Tuesday, September 1, 2015

Pengalaman Menyertai Fesyen Show

Assalamualaikum

30 Ogos hari tu Akademi Jahitan Yong Mei, tempat saya belajar jahit tu mengadakan pertunjukan fesyen di Palm Mall Seremban. Jadi semua pelajar dikehendaki design dan jahit sendiri baju yang akan diperaga semasa pertunjukan tu. Setiap orang dikehendaki menyediakan sekurang-kurangnya 3 pasang baju.

Tujuan pertunjukan ni dibuat adalah untuk memperkenalkan Akademi Jahitan Yong Mei kepada orang ramai serta pakej-pakej jahitan yang disediakan. Disamping tu juga untuk mempersembahkan hasil jahitan pelajar-pelajar kepada orang ramai.

Pertunjukan bermula pukul 6 petang dengan persembahan tarian oleh adik Wong Jia Hui. Pandai betul adik ni menari latin. Terpukau mata orang ramai tengok dia menari.


Pertunjukan fesyen dimulakan dengan pakaian pengantin Melayu. Tak semua pakaian saya masukkan gambar di sini. Sebabnya ada gambar yang tak menjadi. Banyak sangat kepala di depan pentas. Jadi susah Cik Abang saya nak ambil gambar yang cantik. Lagi satu tak cukup cahaya, jadi banyak gambar yang gelap dan bergegar.



 * Comel budak-budak ni. Pandai pulak tu bergaya


* 2 design dari Eza. Eza ni pelajar kat situ. Design dia cantik-cantik

 * Anny mengenakan busana ceongsam





* Maisara memperagakan sendiri designnya. 2 design diatas juga dari Maisara



 * Lim Tung Yew (baju hitam) bersama model-model yang gayakan hasilnya





 * Kak Kandi bersama Siti, Ema dan Eja yang memperagakan design beliau

 * Shirley dan model-modelnya

 * mereka memperagakan "stage wear"

Sekarang tibalah giliran baju-baju saya puak yang naik pentas :). Saya berkongsi model dengan Kak Kandi. Sebenarnya 3 orang anak dara ni anak buah Kak Kandi. Kak Kandi pelawa saya guna model yang sama dengannya. Saya yang tak ada model masa tu yang akan memperagakan pakaian tradisional Melayu terus setuju. Terima kasih Kak Kandi.

 * Eja


 * Ema


 * Siti


 * Lebarnya senyum. Padahal berdebar sangat masa ni


 * Bergambar dulu selepas turun pentas

 * Masuk mall untuk ambik gambar sebab di luar tu gelap sangat

 * Terima kasih Eja, Ema dan Siti Nurhaliza

 * Eza dan 4 lagi design yang cun

 * Pakaian " Bridesmaid"

Pertunjukan berakhir pukul 8 malam. Semua model dan "fashion designer" yang terlibat naik ke pentas. Pengetua akademi jugak naik ke pentas


 * Pengetua Akademi Jahitan Yomg Mei, Madam Loh dan suami



Alhamdulillah semua berjalan lancar. Satu pengalaman yang bermakna dan manis. Insya Allah lain kali boleh sertai lagi kalau ada rezeki... :)

* Terima kasih Mak jadi supporter Ti malam tu. Terima kasih juga Cik Abang sayang sebab teman dan jadi jurugambar. Tak lupa juga Abah aka Atuk yang tolong jaga anak-anak di rumah. Sayang kamu semua. 

Wednesday, August 12, 2015

MRS -Promo Merdeka 2015

Assalamualaikum

Alhamdulillah, bersua kembali kita di sini. Kali ni saya nak kongsi berita gembira dengan pembaca semua. MRS sedang mengadakan promosi sempena ulangtahun ke 2 dan juga bulan Merdeka. Promo ini bermula pada 15 Ogos hingga 16 September 2015

* Set #promomerdeka

Set #promomerdeka ni mempunyai 1 MRS 50ml, 1 40ml Serum dan 1 10ml MRS Trial Pack. Anda juga akan mendapat 1 botol MRS 20ml LIMITED EDITION secara PERCUMA yang bernilai RM 19.90!

