Sunday, June 7, 2015

Pengalaman membeli-belah di Vietnam

Assalamuaalikum

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menulis di blog kesayangan walaupun sudah tidak sekerap dulu. InsyaAllah walaupun sekali sekala, tidak akan ku berhenti menulis di sini. 

6/6/2015-8/6/2015 saya ditemani Mak dan Abah serta adik-adik ipar terbang ke Ho Chi Minh City lebih kurang jam 11 pagi. Kali ni Cik Abang tak ikut. Cik Abang tinggal, kena jaga anak-anak. Dia kata, dia dah pergi banyak kali. Kali ni bagi peluang saya dan yang lain pulak yang pergi. Biar dia jaga anak-anak. Alhamdulillah saya dikurniakan suami yang baik. Terima kasih Abang...


* Bersarapan bersama sebelum ke lapangan terbang

* Nak check-in bag.

* Ibubapa mertua saya :)

* Seat betul-betul dekat dengan wing kapal terbang

* Kami menginap di Hotel Thant Thu







Saya, Mak dan Sherry ( biras saya) tinggal sebilik manakala Abang Chik sebilik dengan Abah. Bilik Abah dengan Abang Chik kecik sikit. Cuma ada satu katil queen.

Selepas makan tengahari bermulalah penegmbaraan kami untuk shopping. Saya dengan Mak hanya shopping di Ben Thanh je. Nak jalan jauh-jauh nanti Mak tak larat. Beli kain cotton dengan beg sekolah anak-anak. Mak pulak beli sutera Vietnam.

Malam pulak cuci mata di pasar malam sekitar hotel. Tak ada apa yang beli pun. Di sini kita kena pandai tawar menawar. saya dengan Mak memang fail lah bab ni.




Lepas makan malam, kami jalan-jalan sekitar hotel. Memang banyak penjual di kaki lima hotel. T-shirt dan tudung, semua murah-murah. Sempat jugaklah sambar tudung dan T-shirt untuk adik beradik di kampung.



*Baru belajar nak berselfie :P

* Restoran 1 Malaysia. Kami semua suka makan kat sini. Depan hotel je pun

Hari kedua pun saya, Sherry dengan Mak masih shopping di Ben Thanh dan kawasan berdekatan hotel je. Abah dengan Bangchik berjalan berdua. Tak tahu mereka ke mana. Dik Ya pulak dengan suami dia. Pun tak tahu ke mana. Mereka berdua orang muda, panjang sikit langkah.

Lepas makan tengahari Abah, Bangchik dan Sherry ke Muzium Tentera. Saya dan Mak tak pergi sebab Mak penat sangat shopping. Lengh kaki katanya. Saya temankan Mak di hotel sambil kemas-kemas barang. 

Bila dah cukup rehatkan kaki, petang kami berdua turun dan berjalan-jalan sekitar hotel saja. Masih ada benda yang belum dibeli. Saya nak cari sehelai jubah Royal Blue untuk mok. Jubah untuk raya. Tahun ni warna tema adalah Royal Blue.




* Semua baju ni di jual di kedai-kedai sekitar hotel saja. Waktu malam memang meriah dengan jual beli sehingga pukul 12 malam

Hari ketiga kami dah nak balik. Flight kami tengahari. Sebelum ke lapangan terbang, sarapan dulu di restoran 1 Malaysia

* Kopi Vietnam dia memang terbaekk...

* Kat cawan pun ada lambang 1 Malaysia

* Selfie sket dengan beras...eh biras..hehehe

* Dah sampai airport. Bergaya dengan tudung dan baju baru yang sempat disambar semalam 

* Gambar ihsan dari Dik Ya

Penat memanglah penat. Banyak berjalan. Banyak jugak duit yang habis ..hehehe. Tapi bila ditanya semua nak pergi lagi. Macam tak cukup masa pulak. Sebenarnya tak cukup duit :P. InsyaAllah kalau ada rezeki terlebih boleh datang lagi.



Sunday, May 31, 2015

Kelas jahitan

Assalamualaikum

Mungkin ramai yang ingat kalau kita pandai menjahit, semua benda kita pandai jahit.Mungkin bagi sesetengah orang ye tapi tidak saya. Selama ni saya hanya tahu jahit beg je. Itu pun yang mudah-mudah je tapi tak pandai jahit pakaian. 
r
Sebenarnya saya belajar menjahit pakaian ni sejak awal tahun ni tapi sekarang baru nak cerita...hehehe.
Saya hanya pergi belaja pada hari Sabtu dan Ahad saja memandangkan pada hari tersebut dapatlah Cik Abang tolong jagakan anak-anak di rumah.



