Saturday, November 2, 2013

Resepi Cheese Cake

Assalamualaikum


Semenjak dua menjak ni rajin pula nak cuba buat kek. Ramai betul blogger yang dah cuba buat cheese cake. Saya pun rasa nak cuba buat jugalah. Cari punya cari saya jumpa blog HaSue yang menunjukkan langkah-langkah untuk membuat cheese cake ni. Sangat sesuai sebab saya baru pertama kali nak buat.

Walaupun kali ni kek saya tak berapa menjadi tapi rasanya tetap sedap. Sudah pasti akan datang saya akan cuba buat lagi kek ni. Anak-anak dan suami semua suka. Hari ini saya pun nak tunjuk langkah demi langkah cara penyediaan cheese cake ni supaya dapat memudahkan sesiapa yang baru nak belajar seperti saya.

Resepi Cheese Cake (Kek Keju)
Oleh: Noriati Saud

Bahan-bahan
• 125g cream cheese- saya letak 150g
• 300 ml susu segar
• 80 g mentega atau marjerin
• 80 g tepung gandum
• 80 gram gula halus
• 3 biji telur saiz A - saya guna 4 biji saiz B
• beberapa titik esen vanila/jus lemon


Cara penyediaan


 1. Masukkan cream cheese, mentega dan susu ke dalam periuk dan panaskan dengan api perlahan. Kacau sehingga cair. Tak perlu sampai mendidih.


2. Pecahkan telur. Asingkan antara yang putih dah kuning. Pastikan tidak ada sedikit pun telur kuning dalam bekas telur putih. Bekas juga tidak boleh ada kesan minyak.
 
 3. Buat meringue: Pukul telur putih sehingga berbuih. Kemudian masukkan gula. Pukul lagi sehingga mendapat meringue yang betul-betul ringan.


 Meringue yang dah siap. Kalau tonggengkan bekas tu pun meringue tu tak tumpah

 4. Pukul pula kuning telur  seketika. Sambil-sambil tu bolehlah dipanaskan oven pada suhu 150 darjah celcius

 5. Tuang adunan dalam periuk tadi (cream cheese+susu+mentega) ke dalam bekas kuning telur tadi.
Kacau seketika
 6. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan. Kacau sehingga sebati

 7. Masukkan esen vanilla dan kacau lagi.

 8. Masukkan meringue ke dalam adunan. Kacau dengan whisk dengan perlahan dalam satu arah sahaja.

 9. Kaup balik secara perlahan-lahan, dalam satu arah

 10. Adunan sudah sebati

 11. Sediakan loyang pembakar. Sapu majerin dan kemudian tabur tepung. Boleh juga gunakan baking paper.

12. Letakkan loyang pembakar ke dalam loyang besar. Tuangkan air panas ke dalam loyang besar tadi. Bakar secara "bain marie' atau 'steam bath".Bakar menggunakan api atas bawah dengan suhu 150 darjah selama 50 minit hingga 1 jam (bergantung kepada kepanasan oven masing-masing).

Bila sudah masak, biarkan kek sejuk di dalam loyang. Dah sejuk barulah boleh dipotong.




                                          *Tekstur yang lembut dan lembab


                                         *Tukang rasa: sedap katanya dan minta buat lagi
Selamat mencuba!

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.


No comments:

Post a Comment

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015