tak pandai..hehe. Tolong potong bawang dah lah. 

 * Mok  "memantau" kerja di dapur

 *Masak gulai kawah


 * Khemah masih kosong. Masih pagi


 * Suasana di dapur. Persiapan nak masak lauk untuk pengantin


* Ditugaskan untuk goreng ayam

 * Tukar shift 

 * Orang yang paling sibuk hari ni. Yoh dan Kak La


 * Bekas hantaran kayu tu Yoh yang buat sendiri. Cantikkan!

 
 * Coklat yang membuatkan kanak-kanak terliur. Akhirnya tinggal sikit je..hehehe

 * Masa Ibu sibuk, Angahlah yang rajin layan Adik. Suapkan bubur kacang untuk Adik


* Nasib baik ada pondok. Boleh makan beramai-ramai.

* Tempat berkumpul. Makan nasi dengan ulam dan budu

* Rasmi dulu sebelum pengantin

 * 3 sepupu dari 3 orang mak. Angah Farhani, Auni dan Kak Chik Ashilah. Mereka bertiga memang rapat

 * Berderet yang sedang tunggu giliran

 * Kami 3 beradik dan Zira

 * Family Kak Teh dari Jerantut. 

 * Family Along dari Gua Musang

* Bersama Na, anak saudara yang dah jadi macam kawan. Sama-sama belajar di UPM dan pernah sama-sama mengajar di Koleh Chermai

*Kak Teh, Norkamilah

 * Kak Ma, Rosmawani. Kami rapat, sentiasa berkongsi cerita dan rahsia 
Baju kami pun sama dan pastinya saya yang jahit :)

* Auni Najwa, 20 tahun. Satu-satunya anak perempuan Rosli dan Sarifah




 * Sama cantik, sama padan






 * Tuan rumah yang kepenatan dan kelaparan tapi puas :)

 * Pengantin pun lapar. Dekat pukul 4 baru boleh makan

 * Bestnya makan buah tembikai "landak"

 * Rebut coklat pulak. Seronok sungguh jadi kanak-kanak

* Next generation


Kepada Auni dan Iwan, Mok Su dan Pok Su ucapkan tahniah dan selamat menempuh alam rumah tangga. Perjalanan hidup masih jauh. Jalankan tanggungjawab masing-masing dan yang paling penting Allah jangan dilupakan. 

No comments:

Post a Comment

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015