*Mesin Janome 350 sedang menyulam name tag untuk sekolah rendah
Saya sangat setuju bila orang kata minat boleh dipupuk. Bagi saya sendiri pun minat menjahit bukan ada sejak azali. Mak dan kakak-kakak saya semua pandai menjahit dan boleh dikatakan semua pernah mengambil upah menjahit baju dan langsir. Dulu hanya saya seorang yang tidak tahu menjahit sehinggakan mak saya pelik kenapa saya tidak mengikut jejak beliau dan kakak-kakak.
Seingat saya pada tahun 2008, ketika saya dan suami berjalan-jalan di Terminal 1, Seremban saya tertarik pada satu mesin sulam berkomputer. Mesin sulam Janome 350 memory craft. Pada ketika itu Amni masih kecil dan saya pula surirumah yang hanya duduk-duduk di rumah. Saya suarakan minat saya terhadap mesin tersebut kepada suami. Sekurang-kurangnya saya boleh membantu menjana wang di rumah kerana mesin sulam tersebut boleh menyulam secara outomatik. Disamping itu saya boleh menjaga anak- anak yang masih kecil.
Setelah suami saya yakin yang saya betul-betul minat, beliau bersetuju membeli mesin tersebut. Kami ke Pusat Epal Seremban untuk urusan membeli. Setelah membeli mesin, saya diajar menyulam menggunakan mesin tersebut serta diajar juga menjahit baju kurung, telekung solat, beg dan beberapa item lagi. Sejak itu minat saya terhadap jahitan bertambah.
*Sulam menggunakan Janome 350 saya
Di Pusat Epal Seremban saya belajar tentang jahitan kreatif maknanya kita boleh menjahit pelbagai benda, bukan setakat menjahit pakaian malah beg, kasut, hiasan dinding, sarung kotak tisu dan sebagainya. Bermula dari situlah minat saya dipupuk sedikit demi sedikit. Tiap-tiap hujung minggu saya pergi belajar menjahit dan suami pula di rumah menjaga anak-anak. Suami saya sangat membantu dan banyak memberi galakan.
*Hasil dari jahitan kreatif
Sejak dari hari itu saya mula menjahit. Saya mengambil upah menjahit baju kurung, tudung, telekung solat dan beg. Alhamdulillah tempahan menggalakkan. Bila kami sekeluarga perlu ke Jepun, saya terpaksa menghentikan aktiviti menjahit saya buat sementara. Semua mesin jahit dan mesin sulam saya tinggalkan di Malaysia. Hampir setahun lebih saya tidak menjahit di Jepun sehinggalah awal tahun ini saya membeli sebuah mesin jahit baru. Saya mula aktif menjahit semula dan mengasah skil. masih banyak yang perlu saya belajar tentang ilmu jahitan. InsyaAllah saya akan terus balajar.
Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya noriatisaud@gmail.com
Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love
Sehingga berjumpa lagi. Wassalam.

No comments:
Post a Comment