Tuesday, November 5, 2013

JJCM- Siddique Palace, Azabu Juban

Assalamualaikum

Hari Ahad lepas kami sekeluarga makan tengahari di restoran Pakistan di Azabu Juban. Dapat makan kari sekali sekala sedap jugak.

                                          *Ada saja model bila nak ambil gambar

                                          *Aiman macam terpaksa je makan salad

                                           *Chicken botty


                                *Nan, butter chicken dan chicken botty untuk anak-anak

                               *Mutton korma dan chicken korma


                                          *Mutton korma dan nasi untuk abah

                                          *Chicken korma dan nasi untuk ibu

                                          *Tambah sekeping nan lagi

Alhamdulillah syukur dengan rezeki yang Allah kurniakan.

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.


Monday, November 4, 2013

Doa akhir tahun dan awal tahun Hijrah

Assalamualaikum

Pada tahun 2013, kita akan sama-sama melangkah ke tahun baru Islam 1435H pada akhir waktu Asar 4 November 2013 (Isnin). 
Doa Akhir Tahun 
Dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah iaitu pada 4 November 2013 (Isnin).                 
                                                

Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.
Doa Awal Tahun 
Dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram iaitu pada hari yang sama
   
                                                                                           

Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.


Japanese Cotton 2nd batch

Assalamualaikum

Alhamdulillah dapat lagi kali ni saya tambah koleksi Japanese Cotton. Tapi kali ini lebih kepada kain untuk kraf. Warna dalam gambar mungkin sedikit berbeza kerana faktor pencahayaan semasa mengambil gambar.

 Kod: JC01
        : 3 meter
Status: Available

Kod: JC02
        : 3 meter
Status: Available 

 Kod: JC03
        : 3 meter
Status: Available

 Kod: JC04
        : 3 meter
Status: Available

 Kod: JC05
        : 2 meter
Status: Available

 Kod: JC06
        : 2 meter
Status: Available

 Kod: JC07
        : 2 meter
Status: Available

Kod: JC08
        : 2 meter
Status: Available 

 Kod: JC09
        : 2 meter
Status: Available

 Kod: JC11
        : 3 meter
Status: Available

 Kod: JC12
        : 3 meter
Status: Available


***********************************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.


Sunday, November 3, 2013

Pengalaman pertama - soumen

Assalamualaikum



Soumen -  mee yang dilepaskan dalam aliran air di dalam batang buluh kemudian kita yang ingin makannya hendaklah "menangkap" menggunakan chopstik sebelum dicelup di dalam sos kicap.

Rezeki saya hari ini untuk merasa soumen ni secara kebetulan ianya diadakan berdekatan dengan rumah kami. Rasanya sedap. Oleh kerana ianya percuma, segan pulan nak makan banyak. Kalau ikutkan memang nak makan banyak. Cukuplah dapat rasa sekali. Ianya satu pengalaman yang amat bermakna. 

Biasanya soumen ni diadakan semasa pesta (matsuri). Sebenarnya hari ini terdapat flea market dan soumen ni pun sebahagian daripada peserta flea market. Tak sempat nak ambil gambar flea market hari ini sebab masa saya pergi, kebanyakan penjual dah berkemas. Tapi sempatlah saya membeli sepasang kasut dan sehelai baju sejuk.








Giliran Cik Abang pula. Anak-anak ada di rumah. Mereka tak nak ikut.






*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.



Saturday, November 2, 2013

Resepi Cheese Cake

Assalamualaikum


Semenjak dua menjak ni rajin pula nak cuba buat kek. Ramai betul blogger yang dah cuba buat cheese cake. Saya pun rasa nak cuba buat jugalah. Cari punya cari saya jumpa blog HaSue yang menunjukkan langkah-langkah untuk membuat cheese cake ni. Sangat sesuai sebab saya baru pertama kali nak buat.

Walaupun kali ni kek saya tak berapa menjadi tapi rasanya tetap sedap. Sudah pasti akan datang saya akan cuba buat lagi kek ni. Anak-anak dan suami semua suka. Hari ini saya pun nak tunjuk langkah demi langkah cara penyediaan cheese cake ni supaya dapat memudahkan sesiapa yang baru nak belajar seperti saya.

