Friday, November 14, 2014

Family trip to Felda Residence Hot Spring Sungai Klah bhg 1


Assalamualaikum



Tiap-tiap tahun kami sekeluarga (sebelah suami) mengadakan family trip. Tahun ni kami memilih Hot Spring Sungai Klah. Sebenarnya kami pernah mengadakan family trip  di sini 4 tahun lepas. Disebabkan cukup puas hati dengan tempat ni kami pilihnya sekali lagi sebagai destinasi family trip tahun ni. 

Jumaat lepas, semua ambil cuti kecuali Dik Ya dan Safwan. Saya dan keluarga serta mak dan abah bertolak dari rumah Abang Chik selepas sarapan bersama di rumahnya. Kak Long pula dari Klang. Kami tidak berjanji untuk bergerak bersama-sama sebab Kak Long sendiri ada urusan sebelum ke sana.
* Sempat bergambar dulu sebelum bergerak

Kemudian berhenti rehat sekejap di R&R Rawang untuk legakan kepenatan memandu. Sempatlah anak-anak bermain setelah bosan dalam perjalanan tadi




Lebih kurang pukul 2 petang kami sampai ke lokasi. Alhamdulillah Kak Long pun sampai pada masa yang sama. Sebenarnya Kak Long dah booking villa ni lebih kurang  3 bulan lepas dengan deposit RM180. Kak Long booking villa jenis c untuk 3 hari 2 malam beserta pakej sarapan 2 hari untuk 6 orang dewasa serta tiket masuk ke kolam mandi untuk 6 orang dewasa.

Oleh sebab kami membawa bekalan makanan sendiri, kami tidak membayar tambahan untuk sarapan. Cuma kami hanya perlu menambah tiket ke kolam mandi untuk 4 orang dewasa dan 5 orang kanak-kanak. RM 20 untuk dewasa dan RM13 untukkanak-kanak, pakej untuk 2 hari.

Hari tu Kak Long membayar sebanyak RM2100. Memanglah nampak mahal tapi kalau pergi ramai-ramai bolehlah kongsi-kongsi. Bagi saya ianya berbaloi ntuk percutian bersama keluarga yang besar macam keluarga kami ni.

Setelah mendaftar dan membuat pembayaran kami semua membuat keputusan untuk makan tengahari di kedai Nasi Bamboo Sungai Klah. Pernah dengar tentang kedai ni?




Haa..inilah dia gerai nasi bamboo tu. Saya sendiri pun tahu tentang gerai ni memalui Majalah 3 beberapa bulan lepas. Memang nak sangat rasa. Muala-mula tu nak pergi hari Ahad, dalam perjalanan balik tapi "adik front desk" semasa mendaftar tu kata hari Ahad biasanya ramai orang. Beratur panjang. Jadi kami semua sepakat makan hari tu jugak walaupun tanpa Dik Ya.

Gerai ni terletak lebih kurang 250 m dari simpang ke Felda Sungai Klah. Dan juga lebih kurang 5 KM dari Hot Spring.


Nasi bamboo ni dijual dengan set. 2 ketul nasi bammbo beserta kentang goreng berlada, ulaman, telur masin dan kuah kari. ada juga lauk tambahan, ikan talapia panggang, sotong, udang, dan juga ayam kampung. Yang paling saya nak rasa ialah ayam kampung bunian dan ayam goreng serabut.



 * Nasi bamboo dan ayam panggang bunian

 * Mak dan ayam goreng serabut

 * Amni makan cendol yang sedap

Sedang enak makan nasi, hujan turun mencurah-curah. Habis basah dalam gerai ni. Seeloknya gerai perlu diperbesarkan. Biar pelanggan selesa sikit, memandangkan masakan di sini mempunyai keunikan tersendiri dan mempunyai pelanggan dari segenap pelusuk.

Di bawah ni menunjukkan harga untuk masuk ke  Hot Spring ni. Diharap dapat membantu sesiapa yang ingin berkunjung ke sini.


