Monday, February 8, 2016

Cuti-cuti Penang bhg 1

Assalamualaikum

Cuti Tahun Baru Cina kali ni kami tak pulang ke kampung. Kebetulan Mok nak ke rumah Awe (anak buah saya) yang baru pindah ke Parit Buntar, kami pun bercadang bercuti ke utara saja. Jumpa Mok di rumah Awe dan terus bercuti di Penang. Anak-anak dan ibunya sekali ( hehehe) pun dah lama ajak Abah bercuti ke Penang. Kira percutian kali ni 2 dalam 1 lah.

Pagi Sabtu, awal-awal lagi kami dah keluar. Lepas subuh terus bertolak dari rumah ke utara. Yelah semua orang dah mula cuti Tahun Baru Cina. Untuk elak kesesakan, kami berpagian keluar. Alhamdulillah perjalanan lancar sehinggalah kami tersangkut di Sungai Buloh. Ada kemalangan. Sejam jugaklah pergerakan perlahan. 

Cik Abang pulak tak biasa terperangkap dengan kesesakan ni. Mulalah resah gelisah di tambah pulak dengan kereta-kereta yang memotong menggunakan lorong kecemasan. Lagilah teruk kesesakan.


* Sempat jugak ambik gambar orang yang kena saman. Haa guna lorong kecemasan lagi!!

Dipendekkan cerita, tengahari tu kami ke Bidor ( dekat je dengan exit Bidor) untuk makan mee kari. Sebenarnya Cik Abang saya dah buat research mana tempat-tempat menarik dan juga tempat makan yang sedap. Jadi kali ni kami nak makan Mee Kari Ramli di Bidor.




 * Mee kari

* Mee kicap dan sup

Di sini kita boleh memilih sendiri fish ball, fish cake, sosej, crab stick atau bahan-bahan ain yang kita nak. Kemudian baru kita beritahu nak mee kari ke atau mee kicap. Nanti mereka akan sediakan.

Bagi saya rasa mee kari ni biasa saja tapi mungkin bagi orang lain, ianya sedap. Yelah setiap orang punya selera yang berbeza. Tapi tak salah mencuba kan.

 * Gua Tempurung

* Terowong  Menora

Kami meneruskan lagi perjalanan. Sekali lagi kami tersangkut dalam kesesakan lalu lintas. Anak-anak dah mula bosan. Asyik tanya bila nak sampai. Tidur sudah, bangun pun sudah. Akhirnya pukul 3 petang kami sampai ke Taiping.

TAIPING

Salah satu destinasi kami hari ni adalah Taiping. Kenapa? Sebabnya Cik Abang nak melawat sambil tunjukkan anak-anak sekolah lama dia, MRSM Taiping. Damai dan menghijau je bandar Taiping ni.  


 * " Inilah sekolah Abah"


* Dah ada anak 4 baru berkesempatn nak datang sini

Lepas tu Abah janji nak bawak anak-anak bagi kuda makan. Seronoklah budak-budak tu lebih-lebih lai Angah. Angah sebenarnya sukakan binatang.



Disebabkan hari tu ada seorang je yang bertugas, kami tak boleh bagi kuda makan. Jadi Abah tanya nak naik kuda  tak? Apa lagi, lagilah suka. Dapat pengalaman baru. Adib pun bersungguh-sungguh nak naik. Ingatkan takut..hehehe

 * Adib dan Angah dah bersedia

 * Adib naik kuda kecik je. Sambil dibawa berjalan, kakak ni akan berborak dengan kanak-kanak.

 * Adib tak puas naik.

 * Kuda Angah besar. Nama dia Mcgoo

 * Dibawa berjalan 2 pusingan untuk setiap orang dengan harga RM10

* Abang pun seronok

Lepas naik kuda, perut pun dah rasa lapar. Misi mencari makan pulak di Taiping. Kali ni kami pilih nak makan Yong Tau Foo pulak. Ianya terletak bersebelahan dengan Taiping Mall.

 * Pemandangan cantik sekitar Taman Tasik Taiping

 * Kami pilih gerai ni

 * ABC sedap. Ada tembikai dan juga epal

 * Yong tau foo ni sedap

* Banana split. Berebut budak-budak ni makan :P

Alhamdulillah, dah tamat misi jelajah Taiping. Buah tangan belum beli lagi nak ke rumah Awe. Nasib baik ada mall sebelah ni. Bolehlah beli buah sikit. Kebetulan di mall tu ada pertunjukan tarian naga dan singa. Sementara saya pergi beli buah, Cik Abang temankan anak-anak tengok pertujukan. Apa lagi terloponglah Angah tengok tarian tu. Dia kata dia suka perhatikan pergerakan tarian singa tu. Kombinasi orang yang pegang kepala dan juga orang dibelakang.



Maghrib baru sampai rumah Awe. Alhamdulillah, Mok pun dah sampai dari kampung. Begitu jugak dengan Along (kakak sulung saya) dan anak-anak dia yang lain pun dah sampai. Awe ni sebenarnya anak Along yang sulung.




* Berborak sampai muncung-muncung mulut..hehehe

Bila dah berkumpul ramai-ramai ni, tak sedar masa berlalu. Kejap je dah lewat malam. Jadi kami minta diri ke hotel di Penang.