Resepi Cheese Cake (Kek Keju)
Oleh: Noriati Saud

Bahan-bahan
• 125g cream cheese- saya letak 150g
• 300 ml susu segar
• 80 g mentega atau marjerin
• 80 g tepung gandum
• 80 gram gula halus
• 3 biji telur saiz A - saya guna 4 biji saiz B
• beberapa titik esen vanila/jus lemon


Cara penyediaan


 1. Masukkan cream cheese, mentega dan susu ke dalam periuk dan panaskan dengan api perlahan. Kacau sehingga cair. Tak perlu sampai mendidih.


2. Pecahkan telur. Asingkan antara yang putih dah kuning. Pastikan tidak ada sedikit pun telur kuning dalam bekas telur putih. Bekas juga tidak boleh ada kesan minyak.
 
 3. Buat meringue: Pukul telur putih sehingga berbuih. Kemudian masukkan gula. Pukul lagi sehingga mendapat meringue yang betul-betul ringan.


 Meringue yang dah siap. Kalau tonggengkan bekas tu pun meringue tu tak tumpah

 4. Pukul pula kuning telur  seketika. Sambil-sambil tu bolehlah dipanaskan oven pada suhu 150 darjah celcius

 5. Tuang adunan dalam periuk tadi (cream cheese+susu+mentega) ke dalam bekas kuning telur tadi.
Kacau seketika
 6. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan. Kacau sehingga sebati

 7. Masukkan esen vanilla dan kacau lagi.

 8. Masukkan meringue ke dalam adunan. Kacau dengan whisk dengan perlahan dalam satu arah sahaja.

 9. Kaup balik secara perlahan-lahan, dalam satu arah

 10. Adunan sudah sebati

 11. Sediakan loyang pembakar. Sapu majerin dan kemudian tabur tepung. Boleh juga gunakan baking paper.

12. Letakkan loyang pembakar ke dalam loyang besar. Tuangkan air panas ke dalam loyang besar tadi. Bakar secara "bain marie' atau 'steam bath".Bakar menggunakan api atas bawah dengan suhu 150 darjah selama 50 minit hingga 1 jam (bergantung kepada kepanasan oven masing-masing).

Bila sudah masak, biarkan kek sejuk di dalam loyang. Dah sejuk barulah boleh dipotong.




                                          *Tekstur yang lembut dan lembab


                                         *Tukang rasa: sedap katanya dan minta buat lagi
Selamat mencuba!

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.


Friday, November 1, 2013

Resepi cek mek molek

Assalamualaikum


Semalam Amni mengikut rombongan sekolah menggali keledek dan daikon(lobak putih). Setiap orang (murid-murid) bawa balik seplastik keledek dan sebatang daikon. Sejak dari semalam Amni sibuk bertanya bila saya nak masak keledek yang dia bawa balik tu. Pagi tadi dia bertanya lagi soalan yang sama. Untuk tidak menghampakannya tengahari tadi saya masaklah Cek Mek Molek, satu resepi yang mudah. Saya rasa ramai yang tahu bagaimana nak buat kueh ni. Hari ini saya nak letak resepi cek mek molek ni di sini untuk koleksi resepi saya.

Resepi Cek Mek Molek
Oleh: Noriati Saud

Bahan-bahan

Ubi keledek
Tepung gandum
Gula

Cara penyediaan
  1. Rebus keledek sehingga empuk. Letakkan sedikit garam semasa merebus keledek tadi.
  2. Lenyekkan sehingga lumat
  3. Tambahkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh
  4. Bulat-bulatkan doh seperti bebola dan kemudian leperkan
  5. Letakkan sedikit gula ditengah-tengah kemudian bentukkan menjadi bujur
  6. Bolehlah digoreng dengan minyak panas sehingga kekuningan.

                                         *Dah siap, sedia untuk digoreng

                                         *Siap, makan bila dah sejuk sikit

Bila Amni balik sekolah tengok dah ada kueh, terus senyum. Mungkin dia rasa nikmat makan sebab keledek tu hasil titik peluh dia yang menggalinya. Boleh lagi tanya "ibu suka ke Abang bawak balik ubi nih?". "Suka", saya jawab. Terus dia senyum lagi.

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya

  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.



Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015