Saya ambil masa lebih kurang 1/2 jam nak sampai ke Akademi Jahitan Yong Mei ni. Pergi pagi dalam pukul 10.30 pagi, balik lebih kurang pukul 5 petang. 

Masa mula-mula belajar dulu memang dah rasa nak putus asa. Rasa susah sangat nak jahit baju ni. Nak siapkan sepasang tu ambil masa sebulan ( maknanya 4 kali hujung minggu). Asyik jahit, tetas, jahit, tetas. Selagi cikgu tak puas hati dengan jahitan kita, kita kena tetas balik. Itulah yang rasa macam nak menangis.

Tapi alhamdulillah sekarang dah ok sikit. 2 kali pergi kelas, Sabtu dan Ahad dah boleh siapkan sepasang baju termasuk melukis pola dan memotong kain.




 Baju-baju di atas ni semuanya baju kurung moden. Saya diajar pelbagai design kain, lengan dan juga leher yang berbeza.
Dua pasang di atas ni pulak baju kurung biasa


Yang ni yang terbaru, baju kurung pahang

Lepas raya nanti ada projek besar pulak yang menanti. Tunggu ye..saya cerit di lain kali.

Untuk tempahan beg dan juga baju bolehlah wasap saya di no 019-6832397


Friday, May 29, 2015

Sehari di Petrosains

Assalamualaikum

Sedar tak sedar dah hampir 2 bulan tak update blog. Hantu "M" telah merasuk diri sehingga lupa dan liat nak menulis. Kalau diikutkan banyak juga cerita nak dikongsikan. Hari saya nak sambung cerita pergi Petrosains bulan lepas. Walaupun cerita tu dah "basi" tapi anggaplah ia sebagai diari keluarga saya.

Alhamdulillah masa kami ke Petrosains tu orang tak ramai. Yelah bukan cuti sekolah kan. Hari minggu biasa je. Jadi bila-bila masa saja boleh masuk. Cik Abang dah beli tiket awal-awal lai sebelum kami bawa anak-anak mandi di taman KLCC tu. Leps makan tengahari, terus kami masuk ke Petrosains. 

Anak-anak teruja sangat nak masuk sini lebih-lebih lagi Angah. Sifat ingin tahu dan mencuba membuatkan Angah lah yang paling gembira bila Abah beritahu nak ke Petrosains.

* Waktu kemasukan dan harga tiket

* Posing dulu sebelum menaiki Dark Ride

* Menaiki Dark Ride untuk sampai ke bahagian pameran

 * Satu Dark Ride boleh memuatkan maksima 6-7 orang 

Dah sampai kawasan pameran tu budak-budak ni dah tak keruan. Tak tahu mana nak mula dulu :). 

  * Nak tahu bagaimana rasanya berada dalam ribut ?

 * Barulah Along dapat faham bagaimana kejadian siang dan malam dengan model bumi dan matahari ni

 * Jadi CSI jap. Kami dikehandaki meneka yang mana tulang pinggul lelaki, dan yang mana pula tulang pinggul perempuan. 

 * Tidur seorang angkasawan :)


 * Seronok Angah dan Abang jadi angkasawan

 * Tak takut dinosour ke?











 * Kita dikehendaki menggerakkan bebola dengan menggunakan minda. Angah sedang berlawan dengan Abah, siapakah yang menang?

 * Mula-mula Abah menang tapi disebabkan hilang fokus akhirnya Angah yang menang
*Simulasi F1


* Gelongsor yang "seram". Sesiapa yang menurunu gelongsor ni akan terjerit-jerit..hehehe

* Sekali lagi belajar cara CSI. Keinikan cap jari




Minta maaflah hanya gambar yang disajikan sebab tak ada idea nak menulis. Lagipun cerita lama. Dah lupa..hahaha.

Memang seronok pergi Petrosains ni lebih-lebih lagi kalau ada anak yang dah bersekolah. Maksudnya yang sudah belajar sains. Jadi mereka dapat belajar sambil bermain. Duduk dalam tu dua tiga jam pun tak terasa.

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015