* Pukul 11.30 malam di jambatan Pulau Pinang. Anak-anak semua dah tidur

* Satu lagi tempat makan yang popular

* 1/2 jam beratur. Bungkus je 


* Cik Abang kata sedap. Berbaloi 1/2 beratur. Ayam goreng dan telur dadar, RM 10

Tamat perjalanan satu hari dari Seremban. Pukul 1 lebih baru boleh tidur. Jumpa esok ye :)


Tuesday, January 12, 2016

Anak-anak dan sekolah

Assalamualaikum

Sudah hampir dua minggu di tahun 2016. Masih belum terlambatkan nak ucapkan Selamat Tahun Baru? Hehehe..tertinggal keretapi sikit. Selamat Tahun Baru 2016 semua yang masih sudi membaca blog saya yang tenggelam timbul ni. 

Alhamdulillah tahun ni keempat-empat anak saya dah bersekolah. Yang sulung dah masuk sekolah menengah dan yang bongsu ( bongsu kot :P) ke sekolah tadika. 

* Angah dah Tahun 5 dan Abang Tahun 3

* Tahun ni kena pakai talileher dan berkasut hitam. Segak gitu!!

Beberapa hari sebelum persekolahan bermula, Adib teruja nak pergi sekolah tapi malam sebelum sekolah tu dia dah mula diam dan tak menjawab kalau orang tanya pasal sekolah. Saya dan Cik  Abang dah mula risau. 

Pagi hari sekolah tu dia mula buat perangai tak nak pakai baju sekolah selepas mandi. Nak pakai baju biasa. tan nak pergi sekolah lah tu. Setelah dipujuk barulah nak pergi sekolah tapi tak sepenuh hati lah.

* Muka selepas buat perangai


* Pagi ni Along dan Ibu temankan Adib ke sekolah

* Muka masing-masing yang cuak takut kena tinggal

* Menagih simpati Ibu supaya tidak ditinggal sendirian di sekolah

Hari tu memang tak boleh tinggal walaupun berapa banyak kali pujuk. Akhirnya pada pukul 9.30 pagi memang Ibu tekad nak tinggal walaupun Adib akan menangis. Cikgu pun tidak galakkan ibu-ibu menunggu anak-anak di sekolah. Bila Ibu tinggal je, apa lagi , meraunglah Adib. Bukan Adib saja yang menangis masa tu. Adalah  beberapa orang. Tapi kita Ibu ni pun kenalah tekad nak tinggalkan anak kita. Jangan pulak nak kesian ke sedih ke tengok anak macam tu. InsyaAllah pandailah cikgu nak pujuk mereka semua.

* Hari kedua lebih ceria walaupun  masih menangis di sekolah

6 Januari 2016 pulak hari pendaftaran untuk murid timgkatan 1 di sekolah Aiman. Alhamdulillah Aiman dapat bersekolah di Sek Men Sains Rembau. Hari ni bermulalah kehidupan Aiman di asrama. 

* Selfie dengan anak sulung sebelum bertolak ke SEMESRA

* Mula mendaftar di SEMESRA

* Menuggu giliran untuk bayar yuran

* Tanya apalah dengan cikgu tu!

* Banyaknya lah borang yang perlu diisi


* Menunggu diliran untuk membayar yuran. Terdapat 5 kaunter

Selepas tamat membayar yuran, sessi taklimat diadakan. Taklimat dari YDP PIBG dan juga dari Guru Besar sekolah.


* Wan dan Atuk pun pergi hantar Aiman ke asrama

* Inilah dorm Aiman. Sepuluh orang dalam satu dorm

* Dapat katil atas sebab katil bawah sudah bertuan :)

* Locker baju besar dan luas. Alhamdulillah

* Merasmikan katil :P

* Aiman dapat rumah kuning, dengan nama LELA  MAHARAJA

Dalam pukul 2 petang semua urusan pendaftaran selesai. Disebabkan ada barang yang tertinggal di rumah, kami bawa baik Aiman dulu ke rumah petang tu. Rumah kami ke SEMESRA (Sek Men Sains Rembau) tak jauh, dalam setengah jam saja. Lepas ambil barang-barang yang tertinggal dan berehat sekejap, kami hantar balik Aiman ke sekolah. 

Pukul 6 petang semua ibubapa dikehendaki meninggalkan perkarangan asrama dan sekolah serta meninggalkan anak-anak. Ibu dan Abah pun meninggalkan Aiman dibawah pengawasan cikgu-cikgu. Walaupun berat hati nak tinggalkan, tapi demi masa depan....



* Beberapa keping gambar SEMESRA yang saya sempat ambil sementara tunggu Aiman dan Cik Abang solat asar

* Alhamdulillah Aiman ada kawan baiknya dari SKS2A. Taklah Ibu dan Abah risau sangat. Kami tinggalkan Aiman bersama Amirul petang tu.

Semoga Aiman dan Amirul seronok bersekolah di SEMESRA. Rajin-rajinlah menuntut ilmu dan yang penting, Allah jangan dilupakan

p/s: sehingga ke hari ni kami tidak mendapat berita atau panggilan telefon dari Aiman. Begitu juga dengan kawan-kawan Aiman. Mungkin pelajar tidak dibenarkan berhubung dengan keluarga di sepanjang minggu orientasi.



Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015