Tuesday, October 8, 2013

Tote Bag

Assalamualaikum

1. Turtle tote bag
Saiz: 13.5" (lebar) x 12" (tinggi) x 4.5" (tapak)
Tangkai : 22.5"


                                         *Poket berzip

2. Denim tote bag
Saiz: 13.5 " (lebar) x 13 " (tinggi) x 4.5" (tapak)
Tangkai : 28.5 "


                               *Tali beg menggunakan D-ring

                                *Butang balut sebagai penyeri

                                          *Poket

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya noriatisaud@gmail.com

Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga berjumpa lagi. Wassalam.



Monday, October 7, 2013

Minat

Assalamualaikum


                                          *Mesin Janome 350 sedang menyulam name tag untuk sekolah rendah

Saya sangat setuju bila orang kata minat boleh dipupuk. Bagi saya sendiri pun minat menjahit bukan ada sejak azali. Mak dan kakak-kakak saya semua pandai menjahit dan boleh dikatakan semua pernah mengambil upah menjahit baju dan langsir. Dulu hanya saya seorang yang tidak tahu menjahit sehinggakan mak saya pelik kenapa saya tidak mengikut jejak beliau dan kakak-kakak.

Seingat saya pada tahun 2008, ketika saya dan suami berjalan-jalan di Terminal 1, Seremban saya tertarik pada satu mesin sulam berkomputer. Mesin sulam Janome 350 memory craft. Pada ketika itu Amni masih kecil dan saya pula surirumah yang hanya duduk-duduk di rumah. Saya suarakan minat saya terhadap mesin tersebut kepada suami. Sekurang-kurangnya saya boleh membantu menjana wang di rumah kerana mesin sulam tersebut boleh menyulam secara outomatik. Disamping itu saya boleh menjaga anak- anak yang masih kecil.

Setelah suami saya yakin yang saya betul-betul minat, beliau bersetuju membeli mesin tersebut. Kami ke Pusat Epal Seremban untuk urusan membeli. Setelah membeli mesin, saya diajar menyulam menggunakan mesin tersebut serta diajar juga menjahit baju kurung, telekung solat, beg dan beberapa item lagi. Sejak itu minat saya terhadap jahitan bertambah.

                                          *Sulam menggunakan Janome 350 saya

Di Pusat Epal Seremban saya belajar tentang jahitan kreatif maknanya kita boleh menjahit pelbagai benda, bukan setakat menjahit pakaian malah beg, kasut, hiasan dinding, sarung kotak tisu dan sebagainya. Bermula dari situlah minat saya dipupuk sedikit demi sedikit. Tiap-tiap hujung minggu saya pergi belajar menjahit dan suami pula di rumah menjaga anak-anak. Suami saya sangat membantu dan banyak memberi galakan.

                                           *Hasil dari jahitan kreatif

Sejak dari hari itu saya mula menjahit. Saya mengambil upah menjahit baju kurung, tudung, telekung solat dan beg. Alhamdulillah tempahan menggalakkan. Bila kami sekeluarga perlu ke Jepun, saya terpaksa menghentikan aktiviti menjahit saya buat sementara. Semua mesin jahit dan mesin sulam saya tinggalkan di Malaysia. Hampir setahun lebih saya tidak menjahit di Jepun sehinggalah awal tahun ini saya membeli sebuah mesin jahit baru. Saya mula aktif menjahit semula dan mengasah skil. masih banyak yang perlu saya belajar tentang ilmu jahitan. InsyaAllah saya akan terus balajar.

                                          *SOHO saya dulu, masa mula-mula menjahit

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya noriatisaud@gmail.com

Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga berjumpa lagi. Wassalam.



Sunday, October 6, 2013

Hari sukan sekolah Amni

Assalamualaikum


Semalam (5.10.2013) sekolah Amni, Honmura Youchien mengadakan hari sukan - Undou Kai. Kali ini pihak ahli jawatankuasa memilih tema ninja. Disebabkan semalam hujan, sukan diadakan di dalam dewan. Para penonton terpaksa berkongsi ruang yang terhad untuk menonton gelagat anak-anak bersukan.