Details adalah seperti di bawah
Set A
1 50ml MRS Elegant
1 40ml Serum
1 20ml Sweet
1 10ml Elegant
1 Clear Make Up Bag
1 Flyers MRS
1 Flyers Serum
Set B
1 50ml MRS Sweet
1 40ml Serum
1 20ml Elegant
1 10ml Sweet
1 Clear Make up Bag
1 Flyers MRS
1 Flyers Serum
Biasanya jika tidak terdapat promosi harga set #promomerdeka ni adalah RM 129 TETAPI dengan promosi ni anda boleh memiliki set #promomerdeka ni dengan hanya RM 100. Jadi JIMAT RM 29.
* Produk MRS

Berminat untuk mendapatkan produk MRS? Boleh hubungi/ wasap saya di 019-6832397



Tuesday, July 28, 2015

Cerita raya ke-2

Assalamualaikum

Biasalah selagi bulan Syawal belum habis, asyik-asyik cerita raya jelah yang mampu di tulis...hehehe. Hari raya ke-2 kami masih beraya di Besut. Hari ni rancang nak beraya ke rumah Zira, anak buah saya. Dia kata nak masak nasi dagang. Walaupun semalam dah makan nasi dagang Kak Long, masih juga nak rasa nasi dagang Zira pula.

Tengahari baru bertolak ke Dalam Rhu selepas selesai mengemas rumah dan mendobi. Ngam-ngam lah sampai boleh terus makan tengahari. Jimat sikit, tak payah masak di rumah..hehehe. 

* Hehehe..tayang gambar keluarga dulu di raya ke-2. Tema: belang/jalur


Singgah rumah Kak dulu sebelum ke rumah Zira. Rumah Kak di sebenarnya depan rumah Zira je pun. Zira ni anak sulung Kak. Rumah mereka berdekatan je. Depan-belakang.

 *Makan di beranda rumah je. Berangin sikit. Kalau tak rasa macam duduk dalam oven je

 * Mok makan sambil meriba dan menyuapkan cicit

 * Ibu dan anak yang vouge, Kak La dan Najwa

* Ini cucu saya yang ke-19 dari 21 orang cucu. Tuanya rasa dah ada 21 orang cucu. Nasib baik cucu saudara je :P

* Bila semua dah kekenyangan dan kepanasan

Oklah. Tu je untuk kali ni.


Wednesday, July 22, 2015

Aidilfitri 2015

Assalamualaikum

Walaupun dah masuk raya ke-6 tapi mood raya masih berkobar-kobar. Ada yang masih bercuti hari ni. Sekolah anak-anak pun bermula esok. Alhamdulillah hari raya tahun ni meriah sekali. Hajat saya nak kumpulkan adik-beradik serta anak dan cucu saudara boleh dikatakan hampir berjaya. Cuma Kak Teh dan Nini dengan keluarga masing-masing tak dapat bersama. 

Kak Teh yang terpaksa bertugas manakala Nini pula beraya di rumah mertua. Jika tidak lengkaplah semua ahli keluarga Anak Cucu  Saud. Hampir sebulan juga saya membuat perancangan untuk mengadakan gathering ni termasuk tema baju raya sekali.

Kemeriahan bermula selepas solat hari raya apabila semua adik beradik beserta keluarga masing-masing sampai kerumah Mok. Bersalaman antara satu sama lain. Masa tu keriuhan tak payah nak ceritalah. Tahun ni saya yang jadi tuan rumah dengan Mok.

Jom kita layan gambar, barulah boleh bayangkan keriuhan kami di hari raya :)

















Itu bab bermaafan dan bagi duit raya. Sekarang bergambar bersama keluarga pulak. Ini gambar adik-beradik saya dengan anak cucu masing-masing mengikut turutan. Saya anak yang bongsu, jadi gambar keluarga saya yang last :p.
                                  







* Adik-beradik 

*Menantu-menantu Mok

* Nenek dan sebahagian dari cucu-cucunya

 * Anak dara n mak dara

* Abang-abang Sado, cucu lelaki nenek

 * Next generations

* The Gediks ...hehehe

* Masih ada 15 orang lagi untuk melengkapkan semua ahli Anak Cucu Saud

Alhamdulillah, raya tahun ni memang seronok. Dapat berkumpul ramai-ramai mengeratkan tali silturrahim. Sehingga berjumpa lagi tahun depan Aidilfitri jika dipanjangkan usia.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN


Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015