Tuesday, November 18, 2014

Family trip to Felda Residence Hot Spring Sungai Klah bhg 2

Assalamualaikum

 * Hot Spring Sungai Klah 2014

 * Hot Spring Sungai Klah 2010

Hehehe..nampak tak perbezaan 2 gambar di atas tu. Dalam masa 4 tahun banyak betul perubahan yang berlaku. Yang paling ketara pertambahan ahli keluarga. Dalam masa 4 tahun Atuk dan Wan dapat 2 orang menantu dan 3 orang cucu :).

Percutian kami kali ini lebih meriah. Bukan hanya disebabkan bertambahnya ahli keluarga tapi kami adik beradik membahagi-bahagikan tugas supaya percutian lebih terancang. Saya dan Cik Abang incharge makanan, Kak Long booking villa, Pak Lang dan Mak Lang dipertanggungjawabkan untuk merancang aktiviti. Sementara Acu dan Pak Cu AJK logistik.

Alhamdulillah semua orang mengambil bahagian dalam aktiviti yang telah dirancang oleh Mak Lang dan Pak Lang. Selepas sarapan, giliran anak-anak dalam pertandinganmewarna. Semua anak-anak kena masuk peraduan ni tak kira besar atau kecik.




Kemudian semua kena turun ke laman villa untuk senamrobik. Mak Lang yang kena conduct senamrobik tu. Semua orang dikehendaki pakai baju kelabu yang Wan beli. Ni kira baju tema untuk percutian kali  ni. Terima kasih Wan sebab sponsor baju untuk percutian kali ni.





Lepas senamrobik barulah aktiviti yang ditunggu-tunggu...mandi kolam. Kat sini ada 2 kolam utama yang besar. Satu yang ada gelongsor ang sesuai untuk kanak-kanak dan satu lagi kolam air panas.









* Atuk sedang ber-refleksologi

* budak kelaparan selepas mandi


*merendam kaki dalam air panas 30 C


Dah penat main dan mandi kolam, perut pun mula lapar. Balik villa semua ke dapur cari makanan. Anak-anak pula sambung mandi di jakuzi. Ada yang makan dipinggir jakuzi. Sayang nak lepaskan peluang mandi. Lepas mandi dan makan semua ketiduran sebab keletihan.

Sementara semua orang tidur, saya dan Cik Abang keluar jalan-jalan sekitar. Sempatlah ambik beberapa keping gambar. Boleh jugak dijadikan rujukan nanti. Gambar-gambar dibawah ni adalah aktiviti tambahan yang terdapat di sini. Bolehlah cuba nanti!.




Lepas makan petang barulah  Mak Lang teruskan dengan aktiviti petang pulak. Kali ni aktiviti untuk keluarga. kami dipecah-pecahkan kepada 4 kumpulan. Along dan Angah terpaksa bergabung dengan kumpulan atuk dan Acu sebab mereka tidak cukup ahli.

* Ini kumpulan kami - "Terlajak larisss"

Petang tu seorang dari setiap kumpulan dipanggil dan mencabut undi. Cuba sampaikan apa yang tertulis di kertas tadi dengan melukis kemudian ahli kumpulan akan menjawab. Permainan ni memang seronok sebab kami semua tak pandai melukis. Jadi macam-macam jawapan yang diberikan sampai riuh rendah rumah dengan hilai tawa kami.

* Pak Cu - "Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan"

Lepas makan malam, satu lagi game diaturkan. Kali ni lebih kepada suami isteri. "I know my family" - itulah nama game ni. Suami isteri yang ideal mestilah boleh menjawab setiap soalan tentang pasangan masing-masing. Contohnya: Dimanakah / Namakan tempat yang pasangan anda paling nak pergi?. Itulah soalan yang diajukan kepada Atuk tentang Wan. Nasib baik dapat jawab. Maknanya Atuk memang ambil berat dan prihatin tentang Wan.

* Kumpulan Kak Long dan Abang Farid

* Alhamdulillah, kumpulan kami yang menang..yeayy

Pagi esoknya sebelum balik kami nak mandi kolam lagi 1 round. Sebelum tu nak pergi merebus telur dulu. Masa pergi 4 tahun lepas kami tak sempat nak merebus telur ni. Lagipun masa tu tempat merebus telur ni kotong dan berbau busuk. Tak lalu pulak nak makan. Sekarang mereka dah upgrade sikit tempat ni.

1 bekas dengan 6 biji telur, kicap masin, 2 biji mangkuk dan sudu dijual dengan harga RM5. Oklah tu kan. 