Beberapa minggu lepas, bila ditanya kepada Amni bila undou kai, dia menjawab "sensei kata masuk kalendar baru (bulan Oktober) oyasumi (1.10.2013 - cuti), lepas tu tidur 4 kali barulah undou kai". Kelakar pun ada dengar penerangan cikgu dia macam tu. Tapi biasalah kanak-kanak kalau kita cakap haribulan, bukannya semua tahu. Bila beri penerangan yang mudah macam tu barulah semua faham.

Acara bermula pada pukul 9 pagi sehingga 1 petang. Secara keseluruhannya undou kai kali ni berjaya dan semua kanak-kanak tadika sudah buat yang terbaik. Amni pula saya lihat sudah dapat menyesuaikan diri di kalangan kawan-kawan dan dapat juga menguasai bahasa Jepun (mudah) dengan lebih baik.

                               *Acara baru nak bermula

                                         *Menyanyi lagu Undou Kai

                               *Lari berhalangan


                                          *Tarian ninja

                                         *Lari sekuat hati

                                         * Tersenyum bangga selepas dapat pingat

Inilah pengalaman yang manis dan bermakna dalam hidup Amni. Mudah-mudahan segala ilmu yang dikutip di sekolah ini dapat dimanfaatkan oleh Amni.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya noriatisaud@gmail.com

Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga berjumpa lagi. Wassalam.




Friday, October 4, 2013

Resepi Ayam masak sos

Assalamualaikum



Semalam bila masa makan malam Aiman kata dia tak nak makan sebab dah kenyang. Saya suruh dia makan sikit sebab saya dah masak banyak. Ayam masak sos ni memang lauk kegemaran Aiman. Berpinggan-pinggan dia tambah nasi semalam. Bila dah habis makan. "terima kasih ibu sebab masak. Masakan ibu is the best in the whole world". Anak-anak saya selalu mengucapkan terima kasih kerana masakkan untuk mereka setiap kali selepas makan. Alhamdulillah.

Resepi ni senang sangat nak masak. Sesuai untuk suri yang mempunyai masa yang terhad atau yang baru nak belajar memasak. Jom kita tengok resepi.

Resepi ayam masak sos
Oleh: Noriati Saud

Bahan-bahan

8 ketul ayam dipotong kecil - gaulkan dengan garam dan kunyit
2 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
1/2" halia
4 sb Sos cili
2 sb Sos cili Thai
1 sb Sos tomato
1 sb Sos tiram
Bawang besar potong bulat

Cara penyediaan.

  1.  Goreng ayam sehingga masak dan ketepikan.
  2. Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia.
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga naik bau.
  4. Masukkan semua sos dan masak sehingga pecah minyak.
  5. Boleh juga masukkan sedikit air jika kuah terlalu pekat.
  6. Masukkan bawang besar dan masak sehingga layu.
  7. Masukkan ayam yang digoreng dan gaul sebati.
  8. Siap dan sedai dihidang.
Ayam masak sos ni sesuai dimakan dengan nasi putih panas. Selamat mencuba,.



Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya noriatisaud@gmail.com

Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Wassalam dan jumpa lagi.


Thursday, October 3, 2013

Pouch

Assalamualaikum

Hari ni saya ingin kongsi 5 bij pouch yang telah saya siapkan.



1. Open wide pouch
    Saiz : 11" (L) x 6.5"(Tinggi) x 3.5"(Tapak)



2. Red Ballerina
    Saiz : 9"(Lebar) x 6.5"(Tinggi) x 2.5"(Tapak)


3. Brown Tiny Flower
    Saiz : 9"(Lebar) x 6.5"(Tinggi) x 2.5"(Tapak)


4. Red Girls
    Saiz: 8"(Lebar) x 4.5"(Tinggi) x 2"(Tapak)


InsyaAllah, akan upload lagi nanti.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya noriatisaud@gmail.com

Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Wassalam dan jumpa lagi.



Wednesday, October 2, 2013

Tokyo Disneyland

Assalamualaikum.



Hari ni nak buat flash back sikit. Masa mula-mula sampai Tokyo 2 tahun lepas banyak tempat menarik yang berada dalam senarai menunggu untuk dilawati. Tiap-tiap minggu kami berjalan. Anak-anak pulak begitu teruja melihat tempat orang.