* Peta lokasi

Alhamdulillah dah sampai ke villa penginapan kami. Di sini terdapat 18 buah villa. Villa ni mempunyai 3 buah bilik dan terdapat jakuzzi didalamnya. Villa ni memang sesuai untuk keluarga yang besar macam kami ni. 



Master bedroom atau bilik utama yang besar dan selesa. Kalau bercuti bersama keluarga bolehlah berkongsi bilik.

Almari pakaian yang besar . Setaip bilik pun disediakan almari pakaian



Gambar-gambar di atas adalah bilik air di bilik utama. 2 lagi bilik tidur berkongsi satu bilik air

2 buah bilik tidur mempunyai 2 buah katil bujang

Ruang tamu

Dapur yang mempunyai kelengkapan yang cukup untuk memasak. Periuk nasi elektrik, cerek elektrik serta kuali disediakan. Tapi peruik nasi yang ada dalam gambar tu kami bawak sendiri dari rumah. Yelah ahli keluarga kan besar, kenalah bawak periuk yang besar sikit :).


Inilah jakuzi yang saya ceritakan tadi tu. Sebenarnya inilah tarikan utama kami ke sini. Boleh berendam bila-bila masa je. Yelah anak-anak memang suka mandi lama-lama, jadi jakuzi dalam rumah ni memang sesuai untuk mereka. Kita pun bleh pantau dari dalam rumah je.


Sampai-sampai je terus nak tukar baju dan main air. Semua sekali cucu Ramli masuk. Masa ni Adam belum sampai lagi.

Abah pun join sekali dengan anak kecik


Pak Lang sedang ajar anak-anak buah percikkan air


Pukul 11 malam barulah Adam sampai. Barulah lengkap keluarga Ramli ni. Mata pun dah mengantuk. Esoklah pulak sambung main air.


Wednesday, November 5, 2014

Kelebihan berblog

Assalamualaikum

Memang seronok mempunyai blog sendiri. Walaupun saya nibukanlah seorang yang pandai sangat menulis tapi dalam blog kita boleh tulis apa saja yang kita mahu asalkan tidak menyinggung perasaan orang lain. Kadang-kadang tu terbengkalai jugak blog kesayangan ni dek tak ada idea nak dikarang. Itu yang sekarang ni sebulan pun hanya ada 2 atau 3 entri saja.

Saya mula berblog setahun lebih yang lalu. Masa di Jepun yang saya rasa bosan duduk-duduk je di rumah. Masa tu lah saya jumpa ABDR ( Akademi Bekerja Di Rumah). Dan dari situ juga saya mula berniaga atas talian (on-line).

Hari ni sayan nak kongsi kelebihan berblog pada fikiran saya dan apa yang saya rasa. Mungkin pendapat ni tak sama dengan orang lain.

1. Berkongsi ilmu.
- Macam-macam ilmu kita boleh kongsi di blog mengikut kepakaran kita. 



* Gambar-gambar di atas hasil jahitan saya yang dirujuk dari blog

Saya suka mengisi masa lapang saya dengan menjahit semasa saya di Jepun dulu. Walaupun saya tak berapa pandai menjahit tapi saya jadikan blog sebagai tempat rujukan. Saya lebih suka tutorial di blog berbanding dengan You Tube. Biasanya blog Mat Salleh yang menjadi tempat rujukan saya.

2. Sebagai platform untuk berniaga
- Semakin ramai yang berniaga on-line sekarang  ni. Senang, tak perlu keluar rumah untuk membeli-belah. Lagipun dengan berniaga on-line ni lebih luas pasarannya.



3. Dijadikan diari
- Saya suka baca apa yang saya tulis di entri lepas ( syok sendiri kot :p ). Bila tengok gambar-gambar yang ada di blog tu, akan mengimbau balik kenangan yang lepas. Kadang-kadang senyum sendiri pun ada.
*Kenangan indah bersama keluarga tersayang

4. Dijadikan tempat rujukan
- Jika kita menulis resepi, ianya boleh dijadikan rujukan bila diperlukan samaa oleh pembaca ataupun kita sendiri. Begitu juga kalau kita membuat entri tutorial jahitan baju atau beg.