* Memang menjadi kalau ikut masa ni betul-betul

*hati-hati, air panas mendidih

: telur 3/4 masak sempurna selepas 4 minit



: muka Adib yang bosan. Tak sabar nak pergi mandi

* Yeayy..sukanya dapat mandi

* Zuhair pun suka walaupun airnya sejuk sikit 

Alhamdulillah tamat percutian kami selama 3 hari 2 malam. Boleh dikatakan percutian yang berjaya kerana kami semua puas hati dan ikatan kekeluargaan makin erat. Mungkin juga disebabkan kami merancang aktiviti bersama dan juga disebabkan oleh tiadanya line internet. 

Cuba bayangkan kalau terdapat wifi, mesti setia orang sibuk dengan gajet masing-masing dan mesti malas nak terlibat dengan aktiviti yang telah diatur. Kalau tak ada aktiviti pulak mesti semua orang kebosanan dan penyelesaiannya adalah tidur.




Friday, November 14, 2014

Family trip to Felda Residence Hot Spring Sungai Klah bhg 1


Assalamualaikum



Tiap-tiap tahun kami sekeluarga (sebelah suami) mengadakan family trip. Tahun ni kami memilih Hot Spring Sungai Klah. Sebenarnya kami pernah mengadakan family trip  di sini 4 tahun lepas. Disebabkan cukup puas hati dengan tempat ni kami pilihnya sekali lagi sebagai destinasi family trip tahun ni. 

Jumaat lepas, semua ambil cuti kecuali Dik Ya dan Safwan. Saya dan keluarga serta mak dan abah bertolak dari rumah Abang Chik selepas sarapan bersama di rumahnya. Kak Long pula dari Klang. Kami tidak berjanji untuk bergerak bersama-sama sebab Kak Long sendiri ada urusan sebelum ke sana.
* Sempat bergambar dulu sebelum bergerak

Kemudian berhenti rehat sekejap di R&R Rawang untuk legakan kepenatan memandu. Sempatlah anak-anak bermain setelah bosan dalam perjalanan tadi




Lebih kurang pukul 2 petang kami sampai ke lokasi. Alhamdulillah Kak Long pun sampai pada masa yang sama. Sebenarnya Kak Long dah booking villa ni lebih kurang  3 bulan lepas dengan deposit RM180. Kak Long booking villa jenis c untuk 3 hari 2 malam beserta pakej sarapan 2 hari untuk 6 orang dewasa serta tiket masuk ke kolam mandi untuk 6 orang dewasa.

Oleh sebab kami membawa bekalan makanan sendiri, kami tidak membayar tambahan untuk sarapan. Cuma kami hanya perlu menambah tiket ke kolam mandi untuk 4 orang dewasa dan 5 orang kanak-kanak. RM 20 untuk dewasa dan RM13 untukkanak-kanak, pakej untuk 2 hari.

Hari tu Kak Long membayar sebanyak RM2100. Memanglah nampak mahal tapi kalau pergi ramai-ramai bolehlah kongsi-kongsi. Bagi saya ianya berbaloi ntuk percutian bersama keluarga yang besar macam keluarga kami ni.

Setelah mendaftar dan membuat pembayaran kami semua membuat keputusan untuk makan tengahari di kedai Nasi Bamboo Sungai Klah. Pernah dengar tentang kedai ni?




Haa..inilah dia gerai nasi bamboo tu. Saya sendiri pun tahu tentang gerai ni memalui Majalah 3 beberapa bulan lepas. Memang nak sangat rasa. Muala-mula tu nak pergi hari Ahad, dalam perjalanan balik tapi "adik front desk" semasa mendaftar tu kata hari Ahad biasanya ramai orang. Beratur panjang. Jadi kami semua sepakat makan hari tu jugak walaupun tanpa Dik Ya.

Gerai ni terletak lebih kurang 250 m dari simpang ke Felda Sungai Klah. Dan juga lebih kurang 5 KM dari Hot Spring.


Nasi bamboo ni dijual dengan set. 2 ketul nasi bammbo beserta kentang goreng berlada, ulaman, telur masin dan kuah kari. ada juga lauk tambahan, ikan talapia panggang, sotong, udang, dan juga ayam kampung. Yang paling saya nak rasa ialah ayam kampung bunian dan ayam goreng serabut.



 * Nasi bamboo dan ayam panggang bunian

 * Mak dan ayam goreng serabut

 * Amni makan cendol yang sedap

Sedang enak makan nasi, hujan turun mencurah-curah. Habis basah dalam gerai ni. Seeloknya gerai perlu diperbesarkan. Biar pelanggan selesa sikit, memandangkan masakan di sini mempunyai keunikan tersendiri dan mempunyai pelanggan dari segenap pelusuk.

Di bawah ni menunjukkan harga untuk masuk ke  Hot Spring ni. Diharap dapat membantu sesiapa yang ingin berkunjung ke sini.


* Peta lokasi

Alhamdulillah dah sampai ke villa penginapan kami. Di sini terdapat 18 buah villa. Villa ni mempunyai 3 buah bilik dan terdapat jakuzzi didalamnya. Villa ni memang sesuai untuk keluarga yang besar macam kami ni. 