Sebelum ke Disneyland suami saya ada mengatakan kepada anak-anak yang tiket ke Disneyland mahal. Kalau nak ke sana anak-anak mestilah berjimat cermat. Tidak boleh membazir air dan elektrik. Demi nak ke Disneyland anak-anak mendengar cakap abah mereka.

Pada 21 Oktober 2011 kami pun ke Disneyland. Saya dan suami tidak memberitahu anak- anak ke mana destinasi kami. Kalau pun ada yang bertanya, abahnya cakap "ikut ajelah, jangan banyak tanya".  Sebelum tiba ke stesen Maihama ( stesen untuk ke Disneyland), Aiman dah perasan. "Abah, kita nak pergi Disneyland ke?".  Bila Akmal dan Amni dengar Disneyland, bersoraklah mereka dalam keretapi. Seronok betul tengok gelagat mereka masa tu.

Harga tiket masuk : 5200 yen untuk dewasa dan 3600 yen untuk kanak-kanak.

Tokyo Disneyland ni luas dan ramai pengunjung. Walaupun kami pergi hari bekerja, tetap juga ramai pengunjung. Kalau mahu ke sini kena ada strategi, barulah boleh merasa bermain banyak permainan. Antaranya kenalah datang awal dan dapatkan Fast Pass. Sebelum ke sana hendaklah membuat perancangan dan ulangkaji tentang selok belok Disneyland. Kenalpasti dan pilih permainan yang menarik sahaja kerana kita tidak mungkin akan dapat bermain semua permainan dalam satu hari.

Masa kami pergi, Disneyland bertemakan Halloween. Jadi labu ada dimana-mana.







                             

                             

Saya menyediakan roti sosej untuk makan di sana. Walaupun tidak dibenarkan membawa makanan, terpaksalah kami "menyeludup" makanan memandangkan kebanyakan makanan di dalam taman tema itu tidak halal. Hanya pop corn saja yang kami beli kat sana. Masa makan pun, kami curi-curi dari dalam beg.

*Bawa balik mainan seorang satu dan jugak bekas pop corn

Seharian di Disneyland memang memenatkan. Malam barulah kami balik. Amni pula dah tak larat nak berjalan. Terpaksalah saya mengendongnya. Dalam keretapi semua tidur terlentok. Bila cakap esok nak pergi lagi ke Disneyland, langsung mereka tak nak. Dah serik agaknya. Cukuplah sekali merasa pergi ke Disneyland ni.

Sehigga bertemu lagi. InsyaAllah pengalaman ke Tokyo Disney Sea pula. Wassalam.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya noriatisaud@gmail.com

Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love



Tuesday, October 1, 2013

Hasil jahitan

Assalamualaikum

Dalam seminggu ni tak banyak hasil jahitan yang dapat disiapkan. Masih lagi dalam proses mengatur jadual harian antara keluarga, menjahit dan berblog. Kalau mengadap mesin jahit,blog terabai dan begitulah sebaliknya. Alhamdulillah setakat ni keluarga masih menjadi keutamaan.

Hari ini saya ingin kongsikan hasil jahitan saya dalam minggu ini.

1.Saya buatkan sarung bantal untuk anak-anak bujang saya. Bila tengok Adib ada sarung bantal baru (entrinya di sini) abang-abang yang lain pun nak jugak. Jadi saya buatkanlah untuk mereka. Saya jahitkan nama menggunakan felt.



2. Diaper bag ( beg barangan bayi)- saya mencuba paten dengan mengikuti tutorial di sini tapi saya besarkan sikit saiznya.

   Photo: diaper bag

   Photo

3. Ipad sleeve - sebelim ini saya belum pernah menjait ipad sleeve sehingga ada yang bertanya. Jadi saya mencari-cari paten di internet dan saya jumpa di sini, tapi saya ubah dan jadikan ia lebih senang.

   

   Photo

4. Tote bag- saya suka beg ni sebab ianya ada reben. Ia sama seperti beg yang pernah saya buat sebelum ni cuma ditambah reben untuk menyerikan lagi beg tersebut.

   

   

InsyaAllah minggu ini saya akan lebih produktif dan lebih banyak beg akan dapat dijahit. Nanti saya akan kongsikan di blog ini.

Sehingga berjumpa lagi. Wassalam

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya noriatisaud@gmail.com

Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love


Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015