* resepi nasi lemak

5. Tempat menbuat amal jariah
- Setiap ilmu yang disampaikan di blog dan dimanfaatkan oleh pembaca akan diberi ganjaran pahala oleh Allah. Sebab itu kita hendaklah menulis atau berkongsi ilmu-ilmu yang berguna dan bermanfaat saja supaya apa apa yang disampaikan dapat digunakan oleh orang lain.

{ Hadis tentang amal jariah yang popular dari Abu Hurairah menerangkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Apabila anak Adam (manusia) meninggal dunia, maka terputuslah semua (pahala) amal perbuatannya kecuali tiga macam perbuatan, iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya "(Hadis Riwayat Muslim). }

Oklah, semoga bermanfaat untuk semua. Kalau nak belajar buat blog, bolehlah e-mail saya di noriatisaud@gmail.com atau whatapp/ sms di 019-6832397.


Thursday, October 30, 2014

Tips anak mengikut kata

Assalamualaikum

* Anak-anak adalah anugerah Allah kepada kita

Tulisan saya kali ni berdasarkan pengalaman sendiri membesarkan 4 orang anak lelaki yang memang semua orang tahu budak lelaki ni lebih lasak dan kasar berbanding anak-anak perempuan. Lebih-lebih lagi mereka semua lebih kurang sebaya iaitu jarak selang 2 tahun. Jadi mereka saling mempengaruhi antara satu sama lain.

Saya rasa nak berkongsi tips kali ni bukanlah saya nak kata saya ni bagus tetapi hanya untuk berkongsi manalah tahu ianya bermanfaat kepada orang lain. Alhamdulillah setakat ini saya rasa berpuas hati dengan perangai anak-anak walaupun selalu juga saya "naik hantu". Yelah mereka kanak-kanak yang sedang membesar dan mereka LELAKI.

Tip 1: Jangan menipu
- Jangan suka menabur janji manis kepada anak-anak tetapi tidak tunaikan. Pastikan janji yang kita buat biarlah jelas. Contoh: Esok pagi pukul 9.00 kita akan balik kampung. 
Anak-anak saya sudah terbiasa dengan masa. Kalau nak ke mana-mana mesti tanya pukul berapa nak pergi. Jadi kami sebagai ibubapa seboleh-bolehnya mesti menepati masa
- Biasakan anak sejak mereka kecil lagi
- Bila anak-anak percayakan kita, mereka akan mendengar cakap kita

Tip 2: Tegas
- Ibubapa mestilah tegas terhadap apa yang diucapkan. Anak-anak akan belajar dari percakapan dan tindak-tanduk kita. Jika kita cakap "tidak" atau "tak boleh" ia mesti terus begitu. Jangan ubah lagi. 
- Di rumah saya, anak-anak tidak dibenarkan menggunakan telefon dan tablet ibu dan abah tanpa kebenaran. Jika buat jugak akan dirotan.

Tip 3: Ada peraturan
- Pastikan anak-anak mengikut peraturan yang kita buat di rumah. Maknanya anak-anak akan tahu apa yang boleh dibuat dan apa yang tidak boleh. Ibubapa juga kena ikut peraturan tersebut.
- Peraturan di rumah kami: 
  1. Tidak boleh menonton tv dari pukul 6.30 pm -7.30 pm atau pun pada waktu maghrib
  2. Boleh main games pada hari minggu atau cuti am saja
  3. Makan hanya di dapur atau di meja makan saja. Tidak boleh makan di depan tv atau di sofa
  4. Solat asar sebelum keluar bermain
Jika mereka melanggar peraturan dan didenda, mereka tidak akan salahkan kita kerena mereka tahu yang mereka salah.


