Friday, July 7, 2017

Perginya di Aidilfitri

Assalamualaikum

25 Jun 2017, hari ni Hari Raya. Hari ni juga Kak (kakak kedua saya) telah kembali mengadap Ilahi. Sebenarnya Kak dah lama menderita sakit buah pinggang. Dah berbelas tahun Kak menjalani dialisis 3 kali seminggu

*Arwah Kak dihari pernikahan anaknya, Abe Chik

Kak dimasukkan di hospital Pasir Puteh hari Ahad seminggu sebelum raya sebab demam dan batuk. Biasa dah kalau Kak demam dan batuk mesti dia lelah teruk sampai kena masuk wad. Tapi kali ni lebih teruk sebab ada jangkitan kuman.

Hari Isnin Kak kena hantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab 2, Kota Bharu. Sejak tu Kak tak sedarkan diri dan dimasukkan ke ICU. Saya dah susah hati dah masa tu. Alhamdulillah Selasa malam saya balik ke Kota Bharu naik bas ekspres dengan anak-anak.

*Masa ni saya buat surprise untuk Kak. Saya melawat Kak di hospital Pasir Puteh masa Kak sedang menjalani dialisis

Rabu pagi sampai Kota Bharu terus ke hospital tapi tak dapat tengok Kak sebab bukan waktu melawat. Tengahari baru berpeluang jumpa Kak. Pertama kali tengok Kak hati sebak sangat tengok kak dipenuhi dengan wayar-wayar. Sedih sangat. Kak kurus sangat. Kali terakhir saya jumpa dia bualn Februari lepas masa Abe Chik (anak keempat Kak) kahwin. Masa tu Kak sihat lagi.

 *Abe Min banyak berkorban tenaga dan masa selama Kak sakit. Sehingga akhir hayat Kak, Abe Min sentiasa ada di sisi Kak

Hari Khamis saya pergi lagimelawat Kak di hospital. Anak-anak Kak kata, dia dah buka mata. Alhamdulillah syukur. Bila masa melawat tiba, saya masuk. Memang benar Kak dah buka mata tapi masih belum sedar. Mata Kak terbuka mungkin disebabkan oleh ubatan atau saraf. Mata Kak tak berkelip kadang-kadang matanya tertutup.

 *Alhamdulillah masa arwah Kak menghembuskan nafas terakhir, semua anak ada di sisi

Hari Jumat dan Sabtu saya tak pergi melawat Kak. Tunggu anak-anak Kak update di Whatsapp group. Dalam 2 hari tu keadaan Kak sama je. Denyutan jantung kadang-kadang normal kadang-kadang rendah.

Sehinggalah Sabtu malam raya tu Abe Min telefon yang Kak dah nazak. Masa tu pukul hampir pukul 12 malam. Saya dan Kak Ma sedang masak. Maklumlah esok nak raya. Kami tak senang duduk. Telefon semua adik-beradik dan saudara terdekat.

Beberapa minit kemudian, kami dapat berita Kak telah pergi. Kami tinggalkan semua yang sedang masak di dapur. Bergegas ke rumah Kak untuk menyambut kepulangan jenazah. Alhamdulillah jam 2 pagi jenazah tiba. Adik-beradik dan sanak saudara terdekat dah sampai ke rumah Kak.

*Adik-beradik 

Selepas zohor Hari Raya Aidilfitri 2017, jenazah Kak selamat dikebumikan. Hari Raya yang akan kami ingat sampai bila-bila. Belum pun cukup setahun Abe Ki pergi, kali ni Kak pula. Kesian Mok telah menyaksikan pemergian 3 orang anaknya. 

Semoga arwah Kak, arwah Abe Ki dan arwah Kak Yah ditempatkan bersama orang yang soleh.

Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah kakak-kakak dan abang saya. Al-Fatihah.


1 comment:

  1. Hello! Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015