Master bedroom atau bilik utama yang besar dan selesa. Kalau bercuti bersama keluarga bolehlah berkongsi bilik.

Almari pakaian yang besar . Setaip bilik pun disediakan almari pakaian



Gambar-gambar di atas adalah bilik air di bilik utama. 2 lagi bilik tidur berkongsi satu bilik air

2 buah bilik tidur mempunyai 2 buah katil bujang

Ruang tamu

Dapur yang mempunyai kelengkapan yang cukup untuk memasak. Periuk nasi elektrik, cerek elektrik serta kuali disediakan. Tapi peruik nasi yang ada dalam gambar tu kami bawak sendiri dari rumah. Yelah ahli keluarga kan besar, kenalah bawak periuk yang besar sikit :).


Inilah jakuzi yang saya ceritakan tadi tu. Sebenarnya inilah tarikan utama kami ke sini. Boleh berendam bila-bila masa je. Yelah anak-anak memang suka mandi lama-lama, jadi jakuzi dalam rumah ni memang sesuai untuk mereka. Kita pun bleh pantau dari dalam rumah je.


Sampai-sampai je terus nak tukar baju dan main air. Semua sekali cucu Ramli masuk. Masa ni Adam belum sampai lagi.

Abah pun join sekali dengan anak kecik


Pak Lang sedang ajar anak-anak buah percikkan air


Pukul 11 malam barulah Adam sampai. Barulah lengkap keluarga Ramli ni. Mata pun dah mengantuk. Esoklah pulak sambung main air.


Wednesday, November 5, 2014

Kelebihan berblog

Assalamualaikum

Memang seronok mempunyai blog sendiri. Walaupun saya nibukanlah seorang yang pandai sangat menulis tapi dalam blog kita boleh tulis apa saja yang kita mahu asalkan tidak menyinggung perasaan orang lain. Kadang-kadang tu terbengkalai jugak blog kesayangan ni dek tak ada idea nak dikarang. Itu yang sekarang ni sebulan pun hanya ada 2 atau 3 entri saja.

Saya mula berblog setahun lebih yang lalu. Masa di Jepun yang saya rasa bosan duduk-duduk je di rumah. Masa tu lah saya jumpa ABDR ( Akademi Bekerja Di Rumah). Dan dari situ juga saya mula berniaga atas talian (on-line).

Hari ni sayan nak kongsi kelebihan berblog pada fikiran saya dan apa yang saya rasa. Mungkin pendapat ni tak sama dengan orang lain.

1. Berkongsi ilmu.
- Macam-macam ilmu kita boleh kongsi di blog mengikut kepakaran kita. 



* Gambar-gambar di atas hasil jahitan saya yang dirujuk dari blog

Saya suka mengisi masa lapang saya dengan menjahit semasa saya di Jepun dulu. Walaupun saya tak berapa pandai menjahit tapi saya jadikan blog sebagai tempat rujukan. Saya lebih suka tutorial di blog berbanding dengan You Tube. Biasanya blog Mat Salleh yang menjadi tempat rujukan saya.

2. Sebagai platform untuk berniaga
- Semakin ramai yang berniaga on-line sekarang  ni. Senang, tak perlu keluar rumah untuk membeli-belah. Lagipun dengan berniaga on-line ni lebih luas pasarannya.



3. Dijadikan diari
- Saya suka baca apa yang saya tulis di entri lepas ( syok sendiri kot :p ). Bila tengok gambar-gambar yang ada di blog tu, akan mengimbau balik kenangan yang lepas. Kadang-kadang senyum sendiri pun ada.
*Kenangan indah bersama keluarga tersayang

4. Dijadikan tempat rujukan
- Jika kita menulis resepi, ianya boleh dijadikan rujukan bila diperlukan samaa oleh pembaca ataupun kita sendiri. Begitu juga kalau kita membuat entri tutorial jahitan baju atau beg.

* resepi nasi lemak

5. Tempat menbuat amal jariah
- Setiap ilmu yang disampaikan di blog dan dimanfaatkan oleh pembaca akan diberi ganjaran pahala oleh Allah. Sebab itu kita hendaklah menulis atau berkongsi ilmu-ilmu yang berguna dan bermanfaat saja supaya apa apa yang disampaikan dapat digunakan oleh orang lain.

{ Hadis tentang amal jariah yang popular dari Abu Hurairah menerangkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Apabila anak Adam (manusia) meninggal dunia, maka terputuslah semua (pahala) amal perbuatannya kecuali tiga macam perbuatan, iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya "(Hadis Riwayat Muslim). }

Oklah, semoga bermanfaat untuk semua. Kalau nak belajar buat blog, bolehlah e-mail saya di noriatisaud@gmail.com atau whatapp/ sms di 019-6832397.


Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015