Pernah saya lihat ada seorang kanak-kanak lelaki umur lingkungan 4 tahun mengamuk di shopping complex sebab nak beli mainan. Ibunya buat-buat tinggalkan dia tapi budak tu sikit pun tak kisah kalau ibu dia tinggalkan. akhirnya si ibu mengalah dan belikan maianan barulah si anak senyum dan boleh balik.

Saya tersenyum sendirian. Alhamdulillah Adib tak berperangai begitu sebab dia tahu apa yang boleh dan apa yang tidak boleh. Saya dan Cik Abang selalu terapkan sentiasa memberi keterangan kenapa "tidak boleh" supaya mereka faham.

Walaubagaimana pun doa ibubapa kepada Allah sangat penting. Itulah yang utama. Anak-anak adalah anugerah Allah dan kita hendaklah menjaga sebaik mungkin.

Tapi sejak mereka ke sekolah ni macam-macam pengaruh yang mereka bawak balik. Semakin lama semakin mereka langgar peraturan. Hanya Adib yang masih mendengan kata dan senang dibawa berbincang tanpa dakwa dakwi.

Kalau ibu kata boleh makan aiskrim esok, dia akan akur dan esok dia akan tuntut janji.



Sunday, October 26, 2014

Study week

Assalamualaikum


Mengikut plan asal sempena cuti Deepavali kami semua nak balik bercuti di Besut memandangkan Cik Abang cuti panjang. Tapi bila anak-anak beritahu yang mereka ada peperiksaan akhir tahun bermula 28 Oktober, kami berdua buat keputusan tangguhkan dulu balik kampung. Ini peperiksaan pertama buat Amni dan Akmal. Jadi kami ingin memberi lebih perhatian kepada mereka berdua.

Minggu lepas kami ke kedai buku berhampiran untuk membeli buku-buku yang akan digunakan sepanjang minggu ulangkaji. Anak-anak diberi cuti 2 hari sempena Deepavali iaitu pada hari Rabu dan Khamis. Bermula pada hari tersebut anak-anak tidak dibenarkan bermain game. Mereka semua dikehendaki mengulangkaji pelajaran bermula pada pukul 8.30 pagi sehingga pukul 12 tengahari dan bersambung semula pada pukul 2 pm - 4 pm. Begitu juga pada hari Sabtu.

 

* "Cikgu" sedang tanda kertas

Pada hari ini, Ahad, anggaplah acara kemuncak, mereka didedahkan  dengan situasi peperiksaan sebenar. Syukur, nasib baik kami buat pendedahan seperti ini. Kalau tak, kami tak dapat bayangkan lebih-lebih lagi Amni yang terkial-kial menjawab soalan. Sekurang-kurangnya mereka mendapat gambaran sedikit sebanyak tentang peperiksaan sebenar.

* Peperiksaan sedang berlansung




Wednesday, October 15, 2014

Resepi donut

Assalamualaikum

Sudah lama blog ni dibiarkan tak ada cerita baru. Alhamdulillah hari ni berkesempatan untuk update blog kesayangan ni. 

Sebelum ni pun memang dah pernah kongsikan resepi donut, tapi kali ni saya nak kongsikan resepi donut dari Tahrunnisah Jali yang saya dapat dari facebook beliau. Sebenarnya saya belum mencuba resepi ni lagi. Saya letakkan di blog ni sebagai rujukan semua terutama untuk diri saya sendiri. Bila nak masak senang saya rujuk terus dari blok saya.

Diharapkan Sis Tahrunnisah Jali menghalalkan segala resepi dan juga gambar-gambar yang menarik ini. 







resepinya
250 gram tepung gandum
sebiji kentang yang telah direbus dan dilenyek
1 biji telor ayam + 1/2 sudu kecil garam (dikacau dlm bekas lain dulu)
2 sudu besar susu tepung apa2 jenama
70-100 ml air ais (dulu guna air suam) tp sbb nak cuba teknik baru
1 1/2 sudu besar shortening/marjerin
2 sudu besar gula
1 sudu kecil baking powder
1 3/4 sudu kecil yis mauripan
*doh lembut dan tak lekat kat tangan dikira ok..insyaallah...pastikan doh jgn lembik sangat sbb nanti masa menggoreng minyak serap dlm donut...
Caranya : saya guna mixer
1. Masukkan semua bahan kering dulu dalam bekas adunankemudian masukkan telor yang dipukul dulu dlm bekas lain serta masukkan air sedikit demi sedikit (part ni kene pastikan air tu taruk sikit2 ye sambil mesin menguli sehingga doh tu tak lekat kat tangan) serta last skali shortening atau marjerin dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut dan elastik ye, Uli selama 20 minit
2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. saya letak dlm oven 25 minit ( suhu 30 C) jika disuhu bilik masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam atau nak letak kat tmpt panas pun boleh..
3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bentuk doh tersebut dgn acuan donat atau bentukkan rupa donat dan susun donat2 atas dulang yang ditabur tpung gandum... dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.
4. Goreng di dalam minyak panas...masa menggoreng tu turunkan suhu panas supaya donut tidak hangus....angkat dan hias dengan gula atau coklat....selamat mencuba... # tips nak gebu lagi..masukkan shortening 1 sudu makan dlm minyak panas tu insyaallah gebu..ni tips dari kawan saya juga ‪#‎maaf‬ lupa namanya..
‪#‎tips‬ yang uli tangan
masukkan bahan2 kering dahulu ...kacau bagi sebati..masukkan telor yang dipukul terlebih dahulu dlm bekas lain yang dicampur dengan garam..
kacau guna tangan biar sebati...kemudian taruk air sikit2 ye sehingga doh tak melekat dan lembut ditangan ..kemudian baru taruk marjerin tau shortening...uli sehingga sebati...dlm 30 minit..kalu letih just uli dlm 20 minit dan 10 minit terakhir tu taruk dlm plastik ramas2kan dlm plastik..ni pun tips nak gebu kan doh
cara saya kalu malas nak guna mixer...saya guna tangan masa nak perap doh tu saya taruk dlm plastik yang agak besar dan tutupkan biar ada ruang2 sbb nanti doh nak mengembang...tarukla mana2 tmpat yang dirasakan ada hawa2 panas..dlm oven ke,,,kat luar ke...kat dlm dryer ke mana2 la...
siap nanti tumbuk doh tu ...n bolehla bentukkan...
tips saya bentukkan doh
saya bulatkan doh tu comel2 25gm boleh 30 gm pun boleh taruk atas dulang yang dah ditabur gandum..
dlm 5 minit tu baru saya leper kan sikit doh bulat tu dan buat lubang tengah2...biarkan dlm 20-30 minit sehingga doh naik ....tutup ngan kain atau plastik...
tips tuk frozenkan
saya bakar dulu donat tu dlm 6 minit..suhu 170 bergantung suhu oven msing2..tujuan nak matikan yis ...dah sejuk masuk dlm plastik ..seal n taruk dlm freezer...nak makan kluarkan biarkan suhu bilik dlm 10-15 minit baru goreng dlm minyak panas tp kawal api ye
#tips jika doh donat nak di bentukkan pagi esok..kira malam ni buat dah tak tahan mata ngantuk tahap gaban
bolehla simpan lebihan baki doh tu dlm freezer ..pastikan tutup rapat2 ye samada dlm tupperware atau plastik...esoknya kluarkan dr freezer biarkan doh tu jadi lembut dan boleh diuli
tak pun kluarkan dr freezer taruk atas periuk/bekas yang dlmnya ada air panas...supaya boleh lembutkan doh tu n uli kejap dan bentukkan
takkk pun masukkan kejap dlm oven suhu dlm 30 darjah...atau 40 darjah...masuk kejap dah agak2 lembut kluarkan n bolehla di bentukkan
Selamat mencuba.

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015